View: 1352|Reply: 15
|
[Tempatan]
Kerajaan tiada kuasa hapuskan visa furada- Timbalan Menteri Agama
[Copy link]
|
|
Kota Bharu: Kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menghapuskan visa furada yang dikatakan hampir setiap tahun menjadi isu termasuk baru-baru ini membabitkan kerugian hampir RM2.3 juta.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Mentero (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, ia berikutan visa furada adalah hak kerajaan Arab Saudi kepada pihak tertentu melalui kedutaan Arab Saudi di Malaysia.
"Itu adalah hadiah khas daripada Raja Saudi kepada individu tertentu yang ada hubungan baik dengan beliau. Cumanya, proses berkenaan melalui kedutaan Arab Saudi yang akan kenal pasti siapa yang akan dihadiahkan visa itu.
"Visa itu bukan hak kita dan kerajaan Malaysia tidak boleh dan tidak ada kuasa untuk membatalkan mahupun menyekat visa furada itu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Qurban Perdana Parlimen Pengkalan Chepa di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Mereka dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Tabung Haji (TH).
Mengulas mengenai cadangan Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH) mengesyorkan supaya setiap agensi pelancongan yang diberi kelulusan sebagai perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH) diulang ganti setiap dua tahun sekali, Ahmad Marzuk berkata, pihaknya akan mempertimbangkan perkara itu.
"Sehingga kini terdapat 22 agensi pelancongan yang berdaftar dengan TH di bawah PJH dan mereka ada kelayakan tertentu," katanya.
Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul sebab itu hal Saudi. Tapi kerajaan boleh je implement law jgn kasi TA jual pakej furada kat Malaysia ni. Sebab visa tu inconsistent. Takkan tu pun tak reti nak buat? Puihhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Zur Eda tersenyum sinis  |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tu apa je kerajaan boleh buat? Ternak scammer?
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh saja kalau nak..control saja syarikat pelancungan /pantau atau register.....saja tak nak..ada yang ada saham kot |
|
|
|
|
|
|
|
JunkMail replied at 11-7-2022 09:27 AM
Betul sebab itu hal Saudi. Tapi kerajaan boleh je implement law jgn kasi TA jual pakej furada kat Ma ...
Buduh kan? Marhaen boleh fikir. Muntri hada segala kuasa huntok kontrol ka ubah segala sesuatu tak boleh fikir. |
|
|
|
|
|
|
|
alahai knp bagi jawapan mcm org pemalas nk berkeje. keje cume dtg punch card tibe mase balik. sampai bebile la takkan abes cerite scammer memgscam org. |
|
|
|
|
|
|
|
"Itu adalah hadiah khas daripada Raja Saudi kepada individu tertentu yang ada hubungan baik dengan beliau. Cumanya, proses berkenaan melalui kedutaan Arab Saudi yang akan kenal pasti siapa yang akan dihadiahkan visa itu. tu je point dia sebenarnya.acik2 yg kena scammed haritu ada hubungan apa dgn raja saudi?cer kabor?
|
|
|
|
|
|
|
|
macam ni lah , baik ape ape pun dengan Tabung Haji. Kat TH you nak bayar 70 K RM , ke ape ape ke , at least okay.
Ni dah jadi macam ni - u see? masa nak bayar semua perbelanjaan kos semua tu, dah terfikir ke pasal implikasi gune visa furada ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Kang nanti ada yang jawab ikut suka aku lah it's my money, my risk. Gomen juga yang salah sekat rezeki orang.
So gomen pun amik pendekatan ikut ko la labu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang laa kerajaan takdak kuasa, tapi bab salahkan DAP ada pulak kuasa..lobai, lobai…. |
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku senang... kalau disekat nanti kuarlaaa ayat... sekat rezeki org...tunggu panggilan TH sampai mati pun belum dpt..org yg jenis gini dia akan persalahkan semua org .. dah dibagi list agen yg berdaftar pun idaklaa ditgk..ni kos 40k satu kepala..hampir 400 org yg ambik takkan laaa bingai sgt kan,,.... itu lah nafsu dan x mo ikut garis panduan...
sama laa kes cucuk vaksin.. gomen dah suruh ikut garis panduan... kerajaan arab pun dah suruh ikut.. katakanlaaa bila kat mekah tu kerajaan sana detact tipu sijil2 tu..kene hukuman..takkan nak suh kerajaan malaysia@TH tolong selesaikan pulak masalah yg korang cipta sbb tamak tu dan asyik nyalahkan semua org.. ...
bagi aku..no..no..no... sendiri buat sendiri tanggung... cuma bab burn duit yg berjuta tu..pandai2 korang dptkan balik... |
|
|
|
|
|
|
|
betul..karang dihalangnya kata sapa jd kerajaan zalim ni tanggunglaaa dosa kat akhirat bagai..sendiri punya dosa takde tgk ka..
kalau dah nasihat..tp x mo dengar...lantak laa ko..dah terkono haaa baru laa meratip...
|
|
|
|
|
|
|
|
Timbalan menteri ni ingat rakyat semua bodoh macam ahli parti dia ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Visa furada ni memang lah hak milik anak beranak raja saudi.
masalahnya bila dah tamak mula la jual , sebab ada pembeli, ada yang sanggup bayar mahal mahal , padahal asalnya ehsan sahaja. Samada betul pengeluar visa tu menjual dengan sekian sekian harga atau orang tengah yang mengambil keuntungan, allahualam.. indirectly anak anak raja semua boleh di sogok dengan wang ringgit la untuk keluarkan visa furada...
bila sampai ke bakal bakal haji, sanggup bayar walaupun visa tu entah ada entah tidak (assumed dapat)
penjual agama ni apa yang dia tak jual selagi bioleh klepet duit orang..
Duit derma anak yatim, pusat tahfiz..
Duit akikah luar negara
duit korban luar negara
derma palestin, syria
badal haji/umrah
dan banyak lagi..
pandangan umum umat islam , ah biarlah , yang penting niat kita ikhlas, kalau dia tipu itu antara dia dgn tuhan.. yes memang betul tetapi bukankah kita indirectly menggalakkan penipu/scammer tu .
|
|
|
|
|
|
|
|
macam biasa acik2 dalam ni ingat kerajaan malaysia adalah yang terpaling segalanya
termasuklah terpaling boleh batalkan visa furada
delusi serupa indon percaya jokowi mampu hentikan perang rusia-ukraina |
|
|
|
|
|
|
| |
|