CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 443|Reply: 0

[Tempatan] Pelabur tidak datang jika politik tidak stabil – Annuar

[Copy link]
Post time 15-7-2022 12:11 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 14-7-2022 08:13 AM

Pelabur tidak datang jika politik tidak stabil – Annuar



ANNUAR MUSA


  • Oleh AMREE AHMAD
  • 14 Julai 2022, 7:32 pm















PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengakui isu ketidakstabilan politik boleh menyebabkan pelabur tidak datang dan menjejaskan ekonomi.

Beliau secara terbuka memberitahu, ketiadaan pelaburan boleh mengakibatkan rantaian bekalan keperluan harian terganggu dan harga barangan naik mencetuskan inflasi.

“Jika (politik) tidak stabil semua benda tidak jadi, pelabur tidak datang maka keadaan berlaku ketidaktentuan serta boleh lagi menjejaskan pula ekonomi makro dan mikro negara,” katanya yang juga Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi pada sesi soal jawab selepas sidang akhbar mengenai mesyuarat pasukan tersebut di sini hari ini.

Semalam, MIDF Research menerusi laporan aliran dana mingguan melaporkan trend keluar pelaburan asing di Bursa Malaysia masih lagi berterusan untuk minggu kelima berturut-turut.

Mereka dilaporkan menjual pegangan ekuiti di Malaysia berjumlah RM120 juta minggu lepas dengan dana antarabangsa menjadi penjual bersih untuk 10 daripada 27 minggu pada 2022.

Terdahulu, Annuar ketika Majlis Perjumpaan Khas Bersama Warga Jabatan Penerangan Kelantan di Kota Bharu pada 12 Jun lalu menegaskan bahawa kerajaan hari ini adalah amat stabil.

Bagaimanapun beliau ketika ditanya lebih lanjut hari ini memberi bayangan sebagai merujuk skop tugas beliau dalam pasukan jihad tersebut bagi memastikan harga barangan tidak naik.

“Dalam bahasa mudah, kalau hendak bekalan keperluan cukup, kena ada pelaburan, orang luar tidak datang melabur jika politik tidak stabil dan ini mengakibatkan rantaian akan terganggu.

Akibatnya, harga runcit di pasaran pengguna akhir akan naik dan ia membuktikan kestabilan politik adalah ramuan yang amat penting untuk pengurusan ekonomi negara kita,” jelas beliau.

Sehubungan itu beliau memberi jaminan bahawa jawatankuasa pasukan itu akan bertindak pantas untuk memastikan kebajikan rakyat dilindungi dan tiada impak yang negatif. – UTUSAN





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.058905 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list