View: 697|Reply: 1
|
[Tempatan]
Siti Nuramira mengaku tidak bersalah hina Islam
[Copy link]
|
|
Siti Nuramira (kiri) diiringi anggota polis tiba untuk didakwa atas kes menghina agama Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismai di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
Siti Nuramira mengaku tidak bersalah hina Islam
KUALA LUMPUR – Wanita yang tular membuka tudung dan menanggalkan baju kurung, dalam satu persembahan di sebuah kelab, Siti Nuramira Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan rasa tidak harmoni dikalangan sesama Islam.
Siti Nuramira, 26, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali
Mengikut pertuduhan, Siti Nuramira didakwa telah mengaku bahawa dia adalah seorang muslim dan telah menghafal 15 Juzuk al-Quran dan kemudiannya bertindak membuka tudung serta menanggalkan baju kurung sewaktu membuat persembahan di atas pentas.
Ia yang mana perbuatan itu boleh menyebabkan suasana tidak harmoni di atas alasan-alasan agama di antara orang-orang yang menganut agama.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Restoran Crack House Comedy Club, Tingkat 1, 24 Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) di sini pukul 6 petang pada 4 Jun lalu (2022).
Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman denda minimum dua tahun dan tidak lebih lima tahun jika sabit kesalahan.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan tersebut tidak boleh dijamin.
“Namun, sekiranya mahkamah ingin menawarkan jaminan, pihak pendakwaan mencadangkan RM50,000 berserta syarat tambahan seperti melapor diri di balai polis berdekatan, pasport diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh dilarang memuat naik sebarang kenyataan di media sosial sepanjang perjalanan kes ini, “kata Najihah.
Bagaimanapun peguam R.Sivaraj dan Datuk Shaharudin Ali yang mewakili Siti Nuramira memohon mahkamah memberikan ikat jamin rendah kerana tertuduh telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis sepanjang siasatan dijalankan.
“Mohon satu ikat jamin yang rendah sekitar RM4,000 hingga RM5,000 selain mahkamah boleh mengenakan syarat-syarat tambahan terhadap tertuduh,” kata kedua- dua peguam itu.
Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, hakim Siti Aminah membenarkan Siti Nuramira diikat jamin RM20,000 berserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali selain pasport diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh dilarang memuat naik di media sosial berhubung prosiding kes ini.
Mahkamah kemudian menetapkan 18 Ogos ini untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... ersalah-hina-islam/
|
|
|
|
|
|
|
|
Teman lelaki Amy didakwa
ALEXANDER hadir ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya. FOTO Rohanis Shukri.
Petaling Jaya: Teman lelaki kepada wanita yang menghina agama Islam dituduh di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memuat naik hantaran yang jelik dengan niat menyakitkan hati di media sosial.
Tertuduh V Alexander Navin, 38 mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan berasingan di hadapan Hakim Azrul Darus.
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh pada 5 Jun lalu memuat naik hantaran yang menyakitkan hati di akaun Twitter 'greenleafyconnoiseur' di pautan Instagram membuat dan memulakan penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Kesalahan itu dilakukan di Perdana View Condominium, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, Petaling Jaya.
Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu dituduh membuat dan memulakan penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang jelik sifatnya di aplikasi YouTube pada 16 Jun lalu di tempat yang sama dan melakukan kesalahan mengikut seksyen yang sama.
Terdahulu sebelum pertuduhan dimulakan, peguam yang mewakili tertuduh Ramesh NP Chandran, membuat permohonan maaf kepada mahkamah selepas hadir lambat kerana terpaksa menyelesaikan kes berkait di mahkamah berbeza.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Firdaus Mohamed Idris tidak menawarkan sebarang jaminan.
Beliau turut memohon mahkamah menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport, perlu melapor diri di balai polis dan tidak memuat naik sebarang kenyataan di media sosial berhubung kes ini.
Bagaimanapun, Ramesh membantah dan memohon mahkamah mengenakan jaminan yang rendah dengan alasan semua kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah kesalahan yang boleh dijamin.
Hakim kemudian memutuskan mengenakan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan.
Mahkamah menetapkan 1 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -lelaki-amy-didakwa
|
|
|
|
|
|
|
| |
|