CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1052|Reply: 7

[Dunia] Ikan satu tasik mati selepas diberi makan pelancong

[Copy link]
Post time 17-7-2022 12:44 PM | Show all posts |Read mode

Penduduk tempatan telah diberi amaran supaya tidak memberi ikan makan. - Colin Bradshaw / SWNS

Ikan satu tasik mati selepas diberi makan pelancong

LONDON – Pelancong yang memberi makan ikan di sebuah lokasi pelancongan di Britain dipersalahkan setelah hampir semua ikan di dalam tasik ber­kenaan mati, lapor akhbar Daily Star UK kelmarin.

Persatuan Memancing Ramsbottom melaporkan isu kematian ikan di Clarence Lido, Greater Manchester itu kepada Agensi Alam Sekitar awal tahun ini.

Mereka mendapat laporan tentang peningkatan jumlah ikan yang mati selepas semua­nya mengalami jangkitan kuman.

Isu itu ternyata berpunca daripada makanan yang dibuang ke dalam air oleh pelancong yang cuba memberi ikan makan lalu mereput.

Situasi itu yang ditambah dengan kehadiran alga biru-hijau, telah mewujudkan ‘tempat pembiakan ideal’ untuk bakteria sehingga menyebabkan kawasan itu tidak sesuai untuk habitat ikan.

“Kehadiran bakteria dan kulat menyebabkan ikan tidak dapat sembuh daripada jangkitan yang dialami kerana persekitaran kurang baik dan membawa kepada kematian.

“Sebilangan besar ikan yang dijangkiti telah dimasukkan ke dalam tasik itu pada 2021.

“Disebabkan keadaan yang dihadapi, ikan-ikan itu tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu dan kemudiannya mati,” demikian laporan Agensi Alam Sekitar.

Persatuan memancing itu kini bekerjasama dengan penduduk tempatan untuk me­ningkatkan kesedaran kepada orang ramai tentang memberi ikan makan dengan ‘cara yang bertanggungjawab’ dan disokong oleh Agensi Alam Sekitar serta Majlis Bury.

Alga biru-hijau yang terdapat di dalam air juga berbahaya kepada anjing. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... ri-makan-pelancong/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2022 12:53 PM | Show all posts
omputeh ni punyalah lemah genetik - takleh makan kacang la protien la. sampai ke ikan pun sabit lemah genetik. shooo shad.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
xnk la melancong ke sana..kang depa bg kita jd mknan ikan plak...(ikut tajuk la...)
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
encikWawad replied at 17-7-2022 04:53 AM
omputeh ni punyalah lemah genetik - takleh makan kacang la protien la. sampai ke ikan pun sabit lema ...

Hwai sooo weakkk.
-Uncle Roger-
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum sparing dengan keli apek sini lagi
Keli kita makan segala leftover dari kedai makan kantin sekolah dining uni
Sehat gebu gebassss berkilat misai

Terbukti ikan kita hebat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2022 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 17-7-2022 06:17 AM
Belum sparing dengan keli apek sini lagi
Keli kita makan segala leftover dari kedai makan kantin sek ...

Ko tengok je la anjing jalanan di tanahair tu kak. Hidup ja.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dekat geneva langsung takdak sekoq ikan pun mampu idop sbb terlalu bersih.. freaked out sgt mat saleh ni sampai semua air yang mengalir ke tasik depa nak filter.. hujung2 semua ikan kebuluran takde makanan so pupus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.042460 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list