View: 7365|Reply: 100
|
[Tempatan]
Peniaga kek lapis Sarawak pening.
[Copy link]
|
|
Kuching: Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak bercadang untuk mengadakan perbincangan dengan pembekal bahan kek berkenaan dalam masa terdekat ini bagi mengelakkan peningkatan mendadak harga produk ikonik Bumi Kenyalang itu.
Pengerusi persatuan itu, Zubaidah Sahadar memberitahu Bernama bahawa mereka mahukan perbincangan yang menghasilkan situasi menang-menang bukan hanya antara pengusaha produk dan pembekal bahan, tetapi juga tidak menambahkan beban kepada pembeli mereka.
"Kenaikan harga bahan seperti tepung gandum, telur ayam dan mentega baru-baru ini memanglah memeningkan kepala pengusaha kek lapis Sarawak dan kami terpaksa memerah otak untuk mengimbangi peningkatan kos ini bagi mendapatkan kembali harga pulang modal," katanya.
Selain itu, pengusaha kek lapis Sarawak yang kebiasaannya boleh menempah sehingga 20 papan telur ayam sehari kini hanya boleh mendapatkan sehingga 10 papan sahaja dan ini turut menjejaskan kuantiti produk yang mereka boleh hasilkan.
"Jika kerjasama antara pembekal dan pengusaha dapat diwujudkan, ia akan memudahkan kami untuk mendapatkan bekalan memandangkan kami memerlukan bahan ini dalam kuantiti yang banyak dan kalau boleh, ditawarkan pada harga lebih rendah," katanya.
Zubaidah, 57, berkata, ahli persatuan itu terpaksa menaikkan sedikit harga jualan produk mereka dari RM10 dalam sebekas kecil kek kepada sekitar RM12, bergantung kepada jenis kek lapis berkenaan untuk memperoleh kembali modal mereka.
Beliau yang memiliki perniagaan Zue Kek Lapis Sarawak sejak hampir tiga dekad berkata, dengan peningkatan jumlah ahli persatuan itu kepada 46 kini, beliau percaya permintaan barangan mentah dalam kalangan pengusaha turut meningkat kelak.
Sementara itu, pengusaha Ezza Kek Lapis, Azida Mohamad Hepni, 45, berkata, beliau berharap agar pembeli memahami situasi pengusaha yang perlu menaikkan harga kek lapis.
"Ada juga kalangan pengusaha yang terpaksa kecilkan saiz bagi memastikan kualitinya tetap sama, dengan harga yang sama seperti dulu. Namun, ada juga pelanggan yang sanggup bayar mahal kerana kek lapis juadah utama di musim perayaan.
"Perniagaan kek lapis baru sahaja mahu merangkak semula kerana kami turut terkesan akibat Covid-19. Semenanjung Malaysia merupakan market terbesar kek lapis tapi tidak boleh dihantar kerana sekatan yang dibuat sebelum ini," tambahnya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/07/860571/persatuan-pengusaha-kek-lapis-sarawak-mahu-bekerjasama-dengan-pembekal
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Naikkan je harga. Semua orang paham.
Padahal aku xmakan kek pun. |
|
|
|
|
|
|
|
kann..sebenarnya memang itu pun satu2nya pilihan dalam kepala diorang, malu2 meow pulak nak berterus-terang tetiba rasa nak melantak kek lapis serawak pulak yihhh
|
|
|
|
|
|
|
|
naikkan jelah harga, mmg barang baking naik byk, sebuku butter naik sampai rm1-2, telur pun mendadak naik, belum lg bahan lain mcm susu pekat horlicks yada yada, nak mkn sedap byrlah harga mahal
tarif letrik pun tinggi skrg ni, mmg tak boleh elak kenaikan harga |
|
|
|
|
|
|
|
rata-rata semua naik harga |
|
|
|
|
|
|
|
sebab sarawak market small.
rasanya yang banyak membeli adalah sebelah semanjung
|
|
|
|
|
|
|
|
Kek lapis sarawak neh iols makan strawberry white choc je..
Sedap..
Jadi..naikkan lah harga
Janji kau pakai butter churn.lah...hehe..
Jgn pakai buttercup.plak |
|
|
|
|
|
|
|
naikkan jer la rega tu xyh la memalu...contohi la mamak...mee goreng dh naik singgit..teh tarik naik 2 posen... |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 12-7-2022 05:18 PM
naikkan jer la rega tu xyh la memalu...contohi la mamak...mee goreng dh naik singgit..teh tarik naik ...
kannn...
risiko tanggung sendiri.... |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas member srwk rekemen butter kek, i dah tak beli kek lapis srwk. Pegi srwk carik butter kek je, borong bwk balik kl. Sedaappnye. |
|
|
|
|
|
|
|
lain "daratan" pon naik harga jugak? banyak sangat ke penduduk sabah + serawak sampai harga telur pon naik? kalau semenanjung sudah tentu berpuluh juta |
|
|
|
|
|
|
|
Itulah, tapi dlm masa yg sama orang semenanjung jgak yg dia orang anti .siap panggil lipas lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
lepeh lah. Dan bukan untuk semua orang Malaya ye. Itu khas untuk askar2 yang dok merenyam di bas stand zaman dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
kat mana kek lapis sarawak yang sedap?
ai beli kat mira cake house online jah sebab teringin nak rasa.. semua pun tak sedap.. rasa esen n tepung je..
takde pun rasa butter, horlicks, nestum segala jadah walaupun semua bahan ni disebut dalam description ingredients dalam kek..
sedap lagi beli kek buah kukus online kat shopee.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by hanamunir at 12-7-2022 10:45 PM
amyza replied at 12-7-2022 06:58 PM
Lepas member srwk rekemen butter kek, i dah tak beli kek lapis srwk. Pegi srwk carik butter kek je, ...
uolls beli kat mana kt srwk tu? ada specific nama kedai tak? meolls nanti bakalan ke srwk utk pertama kali nye..macam menarik plak bila uolss sebut ni..dah la meolls peminat butter cake..
utk tak out of topic, tak pe naik kan je lah harga, semua orang boleh faham dengan keadaan semasa..semua barang naik, lagi2 kek lapis pakai bahan premium..
kalau mampu, beli la kek sarawak tu, kalau tak mampu, beli la 1 ketul untuk buat merasa..tak pun, setahun sekali, simpan la seringgit sehari selama 2 bulan ke..maybe tak terasa sangat kot..kalau tak mampu juga, insyaAllah akan ada la rezeki tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
hanamunir replied at 12-7-2022 10:40 PM
uolls beli kat mana kt srwk tu? ada specific nama kedai tak? meolls nanti bakalan ke srwk utk pert ...
Biasanya butter cake ikonik ni dari Mita Cake House. Chuols search je. Ada byk cawangan dlm Kuching |
|
|
|
|
|
|
|
mesmerize replied at 12-7-2022 08:50 PM
kat mana kek lapis sarawak yang sedap?
ai beli kat mira cake house online jah sebab teringin nak ras ...
Mira tu mmg cake bajet. Yg sedap marbeles ni semua homemade baker buat. Kena tempah awal.. Tp kena cari betul2 jugak, ada je yg ke lautan hindi rasa dia biarpun homemade. Nnt iols beri nama ig baker yg Iols pernah order n sedap. tak ingat la skrg. Kena cek fon lama. |
|
|
|
|
|
|
|
But honestly waktu raya org sarawak pun bukannya sentuh sgt pun kek kalau dah raya ketiga ke empat tu. Muak kot. Kek tu jadi mcm deko je susun byk2 mcm2 rupa. Hidang. Makannya tak lah beria sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by edayildiz at 13-7-2022 12:05 AM
kek lapis ni colour dia kuat jgk kn..so bkn selalu blh mknn..
tp kalau nk naikkan rega pun xpe..i xsuka sgt kek lapis..kalau org bg..mkn jer jgk..dulu masa asasi kt srwk selalu la jgk bwk balikk smnjg kek lapis..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|