View: 691|Reply: 7
|
[Politik]
Hadi kata jawatan TPM tak wujud, tapi Takiyuddin mengaku buat draf. Eh pening lah!
[Copy link]
|
|
BUKIT GANTANG: Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengaku membuat draf perjanjian berkaitan jawatan Timbalan Perdana Menteri namun menegaskan perjanjian yang dibuat itu tidak mensyaratkan pelantikan tersebut adalah dimestikan.
Menurutnya, beliau membuat dalam draf perjanjian itu atas kedudukannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) pada waktu itu.
Katanya, namun perkara berkaitan lantikan Timbalan Perdana Menteri bukan satu perjanjian sebaliknya dipanggil sebagai Memorandum Perjanjian (MoA) dan bukannya Memorandum Persefahaman (MoU).
“Perjanjian itu dipanggil ‘Memorandum Of Agreement’ (MOA) dan bukannya ‘Memorandum of Understanding’ (MOU).
“Walaupun ‘perjanjian’ antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ada menyebut mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri tapi tidak mensyaratkan pelantikan itu dimestikan.
“Ini kerana klausa mengenai Timbalan Perdana Menteri tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas Program Mesra Rakyat Keluarga Malaysia (Zon Tengah) Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) di Padang Dewan Serbaguna Sungai Kerang, Trong, dekat sini hari ini.
Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkata, jawatan Timbalan Perdana Menteri yang sebelum ini adalah melalui perkara yang dinamakan sebagai ‘konvensyen’, iaitu suatu amalan yang tiada dalam Perlembagaan.
Jelas beliau, pelantikan Timbalan Perdana Menteri adalah atas kehendak Yang di-Pertuan Agong.
“Apabila tiada dalam Perlembagaan (pelantikan TPM), maka terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong sama ada hendak lantik atau tidak.
“Jadi tidak boleh kata wajib melantik Timbalan Perdana Menteri, Perdana Menteri berhak atas hak prerogatifnya ingin melantik Timbalan Perdana Menteri jika beliau berasa perlu,” katanya.
Mengenai sama ada perjanjian itu diketahui Tan Sri Abdul Hadi Awang, Takiyuddin berkata, beliau tidak pasti sama ada Presiden Pas itu tahu atau sebaliknya.
“Mungkin kenyataannya beliau sebelum ini adalah jawapan secara spontan apabila ditanya yang mana dia mungkin tidak tahu,” katanya.
Sebelum ini, Abdul Hadi berkata, perjanjian lantikan Timbalan Perdana Menteri tidak wujud.
Menjawab perkara itu, semalam, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Abdul Hadi supaya merujuk kepada Takiyuddin yang didakwanya sebagai pembuat draf perjanjian berkaitan jawatan Timbalan Perdana Menteri.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/07/tpm-takiyuddin-mengaku-buat-draf/
|
|
|
|
|
|
|
|
tuan guru punya kredibiliti di hujung2 ni semakin tercemar. ini kah legasi yg ingin ditinggalkan tuan guru? |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm...bayangkan Haji Hadi jadi TPM |
|
|
|
|
|
|
|
jawatan duta timur tengah? |
|
|
|
|
|
|
|
Tahiyuddin ni dalam dewan pun berani menipu apatah lagi diluar dewan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada TPM, ada lah gajinya. Bukan fikir nak menyumbang pada rakyat pun, lebih pada nak merebut jawatan jek. |
|
|
|
|
|
|
| |
|