CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 593|Reply: 8

[Politik] Main politik harus berpijak pada realiti - Ahmad Zahid

[Copy link]
Post time 14-7-2022 04:51 PM | Show all posts |Read mode
Main politik harus berpijak pada realiti - Ahmad Zahid


(Gambar fail) Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, membidas tindakan Perikatan Nasional (PN) menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) ketika rakyat berdepan isu ekonomi kini.

Beliau menegaskan, tindakan politik yang dilihat berbaur ugutan dan menuntut jawatan yang timbul secara tiba-tiba, tidak seharusnya mewarnai arena politik negara.

Dalam keadaan sekarang, katanya, politik yang dimainkan harus berpijak pada realiti semasa rakyat.

"Perlu lebih realistik menilai keperluan semasa. Yang diperlukan ialah usaha memulih ekonomi semasa, kerajaan yang lebih dengan mandat rakyat, bukannya menuntut jawatan TPM ketika isu ekonomi rakyat perlu diutamakan.

"Yang wajar dituntut ialah mandat rakyat melalui pilihan raya bagi menangani ketidaktentuan politik agar kestabilan politik terhasil, dasar ekonomi yang lebih kukuh dan mampu menarik minat pelabur," katanya dalam kenyataan melalui saluran Telegram rasmi beliau, hari ini.

Kenyataan itu dipercayai bagi menjawab isu tuntutan jawatan TPM oleh PN yang dikatakan hasil perjanjian parti berkenaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Media sebelum ini melaporkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengesahkan wujud perjanjian pelantikan TPM di mana draf perjanjian itu disediakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dan ia disaksikan Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin, serta Tan Sri Annuar Musa (UMNO).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan, bagaimanapun memaklumkan perjanjian itu tidak dibincangkan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Biro Politik mahupun dalam kalangan pemimpin lima jawatan tertinggi atau 'Top Five' parti itu.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) akan memberi kata putus mengenai pindaan perlembagaan UMNO sebelum Sabtu ini.

"Pada masa sama, dikhabarkan ada pula perjanjian MoU (memorandum persefahaman) antara PN dengan Perdana Menteri untuk melantik TPM daripada BERSATU.

"Begitu banyak cerita sensasi, kontroversi dan fitnah, tohmahan serta provokasi dilakukan. Mungkin semuanya adalah kebiasaan sepak terajang politik.

"UMNO sebagai parti tertua negara serta parti terbesar orang Melayu yang sudah melalui pelbagai konflik, akan sentiasa lebih matang dan bijaksana dalam menguruskan apa-apa saja 'sepak terajang' politik," katanya.

Beliau berkata, keutamaan baginya dan kepimpinan utama parti ialah kebersamaan serta ukhuwah harus dijaga.

"Parti ini akan sentiasa matang dan tetap bersedia untuk mengemudi orang Melayu, bumiputera dan rakyat Malaysia, terutama sekali dalam menghadapi PRU15 (Pilihan Raya Umum Ke-15) kelak," katanya.

SumbeR:https://www.bharian.com.my/berit ... realiti-ahmad-zahid

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2022 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Realitinya kalo umno menang pun mustahil ko akan jd PM
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Wak masih delusional
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 05:35 PM | Show all posts
mojarean_X replied at 14-7-2022 04:55 PM
Realitinya kalo umno menang pun mustahil ko akan jd PM

jika Umno menang dan jika dia masih Presiden Umno dan jika dia menang kes mahkamah tak mustahil dia akan jadi PM..



Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembang aja Wak Jahid ni...no action talk only...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 05:39 PM | Show all posts
apa realiti berpolitik itu ???

menyamun ?????????????????????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2022 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Siti Bainun tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ke jadah dia pun main politik merempan sana sini mintak pru cepat time rkyt melaram baju burberri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2022 12:05 PM | Show all posts
ahahahah pandi cakap..realiti kaya cepat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.288227 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list