View: 552|Reply: 4
|
[Tempatan]
Guru KAFA didakwa cederakan murid direman
[Copy link]
|
|
Guru KAFA didakwa cederakan murid direman
https://www.utusan.com.my/nasion ... akan-murid-direman/
Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
15 Julai 2022, 5:41 pm
GURU KAFA (tengah) yang didakwa mencederakan seorang murid dibawa ke Mahkamah Kuala Terengganu untuk mendapatkan perintah reman, hari ini.
KUALA TERENGGANU: Seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dakwaan mencederakan anak muridnya hingga patah kaki pada minggu lalu.
Perintah reman tersebut dibenarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Kuala Terengganu, Rabiatul Adawiyyah Che Khalid di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintenden Mohd. Zain Mat Dris berkata, suspek yang berusia 35 tahun disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, menurut sumber, dalam kejadian pada 6 Julai lalu, murid lelaki tahun tiga mendakwa kaki kanannya patah akibat dihempas oleh seorang guru KAFA di sebuah sekolah di Marang dekat sini.
“Ibu mangsa berusia 36 tahun menyedari kecederaan dialami kaki kanan anaknya sewaktu mengambil kanak-kanak itu pulang dari kelas pada pukul 5 petang.
“Mangsa berusia sembilan tahun itu kemudiannya telah dibawa ke klinik swasta berhampiran bagi pemeriksaan sebelum kaki kanannya disahkan patah,” ujarnya.
Laporan polis berhubung kejadian tersebut telah dibuat ibu bapa mangsa pada 8 Julai lalu. – UTUSAN
|
|
|
|
|
|
|
|
Apalah marah sgt smpai patah kaki budak tu... |
|
|
|
|
|
|
|
uishhh
seriusla
menarik utk tahu kisah lebih lanjut ni |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ada kan kat thread sebelah siap cikgu tu buat police report nk pertahan diri tp nmpk gayanya mmg itu perlakuan dia maybe keterangan dia bercanggah dgn report dari doktor.. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|