CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1796|Reply: 16

[Jenayah] 'Tak kelakar langsung'- Harith Iskander bidas pelawak buat persembahan mencolok mata!

[Copy link]
Post time 10-7-2022 08:39 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 10-7-2022 08:55 PM

PETALING JAYA: Pelawak terkenal, Harith Iskander membidas tindakan seorang wanita didakwa menghina Islam ketika berkomedi di sebuah kelab di Taman Tun Dr Ismail.

Menyifatkan ia sebagai ‘tidak lawak langsung’, Harith berkata, tindakan wanita itu mempersenda Islam dengan menanggalkan pakaian dan tudung ketika membuat persembahan sangat tidak patut.

Menurut Harith, wanita tersebut bukan seorang pelawak malah, apa yang dipersembahkan juga tidak menggambarkan komedi berdiri meskipun ia dibuat di pentas kelab komedi.

“Dia boleh sahaja ke restoran dan mendakwa dirinya sebagai chef. Kemudiannya, memuat naik video masakannya sambil memuji dirinya pandai memasak.

“Mungkin sebab tindakannya itu, orang boleh cakap dia chef tak bagus dan disenarai hitam. Tak semua chef bodoh.

“Hanya satu atau dua sahaja begitu. Situasi sama juga dengan tindakannya di kelab komedi berkenaan,” kata Harith di Instagramnya.

Polis hari ini telah melakukan tangkapan terhadap wanita berkenaan dan suspek kini direman tiga hari bermula hari ini.

Dalam video berdurasi 54 saat yang tular di media sosial, wanita berusia pertengahan 20-an itu yang pada mulanya bertudung dan memakai baju kurung mendakwa dirinya telah menghafaz 15 juzuk al-Quran sebelum menanggalkan pakaian hingga mencolok mata.

Susulan daripada kecaman ramai, pengurusan kelab komedi, Crackhouse Comedy Club (CH), mengutuk sekeras-kerasnya tindakan wanita itu yang didakwa menghina kesucian Islam menerusi perbuatannya.

Mengulas lanjut, Harith berkata, dia sudah 32 tahun melakukan komedi berdiri secara profesional, malah, kerjaya berkenaan sudah sebati dengannya.

Kata Harith, persembahan dicipta dengan cara tersendiri serta tugasan tersebut memerlukan kebijaksanaan dalam menampilkan lawak jenaka yang bijak.

“Benar, ketawa penawar duka. Bagaimanapun, saya tengok wanita ini sangat menyakitkan dan tak lawak langsung apa dipersembahkan,” katanya.

Harith turut mengulas persoalan ramai mengenai kenapa kelab komedi berkenaan membenarkan wanita itu membuat persembahan.

“Ia ‘open mic comedy night’ yang juga acara terbuka dengan memberi peluang kepada sesiapa nak jadi pelawak.

“Jika ada 1,000 orang menyertainya termasuk wanita ini, 999 tidak mental sepertinya. Wanita ini mahu lakukan kejutan, sekali gus mengundang perhatian ramai,” katanya.

Tambahnya, kebanyakan pelawak di Malaysia tidak akan melakukan hal tersebut dan dalam masa yang saya mengingatkan semua pihak untuk tidak ‘pukul rata’ dengan tindakan wanita berkenaan.

“Wanita ini perlu bantuan. Harap ‘ubat’ boleh digunakan untuk menonton persembahan komedi berdiri atau tak payah tengok langsung,” kata Harith penuh sinis.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/07/10/tak-lawak-langsung-wanita-didakwa-hina-islam-perlu-bantuan-kata-harith/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2022 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Mamat ni pun sama, tak kelakar pun. Lawak bangang yang tak kelakar.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 08:45 PM | Show all posts
sama2 tak kelakar... tapi cikki tu lagi la tak kelakar langsung... nampak macam badut je atas pentas... baik la dia pergi masak nasik ke atau sental kulit2 pakai berus dawai periuk bagi bersih sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts

** https://youtu.be/ZOxL2zehej0 **
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi betul ke org kata kelab HI buat show pun sama je ade buat lwk psl agama. Tp x viral la
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 10:08 PM | Show all posts
sapa tah baru jahh share berita ni dlm benang minah 15 juzuk tuh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2022 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntahlah pak Harith…mcm x nmpk sincere cara he condemn that stripper. Tgk org islam lain condemn siap ada intipati agama & nasihat.
Bila liberals bersuara, nmpk mcm nk jaga hati pihak dia gak.  
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 06:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku baru je order roll on Nivea whitening powder 12 botol.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2022 06:59 AM | Show all posts
Babai replied at 10-7-2022 08:42 PM
Mamat ni pun sama, tak kelakar pun. Lawak bangang yang tak kelakar.

at least yg ni ada usaha. yg tu jenis flasher kemudian wohoo buat ramai nak suh orang tepuk. content zero.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 11-7-2022 06:14 AM
Aku baru je order roll on Nivea whitening powder 12 botol.

Bagus ke?...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 11-7-2022 06:59 AM
at least yg ni ada usaha. yg tu jenis flasher kemudian wohoo buat ramai nak suh orang tepuk. conte ...

Aku tak kata dia takde usaha. Tapi dia memang tak kelakar.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 08:50 AM | Show all posts
dia pun bukan kelakar, lawak dia asyik recycle benda sama je
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
eh ? rasa kali pertama dia pertahan kan islam yang ai nampak lah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
botak acah liberal bangsa J ni pun xkelakar. poyo je lebih
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 01:14 PM | Show all posts
aina_shaira replied at 11-7-2022 08:50 AM
dia pun bukan kelakar, lawak dia asyik recycle benda sama je

Mula2 kelakar tapi bila dok ulang cite arwah ayah n mak dia.. dah jadi boring.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 02:40 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 10-7-2022 08:45 PM
sama2 tak kelakar... tapi cikki tu lagi la tak kelakar langsung... nampak macam badut je atas pentas ...

Username "makhlukpenggoda" tu lgi klakar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2022 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah heols pun selalu jgak buat lawak secara halus kondem melayu n Islam , takut lah tu sebab heols Ada comedy club jgak kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.346626 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list