View: 835|Reply: 13
|
[Dunia]
Target SIFAR kes Covid-19, China sekali lagi nak buat perintah berkurung. Awal bulan ni dah buat
[Copy link]
|
|
China rekod kes tertinggi COVID-19
Julai 16, 2022 @ 4:17pm
BEIJING: China hari ini merekodkan angka tertinggi kes COVID-19 sejak Mei lalu, memaksa jutaan penduduk di republik itu dikenakan perintah berkurung, pada hujung minggu ini kerana pihak berkuasa 'berkeras' untuk merealisasikan dasar sifar-COVID.
Menerusi perintah berkurung segera, kuarantin panjang dan ujian meluas, China negara ekonomi utama dunia yang masih meneruskan matlamat untuk menyingkirkan wabak berkenaan, meskipun strategi terbabit menjejaskan ekonominya.
Republik itu melaporkan sebanyak 450 kes tempatan hari ini, berbanding 432 kes semalam. Kebanyakan kes tidak menunjukkan gejala.
Susulan peningkatan gelombang kes, mendorong sekatan baharu dilaksanakan pada minggu ini, membabitkan beberapa bahagian di negara itu.
Lanzhou, sebuah bandar yang terletak di barat laut wilayah Gansu, mengarahkan 4.4 juta penduduknya untuk kekal duduk di rumah bermula Rabu depan. Sebuah daerah di wilayah Anhui diarahkan untuk menjalankan perintah berkurung bermula Jumaat.
Beihai di selatan wilayah Guangxi pada hari ini turut mengumumkan pelaksanaan perintah berkurung, di beberapa bahagian dalam dua daerah yang diduduki lebih 800,000 orang.
"Sekarang ini, situasi mengekang dan pengawalan di bandar Beihai teruk dan rumit serta risiko berlaku penularan secara sembunyi, dalam kalangan masyarakat juga secara relatifnya tinggi," menurut pengumuman sekatan yang terkandung dalam notis kerajaan.
Awal minggu ini, hab pembuatan keluli di wilayah Henan tengah mengumumkan pelaksanaan perintah berkurung selama tiga hari, sehingga kes sifar direkodkan.
Varian Omicron yang cepat menular menjadi cabaran utama pihak berkuasa di negara itu, meskipun mereka cuba mengehadkan kesan ke atas ekonomi disebabkan pelaksanaan sekatan COVID-19.
China mencatatkan kadar pertumbuhan suku kedua paling perlahan sejak wabak COVID-19 awal dikesan, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) republik itu hanya berkembang 0.4 peratus pada tahun berkenaan. - AFP
sumber: bharian.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
tak penat ke hari2 mcm ni hanatt...? apa lanjiaoooooo |
|
|
|
|
|
|
|
dia punya aim tinggi
SIFAR kes oooo
mendapat la kerap kena berkurung |
|
|
|
|
|
|
|
Bangang punya kiasu..kes covid pun ko nak terpaling..ke acah je ni..pdhl ada agenda lain |
|
|
|
|
|
|
|
takkan covid aje sifar?
cacar monyet? darah tinggi & diabetes pun taknak sifar ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin nak debunk rumors..kan org ckp covid ni china buat kat makmal
Tu yg gila2 gigih buat polisi zero covid...nampak sungguh2 la nak banteras gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Negara rakyat berbiliun nak sifar covid konon. Good luck la. Berkurung la korang sampai 2023! |
|
|
|
|
|
|
|
Seronok melancong time2 ni...xda warga tanah besar buat bising n berebut2 |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 blh resume updates data harian covid-19
Dh lbh 5k ni
Di ofis iol pun dh mula berjangkit2an
|
|
|
|
|
|
|
|
Fishy. Mesti ada benda lain ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Smlm ada news dr page CNN us navy warship challenges China kat south china sea. US bukan peduli battle kat negara org. Janji industri weapon dia jalan.
Take precaution Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Sini dh bebas covid
Kenduri pn ok bebas je
|
|
|
|
|
|
|
|
sekarang ni semua dh masuk kerja ofis
sekali sepejabat kena covid-19
semua kena kuarantin |
|
|
|
|
|
|
| |
|