CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1697|Reply: 8

[Tempatan] 2 beranak maut dikelar: Bapa duduk, tidur dalam kereta ubat kerinduan

[Copy link]
Post time 11-7-2022 09:16 AM | Show all posts |Read mode

2 beranak maut dikelar: Bapa duduk, tidur dalam kereta ubat kerinduan

ROSMAN Ahmad mengubat kerinduan terhadap Allahyarhamah Hajar Nursyahirin dan cucunya dengan duduk dan tidur dalam kereta milik arwah.


  • Oleh KHAIRUL MOHD. ALI
  • 11 Julai 2022, 8:07 am















JOHOR BAHRU: Kereta Perodua Bezza berwarna putih milik Allahyarham Hajar Nursyahirinmenjadi pengubat rindu buat ahli keluarga terutama bapanya, Rosman Ahmad, 58.

Malah, Rosman sengaja meletakkan kenderaan milik arwah di hadapan gerainya di Permas Jaya, di sini beberapa hari selepas kejadian.

Perkara itu secara tidak langsung mengubat kerinduan terhadap anak ketiga berserta cucunya, Hans Mohd. Thakif yang sudah tiada selepas menjadi mangsa bunuh di Kampung Bakar Batu, dekat sini, baru-baru ini.

“Memang saya sengaja letakkan kereta arwah di hadapan gerai. Ini kerana sejak arwah menggunakan kereta itu kira-kira lima tahun lalu, dia memang meletakkan kenderaannya di kawasan tersebut sama ada ketika datang untuk memasak atau menguruskan kedai atau menghantar kuih-muih.

“Jadi, apabila saya meletakkan kereta arwah di hadapan kedai, sesekali ketika terlihat kelibat kenderaan itu terasa seperti arwah masih ada di kedai ini. Membantu saya dan ahli keluarga yang lain seperti kebiasaan,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini.

Apabila kerinduan terhadap arwah anak dan cucunya itu semakin mendalam, dia duduk di dalam kereta itu berseorangan dan mengimbau kenangan manis yang dinikmati mereka.

“Beberapa hari selepas kejadian, semasa saya letakkan kereta di depan kedai, pada malam tersebut saya tidur di tempat duduk pemandu di dalam kereta, jika tanya mengapa berbuat demikian hanyalah kerana perasaan rindu.

“Ini kerana apabila melihat kereta ini, saya akan teringat pada arwah yang memandunya ke gerai setiap hari, selepas dia melahirkan anaknya, cucu saya itu dibawa di kerusi penumpang hadapan, memang saya teringat.

“Antara kenangan beberapa hari selepas arwah habis pantang, dia mengadu anaknya itu seperti kurang senyum, namun apabila dia dibawa ke kedai, Hans Mohd. Thakif tersenyum dan ketawa,” katanya.

Sebagai seorang bapa, sudah tentu dia sangat menyayangi kesemua enam anaknya, namun ada sesuatu kelainan pada arwah yang membezakan antara mereka.

“Saya mempunyai lima anak perempuan dan seorang anak lelaki, sudah tentu saya sayangkan semuanya. Cuma arwah ini saya gelarkan dia sebagai ‘perempuan Melayu terakhir’ kerana lebih lemah lembut dan pendiam berbanding adik beradik yang lain lebih berdikari,” katanya.

Dalam kejadian 4 Julai lalu, Hajar Nursyahirin dan bayi lelakinya, Hans Mohd. Thakif ditemukan maut di hadapan rumah mereka di Kampung Bakar Batu, di sini kira-kira pukul 12 tengah hari dengan kesan kelar di bahagian leher. – UTUSAN





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2022 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya...kerinduan yang tidak ada penghujungnya sehingga akhir hayat
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Bapa kalau dia rindu mmg deep..sbb dia pendam...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 10:47 AM | Show all posts
Orang yang rasa kerinduan kehilangan kemudian bukan pada hari kejadian selalunya akan lalui kerinduan berpanjangan tampa penghujung hingga akhir hayat
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 10:56 AM | Show all posts
semoga setiap kesabaran kerinduan tersebut ditukar kepada pahala yang tidak ada tolak bandingan nya di sisi Allah swt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2022 11:40 PM | Show all posts
ai rasa simpati dgn bapa arwah yg terasa kehilangannya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sakit rindu orang yang dah mati ni. Sebab bukan boleh jumpa lagik di dunia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2022 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga pakcik sekeluarga cekal dengan dugaan ini. Allah swt bersama dengan hamba2 Nya yang bersabar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.044713 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list