CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 700|Reply: 4

[Dunia] Kadar inflasi China melonjak disebabkan daging babi

[Copy link]
Post time 10-7-2022 03:32 AM | Show all posts |Read mode
Kadar inflasi China melonjak disebabkan daging babi






  • Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
  • 9 Julai 2022, 9:30 pm















BEIJING: Kadar inflasi pengguna di China dilaporkan melonjak tinggi pada bulan lepas berikutan kenaikan harga makanan, terutamanya daging babi.

Ekonomi kedua terbesar dunia itu sebelum ini berjaya mengawal situasi akibat kesan lonjakan global dalam harga makanan yang disebabkan perang Russia-Ukraine.

Namun, kestabilan itu akhirnya goyah hanya disebabkan oleh kenaikan harga daging babi yang merupakan makanan ruji di negara ini.

Pada Jun lalu, indeks harga pengguna (CPI) meningkat 2.5 peratus, namun susut 0.2 peratus dari Mei disebabkan penurunan harga dalam kebanyakan barang makanan kecuali daging babi.

“Harga sayuran segar, telur, buah-buahan dan makanan laut turun disebabkan faktor peningkatan bekalan dan logistik.

“Namun, harga daging babi terus meningkat sebanyak 2.9 peratus,” menurut pegawai Biro Perangkaan Negara, Dong Lijuan dalam kenyataan.

Bimbang situasi itu membebankan rakyat, pihak berkuasa China mempertimbangkan untuk menggunakan rizab daging babi dalam usaha mengekang kenaikan kos berterusan.

Kerajaan China menyimpan bekalan daging babi beku di dalam gudang dan hanya mengeluarkannya bagi menstabilkan harga dalam pasaran, terutamanya pada musim perayaan.

Harga daging babi di negara ini menjadi semakin tidak menentu selepas penularan wabak selsema babi yang menyebabkan inflasi pengguna melonjak.

Sementara itu, harga bahan api seperti minyak tanah juga meningkat 33.4 peratus berikutan perang di Ukraine. – AFP





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2022 04:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Bijak juga na. Selama ni dok taroh dagin babi tu dlm frezer banyak2 na. Bila rega mai neik mencanak, depa kerajaan pi lepaihkan dagin hat beku ni lambak kot dalam pasaran. Jadinya hat dok juai dagin hat fresh ni tak buleh la nak peneik rega sangat sebab lan belalan tak berapa nak ada. Pasai pengguna dah ada pilihan kalu nak mentedarah juga babi, hat frozen dok ada. Cuma tak dak dok kesah isu kartel halal haram ja lah pasai benda memang dok sedia haram dah. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dlm negara , peningkatan harga ayam boleh Naik inflasi tapi dah gomen bagi subsidi ayam
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Babi tersenyum sinis

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan Malaysia je BN..Barang Naik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.094452 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list