CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 534|Reply: 3

[Tempatan] Suspek kes pecah rumah dicekup tikam polis dengan gunting

[Copy link]
Post time 12-7-2022 08:06 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 12-7-2022 04:09 AM

Suspek kes pecah rumah dicekup tikam polis dengan gunting




  • Oleh TOREK SULONG
  • 12 Julai 2022, 7:50 pm















PASIR PUTEH:  Seorang pemandu lori dicekup selepas cuba membunuh anggotapolis berpangkat Lans Koperal dengan menikam lengannya semasa menjalankan serbuan di sebuah rumah di Taman Sri Sentosa, Bukit Bidang dekat Selising di sini kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam semasa sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok menyerbu rumah lelaki berusia 35 tahun itu yang merupakan suspek bagi beberapa kes pecah rumah di daerah ini dan Bachok.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superitendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan mendapati, suspek cuba untuk melarikan diri dari bahagian dapur ke pintu depan rumah semasa anggota polis tiba di rumah berkenaan.

Menurutnya, insiden tersebut menyebabkan berlaku pergelutan antara suspek dengan polis sebelum lelaki itu bertindak menikam lengan salah seorang anggota polis selepas dia dipercayai panik melihat sepasukan pihak berkuasa mengepung rumahnya.

“Tikaman gunting itu turut menyebabkan anggota polis menerima lima jahitan pada lengan kanannya di Klinik Kesihatan Bachok dekat sini.

“Suspek juga cedera pada bahagian kepala sehingga menerima empat jahitan, bengkak pipi kiri, lebam mata kiri dan luka pada tubuhnya akibat pergelutan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zaizul Rizal memberitahu, siasatan lanjut turut mendapati, suspek dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah selain mempunyai lima rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Katanya, ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Siasatan di lokasi kejadian turut menemui sebilah gunting berwarna merah yang dipercayai digunakan semasa menikam anggota polis.
“Suspek kini direman selama empat hari bermula semalam sehingga Khamis ini,” katanya.

Tambah Zaizul Rizal, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh anggota polis. –UTUSAN ONLINE





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2022 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 09:05 PM | Show all posts
Lepas ni kuranglah masalah kecurian
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 09:11 PM | Show all posts
Semoga penjenayah ini dihukum gantung sehingga mampus sebab cubaan membunuh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.058650 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list