CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5765|Reply: 83

[Tempatan] Syamsul Yusof Terkejut Netflix Nak Beli Mat Kilau RM7 Juta

[Copy link]
Post time 15-7-2022 12:22 PM | Show all posts |Read mode


Syamsul Yusof Terkejut Netflix Nak Beli Mat Kilau RM7 Juta[size=0.8125]Oleh Farizan Zainal
15 Jul 2022, 11:07AM

Selepas 21 hari ditayangkan di pawagam, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mencipta fenomena apabila mecatat kutipan RM71 juta.
Lebih menjadi perhatian, filem Mat Kilau berjaya menarik minat platform penstriman popular dunia, Netflix.

Memetik Media Hiburan, pengarahnya, Syamsul Yusof bercakap ketika temu bual bersama pengkritik filem di saluran YouTube Zhafvlog berkata pihak Netflix dikhabarkan sedia membeli filem tersebut dengan harga RM7 juta untuk ditayangkan.

“Sekarang ni kita bercakap tentang tiada filem Melayu yang mereka sanggup bayar sampai RM7 juta sebelum ini. Saya pun terkejut pada awalnya,

“Maknanya , mereka semua ini nampak ada sesuatu pada filem ini dan sebab itu mereka tak kisah beri harga sedemikian. Kita boleh pergi jauh sebenarnya,” katanya.

Menurut Syamsul lagi, dia berharap dengan pencapaian filemnya itu mampu menaikkan semangat pengarah tempatan yang lain untuk menghasilkan filem yang hebat.
“Syukur sekarang ini kita ada pelbagai platform penstriman. Segalanya berbalik kepada karya itu sendiri. Kalau karya itu baik dan mampu buktikan yang ia boleh sukses di negara sendiri, mereka pasti akan tawar harga yang baik.
“Kita kena fokus pada produk dahulu. Tolak tepilah dulu Netflix, nak tayang atau menang anugerah di luar negara. Karya itu dahulu yang harus diutamakan.
“Korang semua mungkin tidak akan percaya marketing filem Mat Kilau ni sampai RM300,000. Gilakan bunyinya. Saya bercakap perkara ini sendiri kepada ayah saya.
“Kita tak perlukan bajet besar. Mungkin sesetengah orang kurang senang kalau saya kata sebegini. Saya bercakap bagi pihak para pembikin filem yang tiada bajet besar. Mereka juga boleh sukses sebenarnya,” katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2022 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk g tgklah jap lg
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 12:28 PM | Show all posts
wow 7 juta! netflix tuuuu.. bukan kaleng2

maka bolehlah penonton di luar negara (termasuk sri lanka) melihat kehebatan pahlawan melayu

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 12:29 PM | Show all posts
Rezeki berganda benar tak salah alamat
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 12:49 PM | Show all posts
international la bam tah pas ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok lah kan jual jela kasi netflix tayangkan satooo dunia leh tgk. Maybe boleh la berkembang kt luar. Kalau harapkan market melayu asyik cite rempit samseng hantu tu je yg balik2 org penuhkan panggung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2022 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak semistinya Netflix tayang satu dunia kerana setiap negara ada content mereka sendiri.

Seperti netflix Singapore dan Netflix Malaysia mempunyai content yang berbeza. Setiap negara berbeza. Sebagai contoh jika saya nak tengok Netflix Malaysia saya mesti guna Malaysia vpn baru boleh tengok filem melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku..berharap sgt Netflix buat filem kt Msia ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2022 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah solsolsol
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 03:07 PM | Show all posts
x tgk lagi

dh kata nk masuk netflix
tgk kt netflix je lah

lg 1 blh lh hntr jd calon tunggal msia utk bertanding filem antarabangsa terbaik di oscar

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Rezki tak salah alanat....claim anak si khahar. See i told you i bring luck...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 15-7-2022 02:51 PM
Tak semistinya Netflix tayang satu dunia kerana setiap negara ada content mereka sendiri.

Seperti  ...

Nasib baik boleh tengok citer Taiwan
Citer Taiwan best2
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau masuk Netflix, nak tengok juga la kemudian puji dan kutuk apa yang patut. Semalam terjebak tengok cerita Hindi horror comedy kat Netflix. Gambar, sinematografi cantik, pelakon ngetop ada si Tabu vampire tak makan tua itu segala. Tapi jalan cerita, alahai...First 5 minutes aiol dah boleh hagak the plot twist dan betul pula itu. Ceh.

So far cerita2 si Samsol ni begini la. Gamba cantik, substance tadak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru google tajuk movie. Bhool Bhulaiyaa 2. Tapi aiol habiskan je tengok walau plotnya muduh sis. Sekadar hiburan boleh la.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 04:01 PM | Show all posts
Tunan replied at 15-7-2022 03:55 PM
Nasib baik boleh tengok citer Taiwan
Citer Taiwan best2

cite hantu taiwan yg tgh trending tu dah tgk??
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Up la lagi takkan 7 juta je baby - desis ik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2022 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mat Kilau hits diff on Netflix n its on a whole other level now

RiP
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 15-7-2022 03:58 PM
Kalau masuk Netflix, nak tengok juga la kemudian puji dan kutuk apa yang patut. Semalam terjebak ten ...

beli Netflix illegal k legal ini
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 15-7-2022 08:27 AM
beli Netflix illegal k legal ini

Aiol tengok kat homestay. Haha. Tatau deol beli legal ka idok.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 06:22 PM | Show all posts
ada ka yang ingat ini tanda Netflix pun kagum lalu ingin berkongsi semangat kepahlawanan Mat Kilau ke keseluruh dunia?

tak melayu kalau tak syok sendiri on another level

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.406386 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list