View: 347|Reply: 1
|
[Tempatan]
Lima makmal dadah diserbu, dadah RM8 juta dirampas
[Copy link]
|
|
Lima makmal dadah diserbu, dadah RM8 juta dirampas
DADAH yang dirampas polis. FOTO Ihsan PDRM
Kuala Lumpur: Lima makmal memproses dadah diserbu polis dengan rampasan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM8 juta, 8 Julai lalu.
Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, sindiket menggunakan rumah kediaman sebagai makmal memproses dadah sebelum diedarkan bagi pasaran Lembah Klang sejak Februari lalu.
Menurutnya, dalam serbuan itu, polis merampas pelbagai jenis dadah antaranya 141.4 kilogram dadah antaranya ketamin, eramin 5 dan ekstasi.
"Dadah yang dirampas ini akan diedarkan bagi pasaran sekitar Lembah Klang dan boleh menampung keperluan 502,257 penagih.
"Dalam serbuan sama polis menahan 11 individu berusia antara 22 hingga 38 tahun yang dipercayai terbabit dalam aktiviti memproses dan mengedar dadah berkenaan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, semakan juga mendapati dua suspek memiliki rekod jenayah lampau membabitkan dadah.
Katanya, polis juga menyita pelbagai aset sindiket termasuk lapan kenderaan bernilai RM522,800 selain wang tunai RM20,330 dan barang kemas bernilai RM39,201.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan semua suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.
"Polis juga kini sedang giat menjalankan siasatan bagi mengesan saki baki ahli sindiket," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... h-rm8-juta-dirampas
|
|
|
|
|
|
|
|
Fuhhh...nasib baik ada tangkapan. Dh ada improvement dah polis malaysia. Dulu selalu suspek berjaya melarikan diri kalo tgk berita |
|
|
|
|
|
|
| |
|