View: 2733|Reply: 24
|
[Tempatan]
'King of Sado' lembu terbaik dikorbankan, manfaat 1,000 asnaf
[Copy link]
|
|
Gemuk dibesarkan oleh seorang penternak bernama Muhammad Bakri Bukhari dari Bera, Pahang. - Bernama
KUALA LUMPUR: Lembu 'tersado' di Malaysia seberat 1.2 tan yang dinamakan 'Gemuk' dipilih untuk ibadah korban kerana merupakan lembu yang terbaik.
Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas, Ikhlas Kamarudin berkata, Gemuk yang dianggarkan mempunyai nilai pasaran melebihi RM30,000 itu merupakan haiwan kesayangan seorang kanak-kanak perempuan.
Beliau berkata Gemuk dibesarkan oleh seorang penternak bernama Muhammad Bakri Bukhari dari Bera, Pahang iaitu seorang pelanggan pakej umrah yang ditawarkan Ikhlas Sdn Bhd yang telah menunaikan ibadah suci itu pada Mac lepas.
"Semasa Gemuk diambil Muhammad Bakri, beratnya hanyalah 600 kilogram (kg) dan beliau telah menjaga Gemuk selama empat tahun sehinggalah menjadi seberat 1.2 tan. Jadi boleh dikatakan Encik Bakri adalah seorang penggembala terbaik di Malaysia.
"Sebab apa kami pilihnya untuk ibadah korban tahun ini kerana Gemuk adalah lembu yang terbaik. Ibadah korban bukan sekadar memberi tetapi memberi yang terbaik," katanya selepas ibadah korban di Masjid Ikhlasiah, Pantai Dalam dekat sini, hari ini.
Ikhlas juga menceritakan bagaimana anak perempuan Muhammad Bakri bersedih apabila diberitahu oleh ayahnya bahawa Gemuk akan dijual untuk dikorbankan setelah mendapat gelaran King of Sado.
"Anak perempuan dia banyak jaga lembu dengan bapanya. Dia banyak membantu untuk basuh dan memberi makan. Jadi apabila dia dapat tahu lembu ini akan dijual, dia merajuk dengan bapanya.
"Tetapi, bapanya sudah menjelaskan bahawa Gemuk dipilih oleh Allah S.W.T untuk kebaikan orang ramai, dan sekarang anak dia sudah faham dan tidak bersedih lagi," katanya.
Gemuk yang berbaka Charolais itu sebelum ini telah dinobatkan sebagai King of Sado 2022 dalam Himpunan Lembu Sado Pantai Timur 2022 yang diadakan awal bulan ini.
Gemuk disumbangkan oleh seorang individu melalui Ikhlas Sdn Bhd, sebuah platform gaya hidup Islam digital kepada Masjid Ikhlasiah bagi memanfaatkan 1,000 asnaf yang berada dalam kariah di sini.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sampai lencun ketiak abam baju hijau ha handle Gemuk. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah..org kita even yg trlebih mampu pon byk yang nak buat korban kt luar negara berbanding dlm negaraa..sedangkan asnaf kat msia pon byk gak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini lembu korban golongan bangsawan ni. Padan la dengan kos nak bagi makan lembu baka ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by akusukaq at 10-7-2022 04:16 PM
cucuq replied at 10-7-2022 03:18 PM
Alhamdulillah..org kita even yg trlebih mampu pon byk yang nak buat korban kt luar negara berbanding ...
Sebab nak murah, betul ada lembu dikorbankan atau tidak terpulang lah lah....yg pasti peserta dah korbankan wang ringgit, tak byk sikit dapat lah share pahala |
|
|
|
|
|
|
|
Gemuk yang dianggarkan mempunyai nilai pasaran melebihi RM30,000 itu merupakan haiwan kesayangan seorang kanak-kanak perempuan.
baper umo dotter dia ni? cian, pet kena korban... |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 10-7-2022 04:19 PM
baper umo dotter dia ni? cian, pet kena korban...
Kalau kecik lagi mesti doter dia berdoa akan berjumpa dgn pet dia di syurga nnt.. |
|
|
|
|
|
|
|
tu la psl...
musti sayang geller nih...
|
|
|
|
|
|
|
|
akusukaq replied at 10-7-2022 04:14 PM
Sebab nak murah, betul ada lembu dikorbankan atau tidak terpulang lah lah....yg pasti peserta d ...
Bkn sbb murah.....
Aku salah sorang yg buat kurban kat luarnegara.....
Pd aku, miskin² org msia, kat kampuchea tu lg miskin.....mkn daging sethn sekali.....klu ada org buat kurban, dapatlah dorang mkn daging....kat msia ni, wlupun asnaf, nampu je mkn daging seblm tiga empat kali |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm ni lah elok dibuat kurban.....
Ada tu lembu yg kurus kering dorang semelih.....sedih tgok.... |
|
|
|
|
|
|
|
kat sekolah kami pun buat korban esok. dpt a sediakan kupon utk 100 pljr asnaf. nk cuti smlm sibuk lah ustazah turun naik kelas 3 tingkat cari penerima asnaf nk bg kupon.
tetiba budak tk nk amik. malas nk dtg.
dh ckp, mtk sapa2 yg free dari keluarga dia dtg amik daging esok..
mcm tu ler budak skrg. nk siap hidang dlm pinggan je. |
|
|
|
|
|
|
|
kasihan dgn Gemuk
dikhianati tuan sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 10-7-2022 04:19 PM
baper umo dotter dia ni? cian, pet kena korban...
Sedih tengok video adik tu bagi pesanan kat lembu ni.. dia cakap “Gemuk, buat yang terbaik tau” |
|
|
|
|
|
|
|
Mana video dia orang tumbangkan dan sembelih dan lapa |
|
|
|
|
|
|
|
alahai... ada bideo ka? nasib baik tak tgk.. musti sedey...
|
|
|
|
|
|
|
|
deme malu nak ngaku asnaf kott...
|
|
|
|
|
|
|
|
comeynyaaa... kesian pulak kena sembelih...
harap2 tuannya bagi banyak kasih sayang semasa dia masih hidup... |
|
|
|
|
|
|
|
Aiyo. Boleh lah masuk kan dalam group Fb b40 buat hal apa hari ini 
|
|
|
|
|
|
|
|
Ala mana video tu nak tengokkk. |
|
|
|
|
|
|
| |
|