View: 888|Reply: 6
|
Jemaah Haji Dibenar Bawa Air Zamzam Naik Penerbangan
[Copy link]
|
|
Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz (KAIA) membenarkan jemaah haji yang hendak pulang ke negara masing-masing untuk membawa air zamzam menaiki penerbangan, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.
Pengurusan lapangan terbang itu berkata, setiap jemaah bagaimanapun hanya dibenarkan untuk membeli botol air zamzam 5 liter di mana-mana ruang jualan dalam bangunan KAIA.
 Saudi Gazette
Tambahnya, pihak berkuasa lapangan terbang telah memperuntukkan laluan daftar masuk berbeza bagi air zamzam selain penumpang tidak dibenarkan membawanya menggunakan bagasi daftar masuk seperti kebiasaan.
Dalam pada itu, KAIA berkata, dalam fasa akan datang, pihaknya bersiap sedia untuk menyiarkan mesej kesedaran dan pendidikan menerusi semua platform media supaya dapat disebarkan dalam kalangan jemaah di lokasi penginapan mereka.
 Saudi Gazette
Matlamat inisiatif tersebut adalah untuk menyampaikan maklumat kepada jemaah mengenai arahan diperlukan berkaitan dengan pengendalian dan penghantaran bagasi di lapangan terbang.
Kesemua maklumat akan diterbitakan menerusi surat khabar dan e-akhbar, platform media sosial serta pesanan ringkas.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Kaya raya Saudicks ini jual ini barang semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam, tak percaya akak itu genuine air zamzam.  |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 11-7-2022 12:31 PM
Air laut desalination jah tu, sebab tu rasa air dia pelik sikit, banyak kilang sebegini di merata ...
Ha, that's what I thought yach! |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 11-7-2022 08:31 PM
Air laut desalination jah tu, sebab tu rasa air dia pelik sikit, banyak kilang sebegini di merata ...
Arab murtad ni klu cerita mcm betul jer. Nabi Muhamnad pun dia tak percaya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|