CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 391|Reply: 0

[Dunia] Hidup hanya bergantung kepada hasil tanaman

[Copy link]
Post time 13-7-2022 01:36 PM | Show all posts |Read mode
Hidup hanya bergantung kepada hasil tanaman


Solenzo (Burkina Faso): Sebanyak 95 peratus daripada 16,000 penduduk di Kampung Ban, di sini, adalah sangat miskin.

Majoriti penduduk kampung bekerja sebagai petani dengan mengusahakan tanaman jagung dan kapas.

Kapas yang berjaya dituai akan dijual di kilang kecil milik kerajaan kira-kira lima kilometer dari sini, manakala jagung pula dijual kepada penduduk setempat di pasar tempatan ataupun untuk dimakan keluarga sendiri.

Wakil EZ Qurban, Dramane Guire, 40, berkata, penduduk di sini bergantung kepada tanaman di ladang mereka untuk mendapatkan pendapatan dan makanan.

"Namun dengan ketiadaan sistem pengairan yang baik, tiada elektrik menjadikan kawasan ini sangat sukar buat penduduk setempat.

"Pertanian hanya bergantung kepada hujan (kaedah tradisional), sekarang ada sedikit hujan jadi tanaman tumbuh dengan baik. Kita harap ia (hujan) akan berterusan hingga hujung tahun ataupun sehingga tanaman dapat dituai.

"Tahun lalu, berlaku kemarau panjang menyebabkan semua penduduk di sini sangat sukar. Tanaman mereka musnah dan akhirnya bekalan makanan juga terputus," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Untuk rekod, aktiviti pertanian di sini hanya bermula pada Julai hingga Disember setiap tahun kerana ketika itu hujan mula turun manakala sepanjang Januari hingga Jun pula adalah kemarau.

Pada Januari hingga Jun penduduk akan makan makanan yang mereka simpan hasil tuaian sebelumnya. Jika tanaman rosak akibat ketiadaan hujan, mereka terpaksa menahan lapar untuk tempoh yang lama.

Kapas mengambil masa lima bulan untuk dituai, manakala jagung pula mula mengeluarkan hasil selepas tiga bulan.

Bercerita lanjut, Dramane berkata, jumlah ahli keluarga hingga 15 orang bagi satu famili juga menambah kesengsaraan jika tanaman mereka musnah akibat kemarau.

"Lebih besar ahli keluarga, lebih banyak makanan diperlukan. Ia sentiasa sukar bagi penduduk di sini.

"Syukurlah kehadiran EZ Qurban memilih negara ini melaksanakan ibadah korban membolehkan mereka mendapat bekalan makanan.

"Daging korban yang diperoleh itu mereka akan makan dengan berjimat dan ia bertahan untuk tempoh sebulan," katanya.

Katanya, anggaran purata pendapatan penduduk di perkampungan ini hanyalah kurang AS$10 (RM44) sebulan kerana tanaman yang dihasilkan mereka hanyalah untuk sara diri bukannya komersial.

"Jika tanaman rosak mereka langsung tidak mempunyai pendapatan," katanya.

Untuk rekod, anggaran pendapatan guru di bandar adalah AS$80 hingga AS$100 (RM320-RM440) sebulan; guru di kampung AS$55 (RM242), pekerja restoran AS$40 (RM176) dan mekanik atau pekerja sektor penyediaan perkhidmatan menerima AS$60 (RM264).

Katanya, pekerja kerajaan menerima bayaran gaji tertinggi di negara ini antara AS$100 (RM440) hingga AS$120 (RM528) sebulan.

Sementara itu, laluan utama di kampung ini digelar town kerana menjadi kawasan penduduk yang berniaga menjalankan perniagaan mereka.

Ketika tinjauan dilakukan wartawan pada sebelah petang Aidiladha kedua, kebanyakan premis perniagaan di sini ditutup berikutan sambutan Aidiladha.

Pemerhatian mendapati di sini peniaga menjual petrol (dalam botol), makanan, perkhidmatan penghantaran wang, kedai runcit, tukang jahit dan kedai kasut.

Town juga menjadi tempat tumpuan sambutan Aidiladha dalam kalangan penduduk setempat yang mana mereka menggayakan baju raya dan berkumpul di sini. Begitu juga ketika menyambut Aidilfitri namun sambutan Aidiladha lebih meriah.

Pada sebelah malam penduduk terutamanya remaja juga diberikan kelonggaran oleh ibu bapa masing-masing melepak di town sempena Aidiladha.

Pada hari biasa, mereka tidak dibenarkan keluar rumah selepas Maghrib.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... epada-hasil-tanaman

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.047274 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list