CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 399|Reply: 2

[Tempatan] Ibu mentua merajuk, suka perli masakan tidak sedap

[Copy link]
Post time 14-7-2022 04:57 PM | Show all posts |Read mode
Ibu mentua merajuk, suka perli masakan tidak sedap

https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... asakan-tidak-sedap/

Oleh KOSMO!
14 Julai 2022, 4:17 pm


Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang wanita buntu dengan sikap ibu mentuanya yang sering menunjukkan rasa tidak berpuas hati, merajuk dan memerlinya hanya kerana tidak dihidangkan makanan.

Menerusi luahan hati seorang individu yang dikongsikan penyampai radio, Fedtri Yahya pada laman media sosialnya, wanita itu memberitahu ibu mentuanya hanya akan berbuat baik jika dia menyiapkan dan menghidangkan makanan kepadanya setiap hari.

“Masalahannya dia sangatlah cerewet, dia sentiasa rasa hanya masakannya sedap dan masakan dia sahaja betul. Saya bekerja keluar pukul 7.30 pagi dan sampai ke rumah pukul 7.30 malam. Saya juga seorang introvet dan tidak pandai bersembang rancak.

“Ini juga menjadi permasalahan dalam keluarganya sedangkan suami seorang yang sangat baik kepada saya dan anak. Perkahwinan saya bersyarat iaitu perlu tinggal di rumah mentua.

“Kadangkala sampaikan saya rasa bukan seorang isteri di rumah itu tetapi seorang yang bekerja untuk menyiapkan makanan untuk mentua,” kata wanita itu menerusi hantaran tersebut.

Dalam masa sama, wanita itu memaklumkan, dia dan suami bekerja jauh iaitu satu jam perjalanan sedangkan adik beradik suaminya juga tinggal dalam satu taman perumahan.

Katanya, tempat mereka bekerja mengambil masa 10 minit paling lama tetapi wanita itu dan suami yang perlu tinggal bersama mentua.

“Menantu lain datang ke rumah dua tiga kali setahun dan walaupun dekat, mentua tidak marah. Anak perempuannya kalau hantar makanan tidak ikut selera, mentua tidak marah dan tidak merajuk.

“Tetapi kenapa saya, dia merajuk. Kalau saya balik rumah ibu saya, dia merajuk juga. Saya betul-betul sedih dan kecewa dengan ibu metua sedangkan dia sangat rajin beribadah, pergi ceramah tetapi kenapa dia berfikiran begitu,” katanya.

Lebih menyedihkan, wanita itu bercerita, mentuanya memberitahu bahawa hubungan anak perempuan tidak akan sama dengan ibu ayah selepas berkahwin.

“Tetapi saya juga merupakan anak diharapkan ibu ayah saya. Jadi apa perlu saya buat untuk mengabaikan perasaan sedih ini. Sampaikan saya rasa macam hendak berpisah dengan suami,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2022 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini lah perlunya seorang suami utk mengimbangi hubungan ibu dia dan isteri dia. Bknnya ko lps tgn biarkan mereka makan hati satu sama lain
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.077670 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list