CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 480|Reply: 1

[Tempatan] ‘Flat Columbia’ Sungai Petani sarang jenayah digempur

[Copy link]
Post time 15-7-2022 06:17 PM | Show all posts |Read mode
‘Flat Columbia’ sarang jenayah digempur

https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... g-jenayah-digempur/

Oleh OTHMAN YAHAYA
15 Julai 2022, 5:36 pm


Sebahagian individu yang diberkas dalam Operasi Cantas di 'Flat Columbia' Paya Nahu Taman Ria Jaya di sini semalam.

SUNGAI PETANI – Jika disebut Projek Perumahan Rakyat (PPR) Harmoni Paya Nahu di Taman Ria Jaya di sini mungkin tidak ramai orang mengenalinya berbanding ‘Flat Columbia’ Sungai Petani.

Ini kerana ia dikatakan menjadi sarang aktiviti tidak sihat merangkumi pengedaran dadah, judi online, memproses air ketum, jualan rokok seludup,lokasi orang dikehendaki bersembunyi serta tempat bersembunyi gangster.

Pada petang semalam, 400 rumah di perumahan tersebut digempur pihak polis selama dua hari berturut-turut dalam usaha mengekang permasalahan jenayah serta aktiviti pelanggaran undang-undang.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, melalui Operasi Cantas pada hari pertama Rabu lalu yang menyasarkan rumah terpilih, seramai 26 individu terdiri daripada 22 lelaki dan empat perempuan berjaya ditahan.


Sebahagian individu yang diberkas dalam Operasi Cantas di ‘Flat Columbia’ Paya Nahu Taman Ria Jaya, Sungai Petani semalam.

“Dalam kalangan 22 lelaki ini, enam daripadanya merupakan orang yang dikehendaki kerana terlibat dalam kes jenayah dan dadah dengan menjadikan rumah di situ untuk bersembunyi.

“Kita turut merampas sejumlah dadah pelbagai jenis, rokok seludup, air ketum dan barangan curi,” katanya.

Kata Wan Hassan, pada hari kedua serbuan petang kelmarin, seramai 14 individu lelaki termasuk dua daripadanya merupakan orang dikehendaki serta dua perempuan diberkas.

“Rampasan tembaga, komponen alat ganti kenderaan yang dipercayai hasil kegiatan curi turut dirampas bersama sejumlah dadah, rokok seludup dan air ketum.

“Kesemua jumlah tangkapan selama dua hari ialah seramai 36 lelaki dan enam wanita berusia antara 18 hingga 50 tahun ditahan dan semakan awal mendapati ada di antara mereka mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2022 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.044739 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list