[Tempatan]
Gempar bumi:Jho Low diwakili oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi,tawar RM1.5 bilion kepada kerajaan Malaysia selesai pertuduhan 1MDB
SHAH ALAM – Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dipercayai menawarkan RM1.5 bilion kepada kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan pertuduhan terhadapnya berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut laporan The Edge yang memetik sumber mereka pada Jumaat, kerajaan bagaimanapun telah menolak tawaran tersebut.
Jho Low yang didakwa menyeleweng wang 1MDB, berdepan saman AS$3.78 bilion (kira-kira RM15.85 bilion) yang difailkan oleh 1MDB dan empat anak syarikatnya.
Jho Low dipercayai diwakili oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam rundingannya dengan kerajaan Malaysia.
Bagaimanapun Mohamed Apandi dilaporkan tidak menjawab pertanyaan The Edge mengenai perkara itu.
Mohamed Apandi adalah individu yang melepaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada sebarang salah laku dalam 1MDB pada 2016 semasa beliau berkhidmat sebagai Peguam Negara (AG) di bawah pentadbiran Najib.
Susulan pertukaran kerajaan pada 2018, Najib didakwa menyalahgunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu termasuk Pengerusi Lembaga Penasihat (BOA) 1MDB untuk menerima suapan.
Beliau juga menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM4.3 bilion wang 1MDB.
Sementara perbicaraan bagi pertuduhan itu sedang berjalan, Najib didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020 kerana menyalahgunakan kuasanya berhubung kelulusan pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) kepada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Beliau juga disabitkan tiga pertuduhan, setiap satu pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana SRC yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya antara 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015.
Sementara itu, peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, meskipun Jho Low merupakan buruan dikehendaki, dengan notis merah yang dikeluarkan Polis Antarabangsa (Interpol) terhadapnya, undang-undang hak asasi membenarkannya untuk dibela dan masih boleh melantik peguam bagi mewakilinya.
“Mana-mana peguam boleh mewakili suspek, sama ada suspek berada dalam atau luar negara. Walaupun orang itu diburu dan bukan di sini (Malaysia), peguam di sini boleh mewakilinya secara ‘in absentia’ iaitu tanpa ketidakhadiran,” katanya.
Tambah Haniff, peguam berkenaan juga tidak diwajibkan untuk memaklumkan pihak berkuasa keberadaan anak guamnya
walaupun beliau mengetahuinya.
Katanya, satu-satunya cara peguam terpaksa membocorkan lokasi anak guam kepada pihak berkuasa adalah sekiranya terdapat maklumat suspek akan melakukan jenayah selanjutnya.
“Jika tidak, apa sahaja isu tertakluk pada keistimewaan, namun setakat Jho Low mengadakan perbincangan untuk berunding dengan kerajaan bagi menyelesaikan saman undang-undangnya, tidak ada salahnya,” katanya.
Sumber SinarHarian
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 16-7-2022 02:10 PMFrom the mobile phone|Show all posts
capiloton replied at 16-7-2022 05:23 AM
ini la contoh nya,
bila ada duit undang2 semua boleh adjust
Beginilah lumrah dunia. Sebab itu hudud di Bruneu hanya terpakai untuk marhaen hina saja. Siap ada klausa dalam perlembagaan ka apa ntah undang2 deme, sultan dan kerabat kenot be hududed.
SEBELUM PRU14.. acik2 sedang bersembang sesama sendiri
makcik 1 : aku nak UMNO kalah sebab aku nak najib masuk penjara kerana bunuh altantuya, kevin morais, tan beng hock, pengasas ambank etc
makcik 2 : ambo pulop nok tahu mano najib sorok MH370 dan ambo tahu MH17 ditembak sebab najib ado rahsio
pakcik 1 : saya cuma nak tahu mana pergi wang 1MDB sebanyak RM60 bilion yang najib songlap.. tengok tanah TRX tu cuma lubang kosong
pakcik 2 : pakcik pulak nak najib yang zalim tu tumbang sebab bini dia beli cincin kununnya menabung sejak lahir, pastu bini dia owner grab.. pakcik nak bawak teksi pon susah sekarang ni.. PH janji nak hapus tol, minyak jadi harga level venezuela, EPL percuma etc
SELEPAS PRU14
acik 1&2 : alhamdulillah akhirnya najib terbukti bersalah....
bangkem : ye ke najib dah terbukti bersalah atas dakwaan macam acik2 tuduh (fitnah) sebelum ni?
makcik 1 : eh ko tak baca newspaper ke.. kan najib dah bersalah songlap duit 1MDB tuuuuu
bangkem : najib cuma sangkut sebab TERpakai duit (yang diuruskan oleh pembantu) untuk beli sejadah, kain pelikat etc)
dah memang brunei tu dia yang punya,
sabor jer lah warga marhaen sekalian.
kat dunia ni geng bangsawan, kayangan dan billionaire memang kebal,
ada pulok tu yang mengaku dan merasa diri nya jadi bayangan Tuhan di bumi.
tapi di mahsyar nanti puak2 ni la bakal rasa tesiksa,
dengan keperitan dan derita yang maha dahsyat dan sangat panjang masa nya,
sampai lupa semua rasa kesenangan dan rasa nikmat masa dia di bumi.
Pada suatu malam, ketika Khalifah Umar bin Abdul Aziz berada di ruang kerjanya, memeriksa catatan keluar masuk dana Baitul Mal terdengar ketukan pintu .
Ruang kerja diterangi lampu minyak sekadarnya, hanya cukup terang untuk membaca berdekatannya tetapi tidak terlalu terang untuk bercermin di kaca . Khalifah tidak pernah bercermin kecuali kepada keteladanan Rasullulah dan para sahabat Nabi .
"Siapa di luar?" tanya Khalifah tanpa membuka pintu .
"Saya , Ayah," terdengar suara seorang pemuda .
"Ada keperluan apa?" tanya Khalifah .
"Saya disuruh ibu untuk membicarakan tentang beberapa masalah."
"Masalah apa?"
"Buka pintu dulu,Ayah . Izinkan saya masuk," jawab anaknya mendesak ingin masuk .
"Terangkan dulu apa masalahnya? Soal keluarga, soal masyarakat, atau soal negara? tanya Khalifah masih tetap tidak membukakan pintu untuk anaknya .
"Tentu sahaja urusan keluarga kita , Ayah," jawab anaknya kehairana melihat sikap ayahnya .
"Kalau begitu tunggu sebentar," sahut Khalifah dari dalam .
Khalifah Umar bin Abdul Aziz kemudian bangun dari tempat duduknya mendekati satu-satunya lampu minyak di bilik itu, dan kemudian meniupnya sehingga padam . Ruang kerja itu berubah gelap gelita . Lalu Khalifah membuka pintu dan anaknya disuruh masuk .
Pemuda itu semakin hairan melihat tingkah laku ayahnya . Knapa berbicara dalam ruangan yang gelap seperti ini? Apakah ayahnya sudah bingung atau berubah ingatan? Apakah terlalu keras ,
tindakannya menjadi aneh di luar kebiasaan orang waras ?
Dengan agak sangsi dan sedikit takut pemuda itu bertanya ingin tahu kepada ayahnya .
"Ayah, di ruang ini cuma ada satu lampu, mengapa ayah padamkan? Apakah kita akan berbincang dalam gelap?"
"Benar , kalu kita berbicara di dalam bilik ini, kita akan berbicara dalam keadaan gelap," jawab Khalifah .
Mengapa, Ayah?
"Apakah kau tahu bilik apa ini?"
"Bilik kerja Ayah .
"Siapakah Ayahmu?"
"Amirul Mukminin , Khalifah seorang pemimpin negara," jawab anak muda itu semakin tidak mengerti . Bahkan dia menjadi semakin curiga ayahnya telah mabuk kekuasaan sehingga hilang akal sihatnya .
Itulah jawapannya. Kerana ayahmu seorang pemimpin , maka kita akan berbicara tanpa lampu penerang di ruang ini."
"Mengapa?"
"Yang akan kita bicarakan adalah masalah keluarga, sedangkan lampu itu minyaknya dibeli dengan wang negara, wang rakyat . Aku tidak mahu urusan keluarga hingga merugikan milik rakyat, kepunyaan negara . Ruang ini adalah bilik kerja untuk kepentingan rakyat dan negara . Tidakkah kau tahu bahawa kekuasaan adalah amanah yang akan diminta pertangungjawab oleh Allah kelak di Hari Pembalasan?"
Mendengar penjelaan ayahnya, barulah pemuda itu mengerti tentang apa yang dilakukan oleh ayahnya . Yang tidak mahu merugikan rakyat dan negara kerana urusan peribadinya.