CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 673|Reply: 3

[Dunia] Kesungguhan Dauda mahu ikut wartawan pulang ke Malaysia

[Copy link]
Post time 14-7-2022 09:14 AM | Show all posts |Read mode
Kesungguhan Dauda mahu ikut wartawan pulang ke Malaysia

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -pulang-ke-malaysia

Disiarkan pada: Julai 13, 2022 @ 9:13pm

Mohd Firdaus Ibrahim
[email protected]


Wartawan Harian Metro, Mohd Firdaus Ibrahim dikelilingi kanak-kanak di Kampung Ban, Solenzo. FOTO Asyraf Hamzah

Solenzo (Burkina Faso): "Abang, saya nak ikut pulang (Malaysia)," kata Dauda, kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun kepada wartawan.

Semuanya bermula apabila wartawan bersama rombongan EZ Qurban Sdn Bhd menyantuni penduduk Kampung Ban, di sini, hari ini dengan mengagihkan daging korban yang dilaksanakan rakyat Malaysia.

Dauda dilihat mengekori pergerakan wartawan sejak kehadiran kami di kampung itu, namun hanya memerhatikan dari jauh.

Ketika wartawan dan rombongan mahu meninggalkan tempat berkenaan, Dauda menghampiri lalu menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

Dauda tiba-tiba bercakap dan berulang kali mengatakannya malah tangan wartawan juga tidak mahu dilepaskan.

Oleh kerana tidak memahami apa yang disampaikannya, wartawan terpaksa memanggil semula penterjemah.

Rupanya-rupanya dia mahu mengikut wartawan pulang ke Malaysia dan sikapnya yang bersungguh-sungguh menyatakan hasratnya itu membuatkan wartawan sangat tersentuh.

Ini bukan main-main kerana sebelumnya juga ada remaja yang menyatakan demikian namun difahami mereka hanyalah bergurau.

Wartawan bagaimanapun menerangkan kepadanya bahawa kami belum pulang sebaliknya akan meneruskan perjalanan ke tempat lain untuk agihan korban.

Dia yang berkeras mahu mengikut wartawan ke Malaysia membuatkan timbul persoalan mengenai dirinya dan hasil penerangan seorang penduduk, Dauda adalah anak yatim piatu yang kini dijaga neneknya.

Selepas dipujuk dan diterangkan situasi sebenar kenapa dia tidak boleh ke Malaysia ketika ini, walaupun dalam keadaan berat hati Dauda akhirnya akur.

Sementara itu, di Kampung Kiri di Bobo-Dioulasso, selain agihan korban wartawan juga menyantuni anak-anak yatim yang kini dijaga Said Mohamed pada sebelah petang.

Said berkata, dia menjaga tujuh anak yatim di rumahnya kerana ibu atau bapa mereka tidak lagi mampu menyara kehidupan kanak-kanak berkenaan.

"Di sini ramai anak yatim, yang tinggal dengan saya tujuh orang. Ada ratusan anak yatim di sini. Mereka akan datang ke sini untuk belajar agama setiap hari," katanya yang juga imam dan Pengurus Pusat Tahfiz Iftah Ulum (Zaiton).

Katanya, pihaknya berterima kasih kepada EZ Qurban yang bukan sahaja melakukan korban di kampung berkenaan sebaliknya turut memberi sumbangan tunai kepada pihaknya untuk menguruskan anak-anak yatim di kampung itu.

"Jasa rakyat Malaysia amatlah kami hargai dan moga Allah membalas kebaikan buat anda seluruhnya," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2022 11:44 AM | Show all posts
ada isu ekor, perut, kepala x dpt x

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
"saiya mau kawen sama param puan malezia worang"-Dauda
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:05 AM GMT+8 , Processed in 1.148389 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list