CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 881|Reply: 6

[Tempatan] Adakah mereka akan diam jika kemaluan anak mereka terpotong?

[Copy link]
Post time 17-7-2022 02:05 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 16-7-2022 10:09 AM

Adakah mereka akan diam jika kemaluan anak mereka terpotong?[size=14.399999618530273px]

[size=14.399999618530273px]Oleh Safeek Affendy Razali - Julai 16, 2022 @ 11:37am[email protected]


[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url

Peguam, Mohamad Zainuddin Abu Bakar pada sidang media kes lelaki putus kepala zakar semasa berkhatan 12 tahun lalu dan keputusan kerajaan failkan rayuan keputusan kes Mahkamah Tinggi yang memerintahkan mangsa dibayar RM3.1 juta. - Foto GENES GULITAH




KUALA LUMPUR: "Bayangkan jika musibah ini (terpotong kepala zakar) berlaku kepada anak sendiri atau diri sendiri, bagaimana rasanya?," luahan ibu kepada lelaki yang kepala zakarnya terpotong ketika berkhatan 12 tahun lalu.

Ibu kepada pemuda yang kini berusia 22 tahun itu, berkata keluarganya amat kecewa apabila dimaklumkan kerajaan dan empat defendan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Katanya, tindakan itu disifatkan sebagai 'zalim' memandangkan anaknya terpaksa menanggung derita sepanjang hidup atas kesilapan pihak lain.

"Ia (tindakan memfail rayuan) zalim! Kami sekeluarga kecewa dengan perkara tersebut.

"Bayangkan jika ia berlaku kepada keluarga mereka, mungkin mereka akan bertindak lebih teruk," katanya pada sidang media pejabat peguamnya, Tetuan Mohamad Zainuddin & Co, di sini, hari ini.

Pada 7 April lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Akhtar Tahir memerintahkan semua defendan membayar mangsa RM3.1 juta selepas membenarkan tuntutan samannya apabila memutuskan bahawa defendan telah melakukan kecuaian.

Mahkamah membenarkan tuntutan ganti rugi khas sebanyak RM108,356, ganti rugi am RM2 juta, ganti rugi teruk RM500,000, ganti rugi teladan RM500,000 dan kos RM100,000 dibayar kepada plaintif oleh semua defendan.

Ibu kepada lima anak itu, sejak kejadian tersebut, anak bongsunya itu banyak meluangkan masa di rumah dan sudah tidak lagi bergaul dengan rakan sebayanya.

Katanya, keadaan itu sangat merunsingkan keluarganya apabila memikirkan masa depan anaknya tersebut.
"Duit (RM3.1 juta) itu tak padan (berbaloi) pun dengan apa yang ditanggung oleh anak saya," katanya.

Sementara itu, peguam pemuda terbabit, Mohamad Zainuddin Abu Bakar, berkata pihaknya juga kesal dengan tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk memohon menolak sepenuhnya keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes terbabit.

Katanya, Hospital Daerah Kuala Lipis dan Hospital Pakar Selayang, sudah pun didapati 100 peratus melakukan kecuaian dalam kejadian tersebut.

"Kes ini menjadi panjang kerana terdapat 'concealment of material facts' iaitu fakta bahawa kepala zakat plaintif telah putus habis tetapi disembunyikan oleh semua kakitangan serta pihak dari kedua-dua hospital kepada ahli keluarga.

"Keluarga juga berpandangan kerajaan sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya dengan akur terhadap keputusan mahkamah," katanya.

Rabu lalu, kerajaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengarahkannya membayar ganti rugi RM3.1 juta akibat kecuaian kepada seorang pemuda yang sebelum ini terpotong kepala zakar ketika bersunat 12 tahun lalu.

Rayuan itu difailkan di Mahkamah Rayuan pada 27 April lalu dan pengurusan kes ditetapkan pada 27 Julai ini secara dalam talian.

Perkara itu dimaklumkan Peguam Persekutuan, K Saravanan yang mewakili kerajaan Malaysia; pegawai perubatan Hospital Kuala Lipis, Pahang; pengarah hospital; doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang, selaku defendan ketika dihubungi media.

Mangsa memfailkan saman pada 19 Julai 2018 melalui ibunya dengan mendakwa proses berkhatan, pada 13 Disember 2010, tidak mengikut prosedur ditetapkan sehingga menyebabkan kepala kemaluannya terputus.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/07/977036/adakah-mereka-akan-diam-jika-kemaluan-anak-mereka-terpotong



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2022 02:08 AM | Show all posts
Hentikan pemotongan yang tidak berfaedah kerana ianya boleh mendatangkan kecelakaan kepada mangsa tradisi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 02:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Babinya gomen..bayar je la...kesian gila budak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 04:07 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg patut pn depa byr
kesian budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 09:16 AM | Show all posts
cuba kena kat anak vvip mau ke dalam tanah semua mereka ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 09:22 AM | Show all posts
halah halah hahal... sedangkan Kay Jay tergolek masuk lubang pun cepat je lubang kena kambuih, siap dapat adiah besikal lagi.. tu baru jatuh lubang noksss

ni terpotong anu... yihhhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2022 04:25 PM | Show all posts
Mesej ja ciptaan Allah tu dah sempurna.

Nak modify ikut nafsu dunia terserah tapi bersedia lah juga berhadapan dengan the full force of the wordly law.

Kerajaan Malaysia rasa perlu fight untuk membuktikan ia TIDAK BERSALAH. It's not about the money.

Ada faham?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.039943 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list