Sumber Daily Star
Pesohor media sosial di Brazil, Jessica Andrade da Silva akhirnya diberkas oleh pihak polis atas kesalahan menjadi ketua sindiket penjenayah, lapor akhbar Daily Star.
Wanita itu mempamerkan kehidupan mewah termasuk melancong, menaiki kapal layar dan helikopter di media sosial bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Jessica sebenarnya adalah seorang individu yang menguruskan kumpulan penjenayah bagi pihak suaminya yang berada di penjara.
Sumber Daily Star
Wanita jelita itu bergiat aktif di beberapa kawasan termasuklah Jangurussu, Fortaleza, ibu negeri Ceara yang terletak di timur laut Brazil.
Jessica mula mempamerkan gaya hidup mewah ketika berusia 28 tahun.
Menurut pihak berkuasa, Jessica terlibat secara langsung untuk melaksanakan arahan suaminya dalam beberapa situasi dan bekerjasama untuk merealisasikan arahan berkenaan.
Wanita itu ditangkap di Salvador pada 22 Jun lalu namun pada 10 Julai, Jessica memohon untuk ditahan di rumah kerana mempunyai dua orang anak di bawah usia 12 tahun. -CARI
Sumber Daily Star
|