CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2174|Reply: 24

[Tempatan] Dr M kecewa tiada kuasa untuk melawan jurang kekayaan

[Copy link]
Post time 11-7-2022 08:09 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 11-7-2022 08:11 AM


Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dalam temubual di televisyen sempena genap usianya 97 tahun hari ini.

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad meluahkan kekecewaan berhubung ketiadaan kuasa untuk beliau menangani masalah sosial seperti jurang kekayaan antara penduduk di kampung dan bandar.

Mahathir, yang genap usia 97 tahun hari ini, dalam satu temu bual oleh media berkata, beliau mempunyai banyak idea bagaimana untuk menambah baik negara, tetapi melahirkan kekecewaan kerana beliau tidak lagi berkuasa untuk melaksanakan idea tersebut.

“Masih banyak perkara yang saya mahu lakukan dan saya sangat prihatin dengan masalah sosial. Orang yang tinggal di kampung miskin tetapi yang di bandar agak kaya.

“Saya rasa boleh mencari jalan untuk meningkatkan kesejahteraan penduduk di kampung tetapi untuk itu, saya perlu ada kuasa, jika tidak, saya kecewa,” katanya kepada Astro Awani.

Ditanya mengenai keazamannya untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang selepas menyatakan hasrat untuk berundur, Mahathir menjelaskan bahawa, keputusannya dibuat kerana ramai orang tidak tahu mengurus negara.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai potensi dan sumber yang banyak tetapi semua itu tidak penting jika pemimpin tidak tahu cara menggunakannya.

“Saya melihat banyak perkara yang boleh dilakukan untuk negara ini. Bagaimanapun, ramai orang nampaknya tidak tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya.

Mahathir, yang merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat di Malaysia iaitu 24 tahun berkuasa, dalam dua tempoh dari 1980-an dan pada 2018-20.

Bulan lalu, Mahathir berkata, beliau akan mempertimbangkan untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang untuk mempertahankan kerusi parlimen Langkawinya.

Beliau berkata, Pejuang sedang mengintai beberapa calon untuk bertanding di kerusi itu, tetapi beliau akan terbuka untuk bertanding sekiranya tiada calon yang sesuai.

Dalam temu bual Astro Awani, Mahathir berkata, ahli politik mesti bersedia untuk menghadapi kritikan.

“Jika anda mempunyai hati selembut tisu, mungkin anda perlu lupakan hasrat untuk berpolitik. Seorang ahli politik perlu sentiasa bersedia menjadi mangsa kritikan dan cacian, malah dibenci rakyat,” katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2022 09:15 AM | Show all posts
22 tahun dapat peluang... kenapa tidak digunakan sebaiknya?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Sembang sbb nak pru boleh lah....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Tunku Abdul Rahman tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Btl gak dia ckp, lps era najib, pm2 yg ada mcm x ada idea jer. Najib tu ada jugak la idea walaupun idea dia mcm nak songlap duit negara.

Kalo tgk zaman mahathir mmg mcm2 idea dia ada. Lrt, klcc, sepang, sukan komanwel semua idea dia kot.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila xde kuasa...'bercakap tu'..cam depa akn jadi 'superhero' rakyat...dapat kuasa...'rakyat depa perbodohkan'.Begitula politikus2 tanah air...mmm...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2022 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
nazurah replied at 11-7-2022 09:15 AM
22 tahun dapat peluang... kenapa tidak digunakan sebaiknya?


Selama 22 tahun tu kau buta ke tak nampak ke betapa byak kemajuan dia buat ? Mak pak iols dlu nak sambung belajar pun xde duit, skrg semua org boleh sambung belajar biasiswa merata, pinjaman merata. Mak iols dlu buat kerja rumah pun pakai pelita minyak, skrg petik2 je semua menyala… belum cerita pasal kereta dekat jalanraya dlu vs skrg etc… semua tu berlaku n berubah dgan pesat di zaman atok… pd tahun 2000 Malaysia tiba2 jd negara industri yg meletop ada byak peluang pekerjaan utk golongan2 luar bandar bekerja… tapi apa pemimpin lepas atok buat ? Terima pekerja asing tanpa limit sampai kesanggupan pekerja asing ni terima gaji terlalu rendah buat org Malaysia malas nk kerja dgan gaji rendah… belum cite psal sultan2 yg konon kisah psal rakyat tapi rakyat dibodohkan… atok jugak yg walk the talk
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 11-7-2022 09:58 AM
Btl gak dia ckp, lps era najib, pm2 yg ada mcm x ada idea jer. Najib tu ada jugak la idea walaupun i ...

In fact UIA, USIM, UUM tu pun idea Tun M… even ms nk tubuh UIA tun m ada mintak dana dari arab, 1 sen pun org arab x bg…. Ujong2 ad org claim arab derma billioonzzz dekat acc jibun which is funnehh… highway yg ummah duk berduyun lalu hari2 tu pun idea tun m despite ramai bangkang pembinaan highway ms mula2 nk buat dlu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2022 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
hari tu ada kuasa knp letak jwtn?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 11-7-2022 10:34 AM
Selama 22 tahun tu kau buta ke tak nampak ke betapa byak kemajuan dia buat ? Mak pak iols dlu nak  ...

Iols setuju aje dgn pendapat u tapi kereta terbang tak jadi la.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ladyfreecare replied at 11-7-2022 11:25 AM
Iols setuju aje dgn pendapat u tapi kereta terbang tak jadi la.

Kereta terbang ? Itu bukan idea tun, tun sendiri pernah sindir psal kereta terbang, nnt polis trafik pun kena terbang sekali
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kasibiman at 11-7-2022 01:22 PM

Lawak bodoh sempena Besday eh?

Bukan kau Kata gaji takleh mahai = inflasi?

Bukan kau Kata ringgit takleh kukuh = harga keluaran Malaysia tak produktif?

Bukan pentadbiran kau yg bukak pintu seluas2nya kpd PATI utk masuk dgn gaji rendah demi kroni kau Dan mengakayakan umnoputra?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau tekan pelarasan gaji to fair values.

Kau pariahkan ringgit resulting in cost push inflation.

Kau tutop peluang kerja marhein dgn kebanjiran PATI for good measure.

Now kau meratib jurang kekayaan????


Kapla Bana abah kauuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 01:44 PM | Show all posts
klu xde atok sampai skrg kita ada UM je nak masuk universiti
airport msih kat subang
highway xkan ada masih guna jalan lama mcm kat indon  
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembang karilah atok ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa atok berkuasa la jurang tu berlaku kan? Anak sendiri pun jadik biliyuner.. kecewa kunun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2022 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
kasibiman replied at 11-7-2022 01:19 PM
Lawak bodoh sempena Besday eh?

Bukan kau Kata gaji takleh mahai = inflasi?

zaman dialah segala.makhluk asing dibagi masuk..sebab nak bg gaji murah
satu generasi skip tak.kerja ladang/kilang
lepas tu naknsuruh budak2 gen z kerja ladang sawit ke...lambert lagi
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 04:00 PM | Show all posts
97 tahun dh
terbaik tun
moga diberi kesihatan
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga tun masih sihat utk lagi 10-15 tahun utk beri cadangan penyelesaian yg bernas utk malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembang nk kuasa jer ni.... Pegi mampus lah Tua Kutuk... Ko dah dpt peluang tp ko persiakan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.338624 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list