CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3137|Reply: 25

[Tempatan] Trend kahwin muda, cerai awal semakin meningkat

[Copy link]
Post time 11-7-2022 11:42 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Trend perceraian dalam kalangan pasangan muda ataupun pertimbangan untuk bercerai pada usia muda semakin meningkat dan seolah-olah menjadi penyelesaian ketika mereka mengalami konflik rumah tangga, kata sebuah pertubuhan bukan untung.

Pengerusi Focus On Family Malaysia, Lee Wee Min berkata, kurangnya pendidikan dalam hubungan praperkahwinan boleh menyumbang kepada perceraian pasangan muda kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan mencukupi dalam menangani cabaran hidup bersama.

“Disebabkan itu, mereka mudah terpengaruh dengan media sosial mahupun pihak ketiga sehingga menjejaskan hubungan.

“Kekangan kewangan serta kurang pemahaman terhadap pasangan sendiri juga antara punca yang mendorong kepada perceraian dalam kalangan pasangan, khususnya bagi mereka yang berkahwin pada usia muda,” kata Lee kepada FMT.

Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Mas Ermieyati Samsudin memberitahu Dewan Rakyat hampir 140 perceraian difailkan sehari dari Mac 2020 hingga Ogos tahun lepas.

Kajian 2016 oleh Psychology Today mencadangkan pasangan berkahwin sebelum umur 28 tahun lebih berkemungkinan bercerai berbanding mereka yang berkahwin agak lewat dalam hidup, manakala kajian pada 2013 yang menemu bual 52 pasangan bercerai turut mendapati korelasi kuat antara perkahwinan muda dengan perceraian awal.

Menurut Lee, keputusan untuk bercerai selepas membina rumah tangga bukan perkara mudah bagi kedua-kedua pihak kerana ia menjadi jalan terakhir bagi pasangan yang berhadapan konflik rumah tangga, sama ada tiada persefahaman mahupun disebabkan tekanan emosi yang dihadapi akibat masalah kewangan.

“Malangnya, anak antara individu yang banyak terkesan akibat perceraian ibu bapa. Mereka mungkin sukar memahami mengapa ibu bapa mesti berpisah dan seterusnya mengalami kesusahan, kemarahan, kebimbangan mahupun ketidakpercayaan.

“Kajian turut membuktikan kanak-kanak mampu membesar dengan baik serta mencapai kejayaan dalam kehidupan, sekiranya mereka hidup dalam suasana yang harmoni dan penuh kasih sayang daripada ibu bapa,” katanya.

Kaedah atasi perceraian

Lee menekankan kepentingan bagi pasangan mengenal pasti timbulnya konflik dalam kehidupan harian tidak selalunya bersifat negatif kerana kadangkala konflik itu boleh membawa kebaikan kepada hubungan mereka.

Tambahnya, cara pasangan menyelesaikan konflik hubungan adalah faktor utama menentukan kelangsungan perkahwinan mereka.

“Adalah baik untuk mendapatkan bantuan kaunseling sekiranya hubungan antara pasangan menemui jalan buntu.

“Bagaimanapun, perkara yang paling penting ialah penerimaan kekurangan pasangan kerana faktor kekurangan itu yang menjadi kunci agar mereka lebih peka, saling mengerti mahupun melengkapi satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata, penerimaan itu bukan bermaksud mengabaikan semua kelemahan dalam pasangan, tetapi menyedari tiada manusia yang sempurna di dunia ini.

Katanya, pasangan muda wajar menghadiri kursus praperkahwinan dengan pasangan lebih tua sekurang-kurangnya 12 bulan sebelum perkahwinan untuk membina persefahaman baik antara satu sama lain.

“Sekiranya pasangan bergelut untuk mengatasi perbezaan mereka ketika mengambil kursus praperkahwinan, mungkin mereka akan dinasihatkan membuat pertimbangan serius sama ada mereka perlu menyelesaikan perbezaan mereka dulu sebelum mengambil keputusan beralih ke fasa seterusnya (pertunangan atau perkahwinan),” katanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/07/11/gagal-tangani-konflik-antara-punca-perceraian-pasangan-muda/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2022 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Selagi soalan bila nak kahwin jadi trend. Hmmm
Lagipun ramai yg galakkan kahwin awal kerana sekian sekian sebab.

Anak muda juga mental cepat koyak dengan soalan bila nak kahwin?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 11-7-2022 11:44 AM
Selagi soalan bila nak kahwin jadi trend. Hmmm
Lagipun ramai yg galakkan kahwin awal kerana sekian s ...

U dah kahwin ke belum?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 01:37 PM | Show all posts
ku tunggu jandamu




Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 01:39 PM | Show all posts
hannah delicious menyesali perkahwinannya kerana salah pilih laki katanya
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 01:54 PM | Show all posts
betul ke punca utama adalah disebabkan masalah kewangan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2022 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by edayildiz at 11-7-2022 02:05 PM

muda muda dh jd mak la bdk skrg..xsanggup lg..tp risau gak makin tua tkt xsempat lak nk beranak 4 org
tp ssh jd mak ni..jaga ank buah kjp pun dh krik krik..i xsuka bdk..tp kucing i sukaa
tp skrg bethol xready nk kawen..
sepupu i baru cerai last month..seram plak dgr cite dia..bini dia mcm psiko
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
honam replied at 11-7-2022 01:54 PM
betul ke punca utama adalah disebabkan masalah kewangan?

betullll..kalau kawennn..pastu dpt laki gji lebih kurg jerr...dh kawen nk beranak lg...komitmen makin byk..kalauu dpt laki berkemampuan kita kerja juz utk suka2..tp kalau dpt laki yg gji below par..kena la tlg sekali tong tong byr umah atau keta kena byr sndidi..baikkk hidup sendiri jerrr kalauuuuu gitu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2022 02:37 PM | Show all posts
kawen awal ni sbb x nyabar nak ngeseks je kot....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 02:50 PM | Show all posts
edayildiz replied at 11-7-2022 02:08 PM
betullll..kalau kawennn..pastu dpt laki gji lebih kurg jerr...dh kawen nk beranak lg...komitmen ma ...

tu kiranya takde kerberkatan dalam berkahwin
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat dating apps ramai gak jumpa gak duda / janda umur 25-30an tapi anak da masuk tadika.. ada sampai 2-3  anak diorg..

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo pompuan kahwin muda laki dah matured kewangan kukuh oklah.. yg aku heran yg jate kemain muda 21,22 kerja pun x tetap sibuk nak berbini. Dah jadi laki tu enjoy lah life cari duit byk
baru kahwin
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 11-7-2022 02:04 PM
muda muda dh jd mak la bdk skrg..xsanggup lg..tp risau gak makin tua tkt xsempat lak nk beranak 4 or ...

banyak nau 'tapi' hang ni pun....
enjoy la dulu time single dah tak ready nak kawen. kalau ter'tua' sikit pun masa nikoh, branak sorg dua jadi laaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 11-7-2022 05:39 AM
hannah delicious menyesali perkahwinannya kerana salah pilih laki katanya

Hannah Delicious tu memang sayang kawin awal.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Asalkan berlaki tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 11-7-2022 04:08 PM
Kalo pompuan kahwin muda laki dah matured kewangan kukuh oklah.. yg aku heran yg jate kemain muda 21 ...

Hari2 tembak dinding

layan lak tik tok gelek2

mana bley tahan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2022 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 muda kawin sebab nak buat konten tiktok..depa tak tau reality sebenar perkahwinan yg nak dihadap sepanjang usia...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 11-7-2022 02:37 PM
kawen awal ni sbb x nyabar nak ngeseks je kot....

Utk halalkan yg harommm katanya. Aritu i g pej agama islam, i tgk kat buku registration tu byk ye dtg atas urusan penceraian. Umur bawah 27.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 06:20 PM | Show all posts
Tak nak cerai kalu, jangan kahwin..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerai jelah drpd hidup dlm ketoksikan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.044930 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list