CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1171|Reply: 6

[Dunia] Jurnal Science Advances: Wanita yg dicucuk vaksin Covid-19 kesan sampingannya kitar haid terjejas. Lelaki pulak tak sure apa yg terjejas

[Copy link]
Post time 16-7-2022 10:21 PM | Show all posts |Read mode
Kitaran haid berubah selepas suntikan vaksin Covid-19 perkara biasa
    Oleh KOSMO!
    16 Julai 2022, 7:00 pm

BANDAR RAYA NEW YORK – Satu kajian mendapati orang dewasa yang mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 bukan sahaja mengalami kesan sampingan seperti sakit kepala, letih dan sakit otot bahkan perubahan haid yang sementara, lapor saluran berita NBC News.

Kajian diterbitkan dalam jurnal Science Advances itu mendapati bahawa 42 peratus wanita yang mempunyai kitaran haid normal, mendapati darah keluar lebih banyak apabila mereka datang bulan selepas divaksin.

44 peratus wanita tidak mengalami perubahan pada kitaran haid mereka, manakala sekitar 14 peratus mengalami haid yang lebih ringan.

Wanita yang tidak datang bulan termasuk mereka yang putus haid atau menggunakan kontraseptif untuk jangka panjang pula mendakwa mengalami haid di luar jangkaan selepas menerima vaksin Covid-19.

Tinjauan itu melibatkan lebih 39,000 orang berusia 18 hingga 80 tahun yang telah menerima vaksinasi lengkap dan tidak dijangkiti Covid-19.

Penulis kajian memberi amaran bahawa peratusan itu tidak semestinya mewakili kadar perubahan dalam populasi umum kerana orang yang menyaksikan perubahan kitaran haid lebih cenderung utnuk mengambil bahagian dalam tinjauan tersebut.

Matlamat kajian adalah untuk mendapatkan bukti bagi kajian masa hadapan dan bukan bertujuan mengenal pasti sebab dan akibat.

Bagaimanapun, kajian terbaharu yang lain juga mendapati bahawa vaksin Covid-19 dikaitkan dengan perubahan kecil dalam tempoh kitaran haid. – Agensi

sumber: kosmo.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2022 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Yaa betul2..mmg tiap2 bulan datang...tapi tu la..kadang lewat..kadang cepat..xpenah la on time ikut period calendar tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul lah tu.. ada baca article pasal findings ni, bila tanya membe2 pun ada je yg period tonggang terbalik pas vaksin.. ok la, masih subur
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg betul pun
Pas dos kedua mcm lewat & tak ikut timing biasa
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh setahun  lbih kot amek vaksin
Ko makan ubat-ubatan sbb demam selsema batuk migraine bagai pn kitaran haid terjejas jugak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2022 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada baca mana ntah vaksin covid 19 ni ganggu hormon. So mmg akan beri kesan pada menstrual cycle
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.043718 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list