View: 938|Reply: 13
|
[Tempatan]
Angka Covid-19 lonjak lebih 5,000 kes
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan.
Angka Covid-19 lonjak lebih 5,000 kes
PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini menunjukkan peningkatan mendadak apabila merekodkan sebanyak 5,230 kes semalam termasuk 11 kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,576,164 kes setakat ini.
Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 2,927 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 sebanyak 4,536,946 kes.
Katanya, sebanyak 41,208 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan sejumlah 2,295 pertambahan kes semalam.
“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,877 diikuti Kuala Lumpur (1,584), Perak (399), Sabah (261), Negeri Sembilan (236), Pulau Pinang (219), Melaka (140) dan Johor (107).
“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Putrajaya (102), Kedah (76), Pahang (70), Sarawak (68), Kelantan (48), Terengganu (23), Labuan (12) dan Perlis (8),” kata maklumat itu tadi.
Dalam perkembangan sama, sebanyak sembilan kematian dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 35, 844.
Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,601 setakat ini.
Sebanyak 39, 703 kes dikuarantin di rumah, 30 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,411 kes di hospital, 20 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 44 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... jak-lebih-5000-kes/
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi bulan depan ade event MAHA kat Maeps, dah tak jadi pusat kuarantin ke sana?
Skrg pun ada buat aktiviti sukan bagai kt sana, budak2 sekolah berlari |
|
|
|
|
|
|
|
Thailand pon dh bukak balik pusat kuarantin derang ala2 mcm maeps ni kan..adui aku nk bercikcur oberc pon mcm x lepas lg tahun ni! |
|
|
|
|
|
|
|
"Dasar manusia tak pernah beringat dan bersyukur"-Thanos |
|
|
|
|
|
|
|
kan KJ dah bagitau hari tu 2 atau 3 bulan lg akn muncul gelombang baru...so enjoy la skrg sblm start kena bertapa balik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 16-7-2022 11:56 AM
sebab tu yg masih pakai i nampak kat supermarket and kat kekdai , syabas. Tolong pakai mask balik. bawa sanitiser balik...sebab yeslah dok nampak agak lax la ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Big congrats to KJ, KKM & GOMEN
Hari tu mengenyam tak menyempat-nyempat nak umum kpd peralihan ke fasa endemik semata-
mata nak PRN Johor supaya dapat attract rakyat so nah sekarang ambil lah hasil nya
Minggu ni 2 unit kat company aku collapsed dek kerana staffs berjemaah affected Covid yang rata2 lepas balik kampung baru2 ni beraya Haji
Kat area company aku ada majoriti staffs kat 1 company ni langsung tak pakai mask especially staffs dari kaum India |
|
|
|
|
|
|
|
sekolah ank2 haku bz ngan xtvt latihan sukan, n haku baru nk support ank2 haku nk tgk die main hoki,bola ngan lumba lari... ok nanti nk simpan stok sanitizer ngan mask |
|
|
|
|
|
|
|
Abg sepupu aku pun dah berhenti sekejap pegi gym. Takut Cobid |
|
|
|
|
|
|
|
Covid kembali mengganas
Get ready uols
Lbh awl yg dijangkakan
|
|
|
|
|
|
|
|
Alaaaa ada lagi ka covid ni..jgn la naik kes..nk p cuti2 Cameron ni hujung bulan ni..rindu nk mKn cheese & durian kek paktam viral, jagung susu mutiara,aiskrim strawberry..scone |
|
|
|
|
|
|
|
Sana sini demam kan..tp bila test covid negarif pula..test influenza pun negatif..so maybe viral fever kot.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|