Petani menuai gandum menggunakan jentera di sebuah ladang di wilayah Chernihiv, Ukraine, pada 5 Julai 2019. - AFP
TOKYO – Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), David Beasley memberi amaran bahawa bekalan makanan berkemungkinan lebih sukar untuk diperoleh menjelang tahun depan ekoran pelbagai krisis seluruh dunia yang berlaku serentak, lapor Badan Penyiaran Jepun (NHK), kelmarin.
Beasley berkata, dunia kini diselubungi situasi yang digambarkan sebagai konflik ‘ribut lengkap’ yang terdiri daripada kejutan iklim, perang Russia-Ukraine dan kemusnahan ekonomi selama dua tahun akibat Covid-19.
Beliau menegaskan bahawa Ukraine yang digelar ‘bakul roti dunia’ telah berhenti membekalkan makanan.
Tindakan tersebut menimbulkan beberapa masalah tertentu yang diburukkan lagi dengan lonjakan kos bahan api dan baja, lantas mewujudkan ‘ribut kemelesetan ekonomi yang lengkap’.
“WFP berdepan kesukaran menetapkan harga makanan utama, yang telah menimbulkan cabaran buat golongan miskin.
“Menjelang tahun hadapan, disebabkan kemarau dan krisis baja, kita mungkin berdepan dengan masalah ketersediaan makanan yang lebih dahsyat,” ujar Beasley.
WFP sebelum ini memberi amaran bahawa sehingga 345 juta penduduk dunia diramal berada dalam keadaan ekonomi yang sangat teruk untuk mendapatkan bekalan makanan atau berisiko tinggi, merentasi 82 negara.
Tambahnya, kegagalan para pemimpin dunia dalam mencari jalan penyelesaian untuk membuka pelabuhan di wilayah Odesa, Ukraine dilihat sebagai pengisytiharan perang terhadap keselamatan makanan.
Namun begitu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Turki, Ukraine dan Russia sedang menjalankan rundingan dalam usaha untuk membolehkan makanan dieksport semula.
Setakat ini, sebanyak 26 negara telah pun mengharamkan eksport makanan bagi menjamin bekalan yang mencukupi bagi pasaran domestik.
“Jika rantaian bekalan makanan terganggu akibat keadaan panik dalam pasaran, orang ramai akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan makanan.
“Ia akan menjejaskan semua penduduk dunia, dan tidak terhad kepada golongan miskin semata-mata,” tegas Beasley. – Agensi
Post time 14-7-2022 10:18 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ninja boy replied at 14-7-2022 03:11 PM
Sila tanam tanaman x payah jaga, x dicuri, x diserang perosak
Suami aku tanam serai..Lps tu aku ckp la kang kalo jd mcm Sri Lanka mcm mn..serai kn curi..leh dia ckp..sape la nk hongeh serai makan mcm tu je..kalo nk raya kn curi tu logik la.. nk bt rendang,nk bako satey,nak bt tomyam..
Post time 14-7-2022 10:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
capiloton replied at 14-7-2022 02:34 PM
orang msia boleh makan buah sawit dan susu getah.
banyak di tanam di mana mana.
sedap bingka kelapa sawit..tak ada nasik,kelapa sawit pon ok.kat kutub utara sana..dia orang bukan ada nasik ke gandum ke.diaorang makan lemak ikan je...ganti karbohidrat.hidup je
Post time 14-7-2022 10:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
angelofish replied at 14-7-2022 10:20 PM
sedap bingka kelapa sawit..tak ada nasik,kelapa sawit pon ok.kat kutub utara sana..dia orang bukan ...
Sedap ke bingka kelapa sawit? Tak pernah dengar.. iols kalo ada loose biji kelapa sawit jatuh lepas pekerja2 mengait.. iols suka picit2 dia mmg mcm berminyak2 gitu..
Post time 14-7-2022 10:36 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by ninja boy at 14-7-2022 10:41 PM
Aiyo korang, jalan2 zoo ada burung dlm kandang berjaring keliling dan atas, sila bikin kandang spt kandang burung didalamnya tanam sayur. Korang nampak itu landscape pokok, apalagi diam2 tanam pucuk manis dan keledek di landscape. Korang nampak pokok hiasan kemboja apa nama, tanam la petola ka markisa ka sayur menjalar di pangkal korang nampak pokok kemboja itu berbuah markisa petola
Post time 15-7-2022 09:03 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by ninja boy at 15-7-2022 09:13 AM
Kenalpasti tanaman boleh tuai brp lama brp lama jangkahayat, pakai hari2 ka, brp ramai pakai,
kalau sorang pakai perlu ada ubi pulut 4 pokok, lady finger 7 pokok, terung+botol+kacang pjg+tomato semua 1 pokok, pucuk manis 30, keladi, ulam raja 5 pokok
Kalau betik pisang nanas itu makan masa utk berbuah, better tanam sayur hari2 boleh kutip hasil. Selepas sayur 3 bulan tanam, sila tanam lagi maka bekalan sayur sentiasa ada selepas pokok kiok
Mashiach
In Jewish eschatology, the term mashiach, or "Messiah", refers specifically to a future Jewish king from the Davidic line, who is expected to save the Jewish nation, and will be anointed with holy anointing oil and rule the Jewish people during the Messianic Age.
yahudi sedonia menyambut kedatangan raja yahudi akhir jaman.