BAYI yang terperangkap dalam kereta Perodua Viva diselamatkan bomba. FOTO Ihsan Bomba
Alor Setar: Pasukan bomba dipanggil untuk membantu menyelamatkan bayi perempuan berusia 47 hari yang terperangkap dalam kereta Perodua Viva di kawasan Alor Merah, di sini, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 2.21 petang.
Beliau berkata, sepasukan anggotanya dari BBP Alor Setar yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Rusdi Lazim tiba di lokasi sejurus menerima laporan berhubung kejadian itu.
"Tindakan yang dilakukan anggota BBP Alor Setar adalah dengan membuka pintu kereta dan berjaya mengeluarkan bayi berkenaan dengan menggunakan peralatan khas.
"Anggaran masa yang diambil hampir lima minit untuk mengeluarkan mangsa sebelum menyerahkan bayi berkenaan kepada keluarganya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, operasi tamat sepenuhnya pada 2.43 petang.
Post time 12-7-2022 11:26 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kereta viva ni auto lock ke?
Teringat dulu2 kawan i call tengah2 maghrib bagi tau kereta myvi dia ter lock depan rumah dgn enjin still running...
Tak lama lepas kejadian tu, masa i beli kereta import i tanya salesman tu...kereta ni autolock ke? Mujur la takde. Kalau ada tak jadi i beli..
Post time 12-7-2022 01:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
plywood replied at 12-7-2022 11:20 AM
ni salah satu teknik
I see
Tqtqtq...
Sebab ada kat taman iols ni..budak terperangkap
Bapak dia selamba shopping dlm.speedmart...
Pastu ada abang ni pecahkan cermin depan.buka lock then amek budak.tu sebab masa.tu.panas..
Bapak.budak tu.siap.tanya.kenapa.tak.panggil.dia atau bomba..
Kena.maki setepek.kat situ...