CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1497|Reply: 24

[Tempatan] Rakyat Malaysia semakin terbuka menerima pelarian terutama Syria- Kajian

[Copy link]
Post time 10-7-2022 08:53 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 10-7-2022 09:01 PM

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia mula terbuka untuk menerima pelarian berikutan pandemik COVID-19 yang kini menunjukkan perkembangan positif.

Kajian terbaharu oleh firma penyelidikan pasaran, Ipsos menunjukkan sentimen rakyat negara ini agar sempadan negara ditutup sepenuhnya kepada pelarian merekodkan penurunan kepada 64 peratus berbanding 82 peratus pada 2020 dan 2021.



Bagaimanapun, Malaysia masih berada di kedudukan kedua selepas Turkiye apabila 56 peratus responden berpandangan kemasukan pelarian ke dalam negara perlu dikurangkan.

Sementara itu, 38 peratus menyatakan 'tidak tahu' atau kerajaan perlu menerima kemasukan pelarian dengan jumlah yang sama seperti sebelum ini, dan enam peratus lagi rakyat Malaysia menyokong pertambahan kemasukan pelarian.

Menurut Pengarah Bersekutu dan Perhubungan Awam Ipsos, Lars Erik Lie, orang ramai kurang cenderung untuk menutup sempadan negara kepada pelarian selepas pergerakan global meningkat, berbanding ketika kemuncak pandemik COVID-19 dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.

"Itu tidak bermakna menerima pelarian telah menjadi dasar popular di peringkat global, (kerana) hanya sedikit yang menyokong peningkatan dalam pengambilan pelarian.

"Di Malaysia, majoriti berpendapat negara sepatutnya menerima kurang pelarian berbanding jumlah yang diterima sekarang," katanya dalam hasil tinjauan bertajuk Refugees In A Reopened World, yang dikeluarkan pada 8 Julai lalu.

Tinjauan melibatkan 28 negara itu dijalankan secara dalam talian membabitkan 20,505 responden antara 2 April hingga 6 Mei lalu.

Berdasarkan kajian sama, rakyat di negara ini juga dilihat lebih terbuka menerima pelarian dari Syria iaitu sebanyak 24 peratus berbanding Ukraine dan Afghanistan (18 peratus); serta Myanmar (13 peratus).



Begitupun, purata di peringkat global menunjukkan 54 peratus responden lebih menerima pelarian Ukraine berbanding Syria, Afghanistan, serta Myanmar.

Selain itu, purata global turut menunjukkan penurunan bahawa sempadan negara perlu ditutup kepada pelarian, iaitu 36 peratus berbanding 50 peratus dan 49 peratus, masing-masing pada 2021 dan 2020.

Astro Awani



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2022 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh eh..akak tak terbuka ya nk terima memana pelarian hatta syria ka,rohingya ka,
Akak rs depa ni sume menyemak je
Ummah syria lagi suka ke Europe sana esp germany sbb bleh dpt medical benefit lagi
Kat sini rohingya mmg suka menyemak
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Friska & the gang tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 11:53 PM | Show all posts
bodohnya lahai yg lebih menerima pelarian Syria tu... lupa ke kisah mamat Kontar yg terkandas kat KLIA 2-3thn lepas? dlm pada merempat kat epot sempat lg komplen kulu kilir, dia cuma minat tunggu asylum di Kanada. pelarian sekarang ni ramai opportunist - ko ingat hanya kerana tempat asal dia huru hara dan susah membuatkan dia org bersyukur ka org bg pertolongan? naik lemak lg ada. rohingla kelabu asap tu pun demand mcm2. nak terima pelarian kunun, tp penguatkuasaan lemah. sodahlah
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 02:09 AM | Show all posts
tak payah la terima... bg negara2 lain amik jahh...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 03:35 AM | Show all posts
tanda2 nak bawak masuk lebih ramai pelarian ke tanah air lah tu kan sister. Bunga2 dah ada so that boleh la para ngo terima elaun lebih, tak gichew? ngo2 tu pun bukannya orang lain punya, faham2 sendiri je lah sis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2022 05:44 AM From the mobile phone | Show all posts

Pungut lg pelarian ramai2. Tgk apa jadik dgn germany.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia buat survei ngan NGO2 yg cover pelarian ke, tetiba je sokong pelarian syria masok malaysia....dieorg pon x hengen dok sini, panaih...baik dok europe sana

Skang nie aku rasa ramai malaysian pon xmo dah pelarian dok malaysia, yg dok ada pon semak dah ngan perangai ntah hapa2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2022 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 10-7-2022 11:53 PM
bodohnya lahai yg lebih menerima pelarian Syria tu... lupa ke kisah mamat Kontar yg terkandas kat KL ...

kalau pelarian ukraine?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 11:04 AM | Show all posts
Kajian kat mana tu, kalau ikutkan ramai dah tak nak terima lagi mana2 pelarian tak kira dari negara mana pun masuk kedalam negara
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 11:55 AM | Show all posts
Negara kita makan pun tak cukup dan harap bantuan ...dan subsidi ..ada hati nak bantu orang luar,...pastikan perut kita berisi dulu oooi..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 03:43 PM | Show all posts

pelarian mana2 negara tidak dialu2kan FULL STOP

btw negara Vietnam ada ke terima pelarian2 nih? memandangkan dia org pun ada latar belakang krisis refugee.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Haruslah terima syria sebab auummmm herlokkkkkkkk cam bosnia dedulu.. lepas perang balik negara masing2 tak cam rohingya ntah bila nak berambus
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
wah...ramai juga yg prefer pelarian Ukraine dtg sini.. harap2 yg dtg sini semua muka n body solid persis Mek Oksana
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapo la yg bodo nk terima pelarian ni..dh la rakyat kita pun tgh susah..duit sabsidi taxpayer pun habih di bg pada umah siam dgn singapork...sorry ye aku tak suka
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Zack8hunter replied at 11-7-2022 04:42 PM
wah...ramai juga yg prefer pelarian Ukraine dtg sini.. harap2 yg dtg sini semua muka n body solid pe ...

Pas tu rampas laki orang selepas kenal 10 hari.

Yang lelaki pula rampas bini orang.

Seronok kan?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2022 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Mat Syria sejujurnya herlok taste akak tapi bau minyak sapi… rempah ratus tu yg tak menahan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
malaysia + syria=MalaRIA
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 06:14 PM | Show all posts
hmmmmm ,x dpat diterima.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak. Akak tidak terbuka.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.064106 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list