View: 650|Reply: 4
|
[Dunia]
Aset Petronas dirampas waris Sulu, Najib perlu jawab kata Anwar Ibrahim
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Kerajaan perlu melakukan siasatan terperinci serta pendedahan sepenuhnya membabitkan isu aset Petronas yang dirampas selain isu tuntutan waris Sultan Jamalul Kiram II (Sultan Sulu) terhadap kerajaan Malaysia.
Menurut Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, malah Datuk Seri Najib Tun Razak selaku bekas Perdana Menteri perlu menjelaskan keputusan Malaysia menghentikan pembayaran wang serahan berjumlah RM5,300 setahun melalui peguam yang mewakili sembilan waris Kesultanan Sulu sejak 2013.
“Dia (Datuk Seri Najib) harus jawab apa yang berlaku dengan kaitan terhadap Sultan Sulu yang dia pelawa sebagai tetamu dia dan juga beberapa keputusan yang dibuat sehingga 2013.
“Saya tak mahu jadi masalah sama ada soal PH ke apa, ini soal maruah negara dan soal kedaulatan negara,” katanya kepada media selepas menghadiri Pemukiman Sasterawan dan Karyawan: Pengembangan Karya di Selangor di sini hari ini.
Beberapa hari lalu aset dua anak syarikat PETRONAS di Azerbaijan dirampas oleh waris kesultanan Sulu, yang menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia.
Peguam pihak yang menuntut dilaporkan merampas aset PETRONAS yang didaftarkan di Luxembourg, iaitu Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, dengan nilai dilaporkan mencecah lebih AS$2 bilion (RM8.8 bilion).
Bagaimanapun hari ini kerajaan menegaskan bahawa tidak pernah mengiktiraf tuntutan oleh pihak-pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.
BACA: Pasukan khas tangani isu tuntutan waris Kesultanan Sulu ditubuhkan
Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, kerajaan juga tidak pernah mengenepikan kekebalan kedaulatannya sebagai sebuah negara berdaulat.
Sehubungan itu, kerajaan, jelas Wan Junaidi, telah membuat permohonan bagi membatalkan pelantikan penimbang tara dan permohonan untuk mengenepikan Partial Award on Jurisdiction yang dikeluarkan oleh Dr Gonzalo Stampa.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-rampasan-aset-petronas-najib-perlu-jawab-beberapa-persoalan-anwar-371294
|
|
|
|
|
|
|
|
Najib dah jawab di fesbuk beliau |
|
|
|
|
|
|
|
satu2 kebodohan najib keluar disaat dia memerlukan sokongan rakyat malaysia utk menang PRU dan lari drp kes mahkamah |
|
|
|
|
|
|
|
Dari fesbuk bossku najib bakal pm 10
Nak lapor polis terhadap saya?
Mujur bagi kamu bahawa kebodohan melampau bukanlah jenayah. Jika ya, saya dah lama lapor polis terhadap kamu.
Aset Petronas dirampas tahun 2022 iaitu lebih 4 tahun selepas saya henti sebagai PM tetapi ianya salah saya?
Bukti yang Raja Formula Songsang kemukakan ialah satu garis yang berbunyi:
"Tuntutan menyampaikan notis awal NIAT untuk memulakan timbang tara, bertarikh 2 November 2017 , menurut Surat Ikatan (selepas ini, Notis Niat untuk Memulakan Timbang Tara) di Kedutaan Malaysia di Madrid (Sepanyol”)."
Itu niat. Faham apa maksud niat? Maksudnya BELUM memulakan apa-apa tindakan.
Tak lama selepas itu pun dah PRU14 dan kerajaan bertukar.
Sebab itu, petition hanya bermula pada tahun 2019 di bawah kerajaan PH (termasuk PPBM).
Apa yang PH buat apabila waris Sulu mulakan tindakan?
Mereka tak buat apa-apa. Malah kabinet PH tak pernah bincang perkara ini.
"I feel that in Cabinet meetings, we only talked about Pulau Batu Puteh, not about the demands of the Sulu sultanate"
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2022/07/14/report-pakatan-cabinet-never-discussed-letter-from-ex-ag-tommy-thomas-to-sulu-sultanate/17340
Pendirian kerajaan Malaysia ialah ktia tidak pernah iktiraf tuntutan pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.
Sebab itu kerajaan PH juga tidak menghantar atau melantik peguam untuk pertahankan kami di mahkamah timbang tara masa itu.
"Menurut kenyataan yang dikeluarkan bersama oleh Kementerian Luar dan Jabatan Peguam Negara pada Rabu, kerajaan Malaysia tidak mengambil bahagian dalam prosiding timbang tara yang dikatakan membawa kepada anugerah pampasan itu."
https://www.malaysiakini.com/news/612890
Bukan setakat kerajaan PH tidak membincangkan perkara ini dalam kabinet biarpun ianya tuntutan RM66b tetapi kerajaan PH juga tidak menghantar peguam untuk mengambil bahagian semasa timbang tara.
Paling jahanam ialah walaupun kerajaan PH mengambil pendirian bahawa kita tidak iktiraf tuntutan pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu tetapi peguam negara kerajaan PH pula menulis surat untuk mengaku kesal, mengkitirafkan waris Sulu dan menawarkan untuk membayar tunggakan RM48k.
Di sana tak mahu iktiraf, di sana pula tulis surat untuk iktiraf?
Surat ini pula digunakan sebagai bukti dalam mahkamah timbang tara bahawa Malaysia telah mengaku salah dan kita dikenakan tuntutan membayar RM66 bilion.pula.
Lepas itu, satu persatu menteri kerajaan PH pula cuba lepas tangan dan kata mereka tak tahu Tommy menghantar surat tersebut.
Tak ambil berat untuk bincang dalam kabinet kerajaan PH, tak hantar peguam untuk mengambil bahagian dan menulis surat untuk mengaku kesal dan salah pulak?
Mahu kita tak kalah?
Akhirnya, Rafizi pula tuduh saya perkauman sebab nak salahkan Tommy.
"Bekas Ahli Parlimen Pandan itu juga mendakwa dalam satu kenyataan bahawa Najib telah berusaha untuk mengalihkan tumpuan kepada bekas Peguam Negara Tommy Thomas bagi membina persepsi perkauman berhubung pilihan pentadbiran PH untuk melantik tokoh bukan Melayu yang akhirnya menggadaikan kedaulatan negara.'
Eh.. yang tuduh Tommy perkauman bukan saya tetapi boss kamu Anwar lah.
"Tommy Thomas harus juga melihat ke cermin kerana dalam masa dia ada menjalankan tugas dan dalam buku dia, unsur-unsur PERKAUMAN tebal, unsur-unsur menghina keupayaan pejawat awam termasuk AGC (Jabatan Peguam Negara), keseluruhannya yang saya sebut, masalah over-generalisation." kata Anwar.
"12 Jun 2022: Tommy Thomas juga perlu cermin diri, kata Anwar"
https://www.malaysiakini.com/news/624447
Bodohnya Rafizi.
----
Saya baca beberapa komen dari pihak sebelah sana yang cuba salahkan saya atas isu kekalahan kes bernilai US$14.92b (RM66b) kepada waris Sulu sebab kerajaan BN masa saya PM hentikan bayaran RM5,300 setahun setelah pengganas Sulu mencerobohi negara dan membunuh wira Malaysia dengan amat kejam.
Tapi mereka tak ingat pula siapa yang pernah juga sokong kita hentikan bayaran - termasuk mendiang Karpal Singh, Tun Mahathir dan ahli parlimen DAP Chan Foong Hin.
Sebenarnya kesilapan yang paling besar negara di bawah kerajaan PH ialah mengiktirafkan tuntutan Sulu dengan menulis kepada waris Sulu untuk menyatakan rasa kesal dan menawarkan bayaran RM48k untuk settle case.
Tawaran melalui surat bertulis dari Jabatan Peguam Negara ini dianggap sebagai pengiktirafan tuntutan mereka adalah sahih serta pengakuan salah dan telah digunakan sebagai antara bukti utama di mahkamah timbang tara antarabangsa.
"12 Mac 2013: Dr M supports Karpal’s call to cease cession payment"
https://www.theedgemarkets.com/article/dr-m-supports-karpal%E2%80%99s-call-cease-cession-payment
"Anifah blames ‘inexperienced’ Shafie, Thomas in Sulu dispute"
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/03/13/anifah-blames-inexperienced-shafie-thomas-in-sulu-dispute/ |
|
|
|
|
|
|
|
Cybertroopers CF tak bergaji tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
| |
|