CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 617|Reply: 2

[Dunia] WHO gesa laksana kembali sekatan kesihatan Covid-19

[Copy link]
Post time 15-7-2022 11:56 AM | Show all posts |Read mode
WHO gesa laksana kembali sekatan kesihatan Covid-19

Seorang lelaki memakai pelitup muka dan pelindung muka di daerah Wanchai, Hong Kong pada 29 Jun lalu. – AFP

GENEVA, SWITZERLAND – Ke­tua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus menggesa pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia melaksanakan semula peraturan pemakaian pelitup mula dan penjarakan fizikal susulan peningkatan mendadak kes Covid-19.

Beliau yang berucap pada sesi taklimat mingguan WHO berkata,  Covid-19 masih berada di sekeli­ling manusia dan kebanyakan negara tidak menguruskan wabak koronavirus secara berkesan, demikian menurut laman berita RT.

Pada minggu lalu WHO merumuskan bahawa koronavirus  kekal menjadi ‘ancaman kesihatan awam di peringkat antarabangsa’. Tegas Tedros, pandemik Covid-19 jauh sekali daripada ­berakhir.

Pada minggu antara 4 hingga 10 Julai lalu, lebih 5.7 juta kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh dunia, meningkat enam peratus berbanding minggu sebelumnya.

Angka kematian bagaimanapun kekal mendatar bagi tempoh sepanjang musim panas tahun ini dengan hanya 9,800 kematian dilaporkan pada minggu berakhir  4 Jula lalui.

Angka korban itu adalah lima kali lebih rendah berbanding tempoh sama tahun lepas.

Bagaimanapun, Tedros menyeru pihak berkuasa di seluruh dunia meningkatkan usaha dalam menyampaikan pesanan risiko Covid-19 kepada orang awam serta menggesa sekatan kesihatan dilaksanakan semula seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan pengudaraan yang baik.

Mandat pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal telah dimansuhkan di banyak  negara awal tahun ini meskipun segelintir negara masih menguatkuasakan peraturan itu di tempat awam seperti Korea Selatan dan China. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... kesihatan-covid-19/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2022 02:16 PM | Show all posts
Tak payah nak sekat sgt lah.. bila lagi nak test puak kebangga ivermectin dan immuniti semulajadi?

bleh jogging sekeliling taman dan hidu wap cengkih sebagai penawar kan.. "long covid takde hal" - geng bekam 5G
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 02:43 PM | Show all posts
bala ni bala semua ni


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.041139 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list