CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 502|Reply: 0

[Tempatan] Kavadi membebankan: Tok Mat digesa minta maaf

[Copy link]
Post time 11-7-2022 05:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-7-2022 01:46 AM


Kavadi: Tok Mat digesa minta maaf

MOHAMAD HASAN


  • Oleh AHMAD FADHLULLAH ADNAN
  • 11 Julai 2022, 5:08 pm















PETALING JAYA: Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengecam Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohammad Hassan yang menyifatkan ‘kavadi’ sebagai satu beban.

Sehubungan itu, Ketua Penerangannya, S. Gobi Krishnan mendesak Mohamad memohon maaf kerana ia adalah satu penghinaan yang jelas kepada penganut beragama Hindu.

Beliau berkata, tindakan itu jelas menunjukkan Mohamad tidak menghormati sensitiviti masyarakat India beragama Hindu dengan mengaitkan ritual agama Hindu sebagai satu beban.

“Untuk makluman Tok Mat (Mohamad) yang jahil, saya ingin memperbetul kefahaman beliau mengenai kavadi. Kavadi adalah satu bentuk pembayaran nazar oleh masyarakat Hindu semasa perayaan Thaipusam saban tahun yang mana masyarakat Hindu yang bernazar kemudiannya berpuasa dan menunaikan nazar mereka dengan mengangkat kavadi sebagai tanda terima kasih kepada Murugan Yang Maha Esa.

“Saya selaku Ketua Penerangan Sayap Bersekutu Nasional Parti Bersatu dengan ini mendesak Tok Mat supaya meminta maaf secara terbuka kepada seluruh umat Hindu di Malaysia dalam masa 24 jam.

“Jika ini tidak dilakukan, maka kami akan menggerakkan kesemua NGO agama Hindu untuk turut bersama dengan kami membuat laporan polis secara besar-besaran terhadap beliau di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas Gobi Krishnan, tindakan penghinaan terhadap mana-mana agama terutama yang dilakukan oleh pemimpin politik demi kepentingan politik sempit mereka tidak harus dibenarkan.

Beliau berkata demikian bagi merujuk mengenai video yang dimuat naik di laman facebook CheguBard Original mengenai komen Ahli Dewan Undangan (DUN) Rantau itu yang merujuk tentang ‘kavadi’ untuk menjelaskan kekalahan UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). – UTUSAN





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.118589 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list