CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2883|Reply: 20

[Dunia] Presiden Sri Lanka 'terperangkap', berdepan rusuhan di lapangan terbang dalam cubaan melarikan diri

[Copy link]
Post time 12-7-2022 04:05 PM | Show all posts |Read mode

Rajapaksa dan isterinya dilaporkan terpaksa bermalam di pangkalan tentera yang terletak bersebelahan lapangan terbang antarabangsa di Colombo. - Gambar fail

PRESIDEN Sri Lanka dilaporkan terperangkap apabila beliau dihalang oleh pegawai imigresen lapangan terbang untuk menaiki pesawat, menurut sumber rasmi.
Presiden Gotabaya Rajapaksa sebelum ini berjanji untuk meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada peralihan kuasa secara aman sehubungan protes terhadapnya selepas krisis ekonomi di negara berkenaan.
Rajapaksa, 75, telah meninggalkan kediaman rasminya di Colombo sebelum kediamannya diserbu ribuan penunjuk perasaan pada Sabtu dan dipercayai dalam perjalanan ke Dubai.



Sebagai Presiden, Rajapaksa mempunyai imuniti dari diberkas, dan beliau dipercayai berniat untuk ke luar negara sebelum meletakkan jawatan bagi mengelakkan tangkapan.
Namun, pegawai imigresen telah menghalang beliau untuk ke ruang VIP bagi urusan perjalanannya. Rajapaksa pula berkeras tidak mahu melalui laluan orang awam kerana risau akan berdepan ancaman orang ramai.

Rajapaksa dan isterinya terpaksa bermalam di sebuah pangkalan tentera yang terletak bersebelahan lapangan terbang antarabangsa selepas dilaporkan terlepas empat penerbangan ke Emiriah Arab Bersatu, baru-baru ini.

Adik Rajapaksa, Basil yang telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan pada April, dilaporkan turut mengalami nasib yang sama apabila beliau terlepas penerbangan ke Dubai selepas dihalang oleh kakitangan di lapangan terbang.

Basil dipercayai cuba membayar perkhidmatan berbayar di lapangan terbang, namun tidak berjaya.
“Beberapa penumpang turut membantah Basil menaiki pesawat itu,” kata pegawai lapangan terbang pada AFP.
“Suasana menjadi tegang, lalu beliau meninggalkan lapangan terbang,” tambah sumber itu.
Basil dilaporkan terpaksa mendapatkan pasport baharu selepas pasportnya terpaksa ditinggalkan di kediaman abangnya ekoran rusuhan ribuan penunjuk perasaan pada Sabtu lalu.

Sumber rasmi melaporkan satu beg berisi dokumen kerajaan turut ditinggalkan di kediaman Rajapaksa dan turut dijumpai ialah wang tunai bernilai hampir RM1 juta.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2022 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari bazir duit rakyat.
Belilah kapal terbang kecil ke,tk smpai sejuta pn.. ltk kt uma.kan senang nk pi larikan diri..ni jadi jahat pn bodoh..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 04:24 PM | Show all posts
sepatutnya rakyat sri lanka tembak shj presiden mereka sebelum dia melarikan diri
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 04:25 PM | Show all posts
dekat sini geng2 ni buat lantikan politik untuk jawatan2 besar kepada geng2 mereka
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus jugak pegawai imigresen kat situ. Tak bersekongkol dgn Rajapaksa ni. Kalau kat tanahair dah lama lepas .. imi tutup mata je.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
syabas pegawai immi dan airport colombo
betul2 berkhidmat utk rakyat sana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2022 07:20 PM | Show all posts
Manakala di Malaysia ummah suchi masih mencium tangan yang penuh dengan taik!
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Wak jahid pergii mahkamah pun berkerumun org melayu cium tangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2022 08:40 PM | Show all posts
abg presiden
adik menteri kewangan.....

ader satu tmpt tu...pm dia...menteri kewangan pun dia....dulu lahhh.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 08:46 PM | Show all posts
musangbodoh replied at 12-7-2022 08:40 PM
abg presiden
adik menteri kewangan.....

atok ke?      
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 03:08 AM | Show all posts
bagos.. jangan kasi lepas. dah lari selamat diri.. kat obersea hidup senang lenang.. lepas tu buat press conference.. kerajaan baru tidak sah. dia masih lagi president yang sah bagai.. drama pemimpin yang lari
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 08:52 AM | Show all posts
dh smpi maldives pun kan...menteri2 kat Malaysia ni kne hati2 la...shinzo abe pun dh kne tembak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Jibon tu jam pun nak lari kan. Siap angkut beg bededai konon2 gi makan angin kat langkawi
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
News cakap dia nak lari duduk Dubai atau Singapore. Janji ada duit semua boleh kan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 12-7-2022 04:23 PM
Dari bazir duit rakyat.
Belilah kapal terbang kecil ke,tk smpai sejuta pn.. ltk kt uma.kan senang nk ...

Dan kena pandai bawa kapal terbang. Tak perlu harap kat pilot.

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 08:36 AM | Show all posts
xlama kena tangkap la tu,
harap tentera je yg tolong, tu pun sampai bila
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2022 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Geng dia kat aini x mau pi tolong ka..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 09:12 AM | Show all posts
malaysia kalau tanak jd mcm tu.. muhasabah la oiiii
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 10:08 AM | Show all posts
senang2 je lari.. kisah mcm ni hope dapat la bukak minda pak menteri kat malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.125824 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list