CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 587|Reply: 5

[Tempatan] 100 rumah rosak dibadai ribut di Perlis

[Copy link]
Post time 13-7-2022 11:22 AM | Show all posts |Read mode
100 rumah rosak dibadai ribut di Perlis
Bernama -July 13, 2022 10:35 AM




Sebanyak 100 kediaman penduduk terjejas dalam kejadian hujan lebat dan ribut yang melanda Perlis, semalam. (Gambar Facebook)
KANGAR: Sebanyak 100 rumah di beberapa kampung mengalami kerosakan khususnya pada bahagian bumbung dalam kejadian hujan lebat dan ribut yang melanda negeri ini, semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perlis Mohd Izaimi Md Daud, berkata sehingga kini pihaknya menerima laporan sebanyak 100 rumah terkesan akibat kejadian ribut, bermula dari 10 pagi hingga lewat petang itu.


“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan anggaran kerugian masih dalam penilaian,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, APM menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini dan peka dengan amaran bencana dikeluarkan pihak berkuasa.

“Saya harap orang ramai patuh dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan menyimpan barang-barang berharga di tempat selamat,” katanya.

Semalam, lebih 50 rumah mengalami kerosakan akibat ribut yang melanda Perlis.

Antara kawasan yang terjejas ialah Mata Ayer, Kampung Panggas Kechil, Kampung Lubok Besar, Kuala Perlis, Padang Pauh, Lubuk Sireh, Kangar, Abi, Bukit Keteri, Kurung Batang, Balik Bukit, Wang Besar dan Beseri.

Menurut laman web Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca hujan pada sebelah pagi dan ribut petir pada sebelah petang di satu dua tempat di kawasan pedalaman di negeri ini akan berterusan sehingga 17 Jul.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2022 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Hidupku seperti badai tak henti gelora, musnahlah segala, perasaan dan harapan untuk hari esok tiada lagi



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2022 11:27 AM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 13-7-2022 11:25 AM
Hidupku seperti badai tak henti gelora, musnahlah segala, perasaan dan harapan untuk hari esok tiada ...

kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Abahmung replied at 13-7-2022 11:27 AM
kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai..

kalau kail panjang sejengkal, lautan yang dalam jangan ditemuduga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2022 11:34 AM | Show all posts
Edited by Abahmung at 13-7-2022 12:56 PM
kakikuDibibirmu replied at 13-7-2022 11:28 AM
kalau kail panjang sejengkal, lautan yang dalam jangan ditemuduga :lo ...

tak baik tau sis bergelak ketawa dlm tread bencana camni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan mangsa2
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.589115 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list