View: 753|Reply: 0
|
Danish azam terus berada di podium
[Copy link]
|
|
Md Danish Aiman. Foto ihsan Cub Prix
KUALA LUMPUR: Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing, Md Danish Aiman Zamrul mahu kekal menaiki podium menjelang Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022 di Litar Jempol, hujung minggu ini.
Dia yang beraksi dalam kategori Wira KBS cemerlang dalam saingan musim ini apabila tidak pernah terlepas menaiki podium sejak Pusingan 1 termasuklah muncul juara dalam Pusingan 4 di Litar Permotoran Terengganu, bulan lalu.
"Kejayaan di pusingan keempat adalah rezeki saya di laman sendiri. Saya hanya memberikan tumpuan penuh dan mengekalkan momentum saya di setiap lap. Saya juga sudah biasa buat latihan di Litar Terengganu dan mungkin ia adalah beri kelebihan untuk saya.
"Bagi perlumbaan di Jempol, saya akan buat yang terbaik untuk mengekalkan kedudukan di podium," kata Danish yang sekadar menamatkan saingan musim lalu di kedudukan kelapan keseluruhan.
Sementara itu, pengurus PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing, K Sivanesan, berkata perlumbaan di Litar Jempol pastinya akan memberi cabaran berbeza kepada pelumba berbanding litar di Terengganu.
"Bagi litar Jempol, hanya pelumba nombor 33 iaitu Adam Haikal yang pernah berlumba di situ pada tahun 2019. Bagaimanapun, saya sudah memberikan taklimat mengenai litar berkenaan kepada pelumba yang lain.
"Selepas berakhirnya pusingan keempat dengan kedudukan podium, saya mendapati pelumba-pelumba saya cukup matang dengan kemahiran berlumba masing-masing.
"Saya amat gembira dengan perkembangan prestasi mereka untuk terus mengekalkan podium di setiap pusingan. Bagi pusingan kelima, 31 Racing akan terus mempertahankan kedudukan di podium sekali lagi," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... us-berada-di-podium |
|
|
|
|
|
|
| |
|