Tujuh tahun melarikan diri, akhirnya wanita yang mengerat zakar anak angkatnya berjaya ditahan polis.
Daily Star kelmarin melaporkan, Deusiane dos Reis Santos, 46, melarikan diri selepas disyaki mengerat kemaluan anak angkatnya menggunakan sebilah gunting di rumah mereka di Belford Roxo pada 2015.
Perbuatannya hanya diketahui selepas kanak-kanak lelaki berkenaan kembali ke rumah perlindungan tiga bulan kemudian apabila kakitangan pusat kebajikan itu melihat kecederaan pada bahagian alat sulitnya.
Deusiane dos Reis Santos - Foto: Newsflash
Santos mendakwa bahawa kecederaan itu berpunca daripada zakar mangsa tersangkut pada zip seluarnya sebelum dia melarikan diri.
Polis berkata, serangan tersebut menyebabkan kesan kecederaan serius pada zakar mangsa. Dia memberitahu polis bahawa kecederaan itu dilakukan ibu angkatnya sebagai hukuman kerana berkelakuan buruk.
Mangsa turut mendakwa pernah beberapa kali diugut untuk dikerat kemaluannya dalam beberapa kejadian sebelum ini.
Detektif Polis Sivil Rio de Janeiro berkata, mangsa dituduh berkelakuan agresif dan tidak mematuhi arahan suspek. Dia juga terpaksa menanggung penderitaan fizikal yang teruk sebagai bentuk hukuman.
Santos yang diisytiharkan sebagai orang buruan tiga tahun lalu, akhirnya ditemui bersembunyi di sebuah lokasi terletak beratus-ratus kilometer dari Belford Roxo pada 6 Julai lalu.
Pendakwa raya, Maria Cristina Faria Magalhaes berkata, Santos melakukan perbuatan itu secara sedar dan tanpa paksaan.
Sumber: Kosmo |