CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 527|Reply: 1

[Dunia] China halau kapal pemusnah AS di Laut China Selatan

[Copy link]
Post time 14-7-2022 09:30 AM | Show all posts |Read mode
China halau kapal pemusnah AS di Laut China Selatan

https://www.bharian.com.my/dunia ... -laut-china-selatan

Julai 13, 2022 @ 3:39pm

REUTERS


Kapal pemusnah Amerika Syarikat (AS), USS Benfold (DDG 65), adalah sebahagian daripada Armada Laut Ketujuh AS yang beroperasi di sekitar Laut China Selatan. - Foto REUTERS

BEIJING: China mendakwa tenteranya 'menghalaunya' kapal pemusnah Amerika Syarikat (AS), USS Benfold, kerana masuk secara haram dan belayar berhampiran Kepulauan Paracel yang menjadi pertikaian.

AS sering menjalankan aktiviti yang dipanggil Operasi Kebebasan Navigasi di Laut China Selatan, sekali gus mencabar apa yang dikatakannya sebagai sekatan ke atas hak laluan yang laksanakan oleh China dan pihak lain yang menuntut perairan sama.

Tentera AS berkata, USS Benfold 'menegaskan hak dan kebebasan pelayaran di Laut China Selatan berhampiran Kepulauan Paracel, selaras dengan undang-undang antarabangsa.

China pula mengatakan pihaknya tidak menghalang kebebasan pelayaran atau melintasi ruang udara, sebaliknya menuduh AS sengaja mencetuskan ketegangan dengan memasuki kawasan larangan.

Pimpinan Teater Selatan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) berkata tindakan kapal AS itu adalah pelanggaran serius kedaulatan dan keselamatan China dengan memasuki perairan wilayah China secara haram di sekitar Paracels, yang turut dituntut Vietnam dan Taiwan.

"Pihak berkuasa PLA Selatan mengerahkan tentera laut dan udara untuk mengawasi, memantau, memberi amaran serta menghalau kapal terbabit.

"Sekali lagi fakta menunjukkan AS mencetuskan risiko keselamatan di Laut China Selatan dan 'pemusnah keamanan serta kestabilan serantau," katanya sambil menunjukkan gambar USS Benfold yang dirakamkan dari geladak kapal perang China, Xianning.

Tentera Laut AS berkata kenyataan China mengenai misi itu adalah 'palsu' dan yang terbaru dalam rentetan panjang tindakan China untuk 'menyalahgunakan operasi maritim AS yang sah.

Sebaliknya, AS menegaskan tuntutan maritim yang berlebihan pihak China adalah tidak sah dan 'mengorbankan' kepentingan jiran Asia Tenggaranya di Laut China Selatan.

Sambil itu AS mempertahankan mana-mana negara berhak melintasi ruang udara, berlayar serta beroperasi selagi mematuhi undang-undang antarabangsa dan China tidak boleh mengatakan sebaliknya untuk menghalang negaranya.

China merampas kawalan Kepulauan Paracel daripada kerajaan Vietnam Selatan pada 1974.

Isnin lalu menandakan ulang tahun keenam keputusan oleh tribunal antarabangsa yang membatalkan tuntutan menyeluruh China ke atas Laut China Selatan, saluran untuk perdagangan bawaan kapal bernilai kira-kira AS$3 trilion (RM13.3 trilion) setiap tahun.

Bagaimanapun, China tidak pernah menerima keputusan itu, sebaliknya ia menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan, bersaing dengan Vietnam, Filipina, Malaysia, Taiwan dan Brunei yang kesemuanya mempunyai tuntutan bertindih.

China juga sudah membina pulau buatan di beberapa pegangan Laut China Selatannya, termasuk lapangan terbang, menimbulkan kebimbangan serantau mengenai niat sebenar Beijing di Asia Tenggara. - REUTERS

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2022 11:40 AM | Show all posts
China tidak pernah menerima keputusan itu, sebaliknya ia menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan, bersaing dengan Vietnam, Filipina, Malaysia, Taiwan dan Brunei yang kesemuanya mempunyai tuntutan bertindih.


mainland yg massive besar tu x cukup ke

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.666289 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list