View: 457|Reply: 1
|
[Tempatan]
Pengasas kelab komedi ditahan
[Copy link]
|
|
Pengasas kelab komedi ditahan
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Kuala Lumpur: Polis menahan pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse, berhubung insiden seorang wanita menghina agama Islam dalam satu persembahan komedi berdiri di kelab itu, tengah hari tadi.
Sumber memaklumkan, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira jam 1.30 tengah hari di sebuah lokasi di ibu negara dan akan ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini.
Difahamkan, lelaki terbabit akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman oleh pihak polis, pagi esok.
"Tangkapan dan siasatan dilakukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman," kata sumber kepada BH Online.
Turut difahamkan, penahanan ke atas lelaki itu dibuat susulan beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya.
Sementara itu, pihak Bukit Aman dijangka mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung perkara ini dalam masa terdekat.
Semalam, Timbalan Menteri Wilayah, Datuk Seri Jalaluddin Alias dilapor berkata, operasi kelab komedi terletak di Taman Tun Dr Ismail di sini, itu digantung sementara kerana didapati tidak mempunyai lesen hiburan sejak 2014 hingga 2017.
Beliau dipetik berkata, pemilik premis itu hanya diberikan lesen restoran dan minuman keras tetapi tiada lesen hiburan.
Dalam pada itu, Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam Pulau Pinang (GNIPP), semalam membuat laporan polis terhadap pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse dan meminta pihak berkuasa menyiasat sama ada wujud unsur penyebaran dakyah liberalisme di kelab itu selama ini.
Laporan polis turut dibuat oleh Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM) bersama lebih 50 badan bukan kerajaan (NGO) turut membuat laporan polis terhadap lelaki terbabit dan kelab komedinya atas dakwaan menghina agama Islam dan orang Melayu dalam persembahannya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... elab-komedi-ditahan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|