View: 582|Reply: 0
|
[Tempatan]
Jangan tertipu dengan iklan tawaran diskaun saman
[Copy link]
|
|
Jangan tertipu dengan iklan tawaran diskaun saman
Iklan palsu tawaran diskaun 50 peratus saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di aplikasi WhatsApp.
Kuala Lumpur: Awas dengan iklan tawaran diskaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.
Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, iklan promosi itu adalah palsu dan polis sedang menjalankan siasatan terhadap individu bertanggungjawab menyebar iklan berkenaan.
"Terdahulu Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mengesan satu iklan mempromosikan tawaran 50 peratus diskaun saman PDRM dan JPJ di WhatsApp.
"Iklan itu memaparkan nilai kadar saman serta jumlah bayaran diskaun yang ditawarkan sehingga 20 Julai ini dan orang ramai yang berminat boleh berhubung dengan individu melalui nombor telefon disertakan untuk urusan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, orang ramai yang menerima iklan itu diminta tidak terpengaruh atau berhubung dengan penama yang dinyatakan.
Noorsiah turut menasihati masyarakat supaya menyemak terlebih dulu kesahihan sebarang berita terutama mengenai tawaran pengurangan saman melalui media rasmi PDRM bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... waran-diskaun-saman
|
|
|
|
|
|
|
| |
|