CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4553|Reply: 63

[Tempatan] Kelantan arah tutup kedai sempena Aidiladha hantar mesej salah, kata ketua badan pemikir

[Copy link]
Post time 11-7-2022 08:05 AM | Show all posts |Read mode

Majlis Perbandaran Kota Bharu mengarahkan kedai ditutup pada hari pertama Aidiladha, dalam satu notis minggu lepas.

PETALING JAYA: Ketua sebuah badan pemikir berkata kerajaan Kelantan menghantar mesej yang salah apabila ia mengarahkan perniagaan ditutup pada hari pertama Aidiladha.

Pengarah Bait Al-Amanah, Abdul Razak Ahmad, berkata rasional kerajaan Kelantan itu susah difahami kerana perniagaan beroperasi semasa perayaan tidak pernah menghalang kewajipan agama.

Bekas perunding Majlis Tindakan Ekonomi Negara itu berkata pendekatan “kerajaan besar” (big government) ternyata tidak bagus untuk ekonomi dan menjejaskan perniagaan.

“Keputusan seperti itu menghantar mesej yang salah mengenai sambutan Aidiladha,” katanya kepada FMT.

Majlis Perbandaran Kota Bharu mengarahkan semua premis, termasuk pasar raya dan kedai serbaneka, ditutup pada hari pertama Aidiladha, dalam satu notis minggu lepas. Kegagalan mematuhi peraturan itu boleh menyebabkan tindakan undang-undang dikenakan terhadap pemilik premis termasuk pembatalan lesen perniagaan.

Difahamkan, semua pihak berkuasa tempatan di negeri itu menerima arahan serupa bagi dikuatkuasakan di kawasan pentadbiran masing-masing, menurut Astro Awani.

Razak berkata arahan seperti itu tidak membantu usaha memulihkan ekonomi dan akan menyebabkan pelabur berwaspada terhadap Kelantan dan Malaysia.

Beliau juga tertanya kenapa komuniti peniaga bukan Islam turut terkena, “sedangkan perniagaan mereka sama sekali tidak mencabar kemuliaan Aidiladha?”

Pada 2019, Kelantan mengarahkan restoran ditutup dari 8.30 malam hingga 10 malam semasa Ramadan bagi menggalakkan orang Islam menunaikan solat tarawih.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2022 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak syak kerajaan PAS sebenarnya datang dari golongan2 musyrikin yang ingin memburukkan nama isle dan menjatuhkan maruah isle, dekkkkkkkkk….?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcd,kfc dan 7e pun tutup. Orang nak beli ais utk persiapan raya korban pun tak boleh.Begitulah cerdiknya kerajaan negeri ni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 11-7-2022 08:26 AM
Mcd,kfc dan 7e pun tutup. Orang nak beli ais utk persiapan raya korban pun tak boleh.Begitulah cerdi ...

Apasal truk sgt nk paksa org tutup kedai?? Soooo terkebelakang pnya mentaliti
Dh tau cuti pnjang org luar ramai msuk time ni lh nk boost ekonomi kaw2… sib baik tganu x cmtu…kedai buka lmbat dr biasa je

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
lobai kan bodow, kedai tutup dahhh takleh nak beli bahan yg tak cukup nak masak daging korban sedara aku semalam komplen kedai tutup takleh nak beli susu. nak je terkeluar dr mulut aku "padan muka sape suruh jd walaun"
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 09:21 AM | Show all posts
Nak ajak semua orang jadi seperti mereka lah ni. Sia sia sahaja dapat pemimpin bodoh seperti itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2022 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
padan muka sape suruh jd walauntit

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 11-7-2022 09:20 AM
lobai kan bodow, kedai tutup dahhh takleh nak beli bahan yg tak cukup nak masak daging korban :curse ...

Bagus juga jadi mcm nie, bio rakyat luar kelantan pun 'rasa' hasil pemerintahan PAS nie. Hahaha

So lain kali yg luar kelantan kalau nak ngundi PAS boleh fikir puluh kali dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2022 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh knp pulak masa raya tak leh buka kedai
Mujur la paspuspis ni tak prnh dpt jd pm, kalau idak mau bungkus msia ni....dasar manusia cetek fikiran
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
aechae replied at 11-7-2022 09:14 AM
Apasal truk sgt nk paksa org tutup kedai?? Soooo terkebelakang pnya mentaliti
Dh tau cuti pnjang o ...

Saya cuba berfikir cara mereka: Nak paksa semua majikan bagi cuti kepada pekerja,jadi semua org dapat cuti dan bolehlah ramai-ramai gi sejid. Yang kapir pun boleh cuti jugak walaupun tak perlu gi sejid.

Bagi perantau tu lantak diaorg lah. Mereka patut beli barang keperluan di shah alam lagi untuk dibawa ke kampung.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh nya pus.kat slgor kedai buka tp smlm hakak rengsa jugak cari santan kara semua tmpt abis.ais pon kedai semua abis.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Stesen minyak tutup ke tak?


Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 09:50 AM | Show all posts
apalah punya pemikiran. time long wekend macam ni lah good gor bisness, dah la orang bisness baru  nak  bernafas balik after super long mco
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 11-7-2022 09:41 AM
Saya cuba berfikir cara mereka: Nak paksa semua majikan bagi cuti kepada pekerja,jadi semua org da ...

Nama pn ibadat sunat nk paksa2 knapa…dlm quran pn ckp time solat jumaat je stop aktiviti berniaga…nk lbih2 knapa gtuuu
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 10:24 AM | Show all posts
aechae replied at 11-7-2022 10:23 AM
Nama pn ibadat sunat nk paksa2 knapa…dlm quran pn ckp time solat jumaat je stop aktiviti berniaga ...

hi aechea, lama tak nampak? opss off topic pulek...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
teringat nak raya 2-3thn lepas, kedai makan pun suruh tutup malam puasa sb nak galakkan terawih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2022 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 11-7-2022 08:26 AM
Mcd,kfc dan 7e pun tutup. Orang nak beli ais utk persiapan raya korban pun tak boleh.Begitulah cerdi ...

dah diamalkan sejak beberapa raya dan hari kebesaran lepas
pernah aku buka thread pasal ni dlu dlm lowyat
sekarang baru viral
memang gi arahan ni..kemarin pusing2 kb nak makan takda kedai buka kcuali seorang akak di pantai 7 ni..dia berani
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 11-7-2022 09:45 AM
Stesen minyak tutup ke tak?

taku tutup..kedai makan aja
dahla 90% melayu..habislah sunyi semua.kedai tutup
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 11-7-2022 09:42 AM
Bodoh nya pus.kat slgor kedai buka tp smlm hakak rengsa jugak cari santan kara semua tmpt abis.ais p ...

Semangat nya chuols beraya
Iols tak masak apa2 lgsg..pagi lps solat raya, bf kat surau, tghari iols makan pizza smlm je, laki iols tolong lapah korban n makan lunch kt sana je..anak2 iols keje smlm...ahhhh bahagianya hidup boleh lepak2 tanpa pening kepala nk masak apa
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahahahaha idea timbalan mb ke ni? Barulah ana nmpk islamik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.285027 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list