View: 2441|Reply: 34
|
[Dunia]
Kediaman rasmi Presiden Sri Lanka dijadikan tempat berkelah oleh penunjuk perasaan, rumah PM dibakar
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 10-7-2022 02:44 PM
COLOMBO – Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa mengumumkan akan meletak jawatan selepas penunjuk perasaan bertindak menyerbu kediaman rasminya di Colombo di samping membakar rumah Perdana Menteri, lapor Badan Penyiaran British (BBC).
Ketika kekecohan itu, kedua-dua pemimpin tersebut tidak berada di kediaman mereka. Penunjuk perasaan mendesak Gotabaya untuk meletak jawatan selepas melaksanakan protes selama berbulan-bulan bagi membantah kegagalan pentadbiran beliau dalam menguruskan ekonomi negara.
Susulan itu, Gotabaya menyatakan akan meletak jawatan pada 13 Julai ini. Selain beliau, Perdana Menteri, Ranil Wickremesinghe turut bersetuju untuk melepaskan kedudukannya.
Speaker Parlimen Sri Lanka berkata, Gotabaya bersetuju untuk meletak jawatan bagi memastikan peralihan kuasa yang aman serta meminta rakyat agar menghormati undang-undang.
Pengumuman tersebut disambut oleh letupan bunga api di ibu kota Colombo sebagai tanda meraikan pengunduran Gotabaya.
“Kini tiba masanya untuk menyingkirkan presiden dan perdana menteri bagi kepentingan era baharu Sri Lanka,” kata seorang penunjuk perasaan, Fiona Sirmana.
Dalam kekecohan yang berlaku semalam, orang ramai menyerbu kediaman rasmi Gotabaya, melaung slogan dan mengibar bendera negara Sri Lanka sebelum merempuh pagar sekatan dan menceroboh hartanah tersebut.
Ada antara mereka yang masuk ke dalam kolam renang, berkeliaran di dalam rumah, menyelongkar barangan rumah dan laci serta menggunakan bilik air mewah milik pemimpin berkenaan. – Agensi
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa ke bodoh korsng ni. Kediaman rasmi tu pin dibina dgn duit korang juga, nanti nak baiki pun pakai duit korang jugak. So pprt punya pemikiran. |
|
|
|
|
|
|
|
kejinya presiden sri lanka. ko tinggalkan rakyat ko mcm ni
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
huhu nape la dibakar rumah tu. korang blh dok beramai2 yg takde rumah tu, nak mandi pun sng, selam je dlm kolam tu ha.
pemimpin ni tak kira dimana ramai yg keji ye, entah kemana la anak branak dia lari aman damai. rakyat jugak merana kene hadap semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 10-7-2022 10:38 AM
Apa ke bodoh korsng ni. Kediaman rasmi tu pin dibina dgn duit korang juga, nanti nak baiki pun paka ...
Habis ko nk suruh diaorg buat apo? Nak beli ubat.. petrol pun takde stok! Nk suruh rakyat buat cerita mat kilau.. keluar dalil… berdoa duit turun dari langit? |
|
|
|
|
|
|
|
Di manakah rajapaksa bersembunyi?
|
|
|
|
|
|
|
|
Rumah tu simbol kekejaman, selfishness, takda hati perut punya gomen pemerintah. Selayaknya dibakar. |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 10-7-2022 11:02 AM
huhu nape la dibakar rumah tu. korang blh dok beramai2 yg takde rumah tu, nak mandi pun sng, selam j ...
Orang tengah marah sis. Sapa tak mengamuk.. ekonomi lingkup sampai tahap kena hidup macam zaman dulu pakai kayu api. Nayaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Rohana replied at 10-7-2022 11:10 AM
Habis ko nk suruh diaorg buat apo? Nak beli ubat.. petrol pun takde stok! Nk suruh rakyat buat cer ...
Aku sarankan derang pilih kau jadi perdana menteri derang. Mesti sri lanka terus melompat jadi first world. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah... kesiannya diorang ni.. semoga ada jalan penyelesaian ..... |
|
|
|
|
|
|
|
dah migrate g malaysia kah?
|
|
|
|
|
|
|
|
India & indon ni kli marah je....bakar rumah, bakar kilang, bakar kedai......
Sbb tu hidup susahhh |
|
|
|
|
|
|
|
Pemimpin kat Malaysia tersenyum sinis. Malaysia masih aman. |
|
|
|
|
|
|
|
Apesal kediaman pm diorg serupa building bskl je? |
|
|
|
|
|
|
|
Takde pulak dgr bini presiden lari dgn berjongkong2 emas seperti kebiasaan. Ke tak masuk berita?
|
|
|
|
|
|
|
|
dah macam sultan zaman dulu yg digulingkan |
|
|
|
|
|
|
|
Dah boleh org2 sri lanka ni berguru dgn pembunuh jepun tu camne nak cari rajapaksa n suku sakat..
Tak dapat nak bayangkan kalau jadi kat ibu pertiwi ghope ini. Dahlah ibu pertiwi banyak yestana |
|
|
|
|
|
|
| |
|