View: 404|Reply: 3
|
[Dunia]
Arab Saudi sahkan kes pertama cacar monyet
[Copy link]
|
|
Arab Saudi sahkan kes pertama cacar monyet
INDIVIDU dijangkiti cacar monyet. FOTO fail AFP
Riyadh: Arab Saudi mengesahkan mereka merekodkan kes pertama cacar monyet.
Memetik portal The National, Kementerian Kesihatan melaporkan kes itu kelmarin, selepas ujian dijalankan ke atas seorang individu yang pulang ke Riyadh dari luar negara.
Kontak rapat kes itu sudah dimaklumkan sebagai langkah berjaga-jaga manakala individu yang dijangkiti kini berada dalam pengasingan.
Setakat ini, tiada individu lain menunjukkan sebarang gejala virus terbabit.
Cacar monyet setakat ini merebak ke kira-kira 50 negara, namun ia belum lagi dianggap sebagai kecemasan global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Pada Jun lalu, Lubnan merekodkan kes pertama virus itu selepas pesakit yang dijangkiti pulang dari luar negara.
Sementara itu, 13 kes lagi turut dilaporkan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Jawatankuasa kecemasan WHO bertemu bulan lalu untuk membincangkan wabak itu yang menimbulkan kebimbangan apabila virus itu kini dilaporkan di banyak negara buat kali pertama.
Virus itu sebelum ini hanya tersebar di Afrika selama beberapa dekad, namun beberapa wabak yang ketara direkodkan dan tiada di beberapa negara secara serentak seperti yang berlaku sekarang.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... ertama-cacar-monyet
|
|
|
|
|
|
|
|
Jangan ada yang bawak balik benda ni. |
|
|
|
|
|
|
|
cacar monyet ni kira STD ka tak?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|