CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 604|Reply: 3

[Tempatan] Pasar Awam Taman Molek semakin suram

[Copy link]
Post time 16-7-2022 11:38 AM | Show all posts |Read mode
Pasar Awam Taman Molek semakin suram


LIOW Cai Tung (kiri) meninjau keadaan Pasar Awam Taman Molek. FOTO Mary Victoria Dass

Johor Bahru: Keadaan Pasar Awam Taman Molek, di sini, yang semakin suram dan kurang menerima sambutan sejak kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan peniaga.

Penjual ikan, Lee Chin Tai, 47, berkata, pasar awam berusia 26 tahun itu pernah menjadi antara pasar yang sibuk dan menerima kunjungan ratusan pelanggan setiap hari.

Dia berkata, bagaimanapun prestasi perniagaan semakin merosot terutama selepas negara dilanda pandemik Covid-19.

Menurutnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan keadaan pasar awam itu yang semakin usang turut menjadi faktor ia tidak mendapat perhatian penduduk sekitar.

Katanya, kebanyakan kemudahan di pasar mengalami kerosakan termasuk tangga, lantai, sistem saliran, penutup longkang dan tandas.

"Beberapa pelanggan pernah terjatuh kerana keadaan lantai berlubang selain ada nyaris jatuh kerana terpijak penutup longkang yang rosak.

"Ia mengundang imej buruk selain membahayakan pengunjung sehingga mereka tidak mahu membeli barangan di sini," katanya selepas dikunjungi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor Jaya, Liow Cai Tung, hari ini.

Penjual sayur, Ang Bee Low, 40, pula berkata, bangunan pasar itu tidak mesra pelanggan terutama Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas.

Menurutnya, peniaga berharap pasar awam berkenaan dapat dinaiktaraf supaya ia berwajah baharu, selesa dan menarik perhatian ramai.

"Pada 2019 terdapat beberapa kerja pembaikan dilakukan namun ia tidak menyeluruh.

"Kira-kira 80 peratus pengunjung pasar ini adalah warga emas dan kami berharap lebih banyak promosi dan aktiviti dijalankan supaya ia turut menarik kunjungan golongan muda.

"Kami berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil langkah sesuai bagi membaikpulih pasar serta membantu peniaga," katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Datuk Mohd Noorazam Osman berkata, pihaknya maklum berkaitan aduan terbabit.

Menurutnya, pihaknya menjalankan kerja baik pulih pasar di sekitar Johor Bahru secara berperingkat.

"Bagi Taman Molek, kita memberi tumpuan kerja membaikpulih kerosakan kecil dulu tahun ini.

"Namun pembaikan akan diteruskan pada tahun depan," katanya ketika dihubungi.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... molek-semakin-suram

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2022 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
pasar larkin meriah je, buruk jugak
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
felinecat replied at 16-7-2022 06:37 PM
pasar larkin meriah je, buruk jugak

Iols suka betul pergi pasar larkin tu. Kalau balik rumah mentua, memang ke pasar larkin tu acara wajib. Tapi ye, memang dah buruk n usang pun pasar larkin tu. Masalahnya, memang mostly pasar buruk pun kat malaysia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.036842 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list