View: 520|Reply: 1
|
[Dunia]
Pengendali loji nuklear Fukushima diarah bayar ganti rugi AS$95 bilion
[Copy link]
|
|
Pengendali loji nuklear Fukushima diarah bayar ganti rugi AS$95 bilion
https://www.bharian.com.my/dunia ... ti-rugi-as95-bilion
Julai 13, 2022 @ 4:33pm
AFP

Plaintif dan peguam mewakili pemegang saham Tokyo Electric Power Company (TEPCO) yang mengambil tindakan mahkamah berhubung bencana di loji nuklear Fukushima, di Mahkamah Daerah Tokyo, Jepun. - Foto AFP
TOKYO: Mahkamah Tokyo hari ini mengarahkan bekas eksekutif pengendali loji nuklear Fukushima yang terjejas akibat bencana tsunami pada 2011, untuk membayar sekitar 13 trilion yen atau AS$95 bilion (RM421 bilion) sebagai ganti rugi, lapor media tempatan.
Empat bekas majikan Tokyo Electric Power Company (TEPCO) diarahkan membayar ganti rugi susulan saman yang dikemukakan pemegang saham berhubung bencana nuklear yang dicetuskan oleh tsunami besar.
Tiga daripada reaktor loji nuklear Fukushima Daiichi itu sedang beroperasi ketika berlaku gempa bumi besar di dasar laut sehingga mencetuskan tsunami dahsyat pada 11 Mac 2011.
Sistem penyejukan loji terbabit gagal berfungsi apabila ombak menenggelamkan penjana kuasa gantian, mengakibatkan loji terbabit mengalami krisis.
Kemalangan itu adalah bencana nuklear terburuk sejak Chernobyl dan mendorong pengisytiharan zon pemindahan di sekitar loji itu.
Kira-kira 12 peratus daripada wilayah Fukushima diisytiharkan tidak selamat tetapi zon larangan kini meliputi sekitar dua peratus, walaupun penduduk di kebanyakan bandar kekal jauh lebih rendah berbanding sebelum ini.
Kes TEPCO dibawa mahkamah oleh mereka yang terselamat daripada bencana itu serta pemegang saham.
Ia kini terbabit dalam usaha selama beberapa dekad untuk menutup loji itu, satu proses yang menelan kos yang tinggi dan sukar dilakukan.
Tsunami 11 Mac 2011 susulan gempa bumi berukuran sembilan pada skala Richter mencetuskan bencana alam yang mengakibatkan kira-kira 18,500 orang maut atau diisytiharkan hilang. - AFP
|
|
|
|
|
|
|
|
ada x gmbr2 terkini area loji tu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|