View: 2952|Reply: 29
|
[Tempatan]
UM henti 20 program akademik. Dah tak sesuai dgn pasaran, keadaan semasa
[Copy link]
|
|
UM henti 20 program akademik
Oleh Muhammad YusriMuzamir - Julai 17, 2022 @ 1:38pm
KUALA LUMPUR: Institusi pengajian tinggi (IPT) tertua negara, Universiti Malaya (UM) menghentikan 20 program akademiknya selepas kajian mendapati ia tidak lagi relevan dengan keperluan pasaran dan keadaan semasa.
Langkah yang bermula pada sesi pengajian 2021/2022 itu juga bagi memastikan graduan UM selepas ini mudah mendapat pasaran kerja serta memenuhi kehendak industri berbanding menawarkan kursus yang akhirnya menyebabkan lulusan UM ditawarkan kerja tidak sepadan dengan ilmu dipelajari.
Pemansuhan semua program akademik itu membabitkan pelbagai peringkat pengajian, masing-masing 13 program tidak popular atau bilangan graduan yang rendah, manakala tujuh lagi berikutan keperluan penawaran program baharu.
Antara program akademik dimansuhkan ialah Sarjana Muda Sains Bioinformatik, Sarjana Muda Sains (Sains Bahan), Sarjana Muda Sains Biokesihatan, Sarjana Muda Sains Pengajian Sains dan Teknologi serta Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan).
Selain itu, Sarjana Pendidikan (Pendidikan Sains), Sarjana Pendidikan (Pendidikan Matematik), Sarjana Pendidikan (Perancangan dan Pentadbiran), Sarjana Kepimpinan Pendidikan, Sarjana Kejuruteraan Sistem Kuasa, Sarjana Sains Perubatan (Fisiologi), Sarjana Penyelidikan Ekonomi dan Sarjana Penyelidikan Pentadbiran Awam.
Naib Canselor UM, Prof Datuk Dr Mohd Hamdi Abd Shukor, berkata pemansuhan itu dibuat mengikut kriteria ditetapkan oleh Kajian Indeks Kelestarian Program (IKP), yang antara lain turut mengambil kira tahap populariti, keluaran atau graduan rendah serta program akademik yang tidak berdaya saing.
Beliau berkata, fokus IKP terbahagi kepada dua, iaitu populariti dan kebolehpasaran program akademik dengan kajian itu dibangunkan tanpa membabitkan maklum balas industri, sebaliknya berdasarkan analisis data mengenai trend pencapaian program bagi beberapa sesi akademik berpandukan dua kriteria berkenaan.
"Proses analisis pencapaian program dibuat mengikut empat kriteria, iaitu penentuan skor subkriteria dan markah pencapaian setiap program, penetapan tahap pencapaian program berdasarkan markah pencapaian.
"Penentuan kategori berdasarkan analisis tahap pencapaian bagi setiap program serta Tindakan Kelestarian Program (TKP).
"Berdasarkan analisis statistik yang diperoleh, tahap pencapaian program dikategorikan mengikut julat pencapaian, iaitu cemerlang, sangat memuaskan, memuaskan, tidak memuaskan dan sangat tidak memuaskan," katanya kepada BH.
UM turut menjenamakan semula 50 program akademik lain, masing 26 program ditawarkan dengan nama baharu, 19 digabungkan dengan nama baharu, digabungkan dengan nama sedia ada (4) dan mod baharu (1).
Menjelaskan proses pemansuhan, Mohd Hamdi berkata, setiap kursus yang mahu dilupuskan perlu melalui tiga peringkat, iaitu penawaran kohort baharu dihentikan (penjumudan), sebelum dibekukan dan seterusnya dilupuskan.
"Setiap peringkat berkenaan akan berkuat kuasa selama dua tahun dengan keputusan akhir akan dimuktamadkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
"Ketika ini, status program pengajian berkenaan tidak lagi menerima pengambilan pelajar baharu, sebaliknya meneruskan kohort sedia ada dengan tempoh tindakannya berkuat kuasa selama dua tahun," katanya.
Katanya, mana-mana program dimansuhkan yang ingin ditawarkan semula pula perlu melalui proses mengkaji semula struktur program, kaedah penyampaian dan penilaiannya serta membentuk Jawatankuasa Pengajian membabitkan wakil pihak luar, termasuk industri.
Beliau berkata, program berkenaan kemudian akan dibekukan dan status program pengajian tidak ditawarkan bagi suatu tempoh tertentu selepas tamat tempoh pemansuhannya dengan jangka masa tindakan semasa adalah dua tahun.
"Eksesais semakan kurikulum perlu diadakan dalam tempoh pembekuan berkenaan, sekiranya ingin membuka semula struktur penawarannya, selain perlu dibawa ke Arahan Kerja Urusan Penawaran Program Baru (UMPT02-PKO3-AK003).
"Akhirnya, program pengajian tidak akan ditawarkan lagi dan dimansuhkan terus daripada senarai program diluluskan mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT) dengan status akreditasi bakal dibatalkan dan sijilnya dipulangkan kepada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)," katanya.
Mohd Hamdi bagaimanapun berkata, keputusan mengenai pemansuhan berkenaan tidak menjejaskan kedudukan atau penarafan UM pada peringkat antarabangsa berikutan terdapat program pengajian baharu yang ditawarkan.
Sentiasa lihat keperluan penawaran
Katanya, UM sentiasa melihat kepada keperluan penawaran kursus baharu yang lebih relevan, sesuai dengan pasaran pekerjaan semasa, Revolusi Industri 4.0 (IR.4), sekali gus mengangkatnya ke persada antarabangsa.
Beliau berkata, antara kursus pengajian baharu diperkenalkan UM ialah Sarjana Keselamatan Siber, Sarjana Pengurusan Halal, Sarjana Kepintaran Buatan dan Sarjana Sains Data.
"Kursus atau program pengajian baharu ini mengutamakan bidang baharu dan terkini, sesuai dengan keperluan pasaran disamping menerapkan ilmu baharu, selaras keperluan semasa.
"Kebanyakan juga ditawarkan secara dalam talian, sama ada secara pembelajaran jarak jauh (RL) atau pembelajaran terbuka dan jarak jauh (ODL) yang mengambil kira mod pembelajaran secara teradun.
"Selain itu, pelbagai kaedah penilaian alternatif dilaksanakan berdasarkan jenis kursus dan bidang ditawarkan," katanya.
Mohd Hamdi juga berkata, pihaknya menyedari harapan ibu bapa yang menghantar anak mereka memasuki universiti supaya mendapat pekerjaan dan gaji yang sepadan kelulusan.
"Kita tidak mahu menjadi universiti yang hanya sekadar menawarkan kursus kepada pelajar, tetapi mengetahui bidang dipelajari itu tiada permintaan pasaran.
"Susulan itu, tindakan ini diambil kerana kita prihatin dengan nasib pelajar dan bertanggungjawab memenuhi harapan keluarga mereka," katanya.
Pada Disember 2019, BH pernah mendedahkan sebanyak 55 program kejuruteraan yang ditawarkan 12 IPT, termasuk lima universiti awam (UA) dimansuhkan kerana beberapa faktor seperti tiada permintaan dan kursus yang hampir sama.
Majlis Akreditasi Kejuruteraan dan Lembaga Jurutera Malaysia berkata, antara UA terbabit adalah UM, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS).
Susulan pendedahan itu, Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik dan Pembangunan) Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) mengesahkan IPT yang memansuhkan 55 program kejuruteraan mereka sudah mengambil kira faktor kebolehpasaran graduan dan kesesuaian program ditawarkan.
JPT juga menjelaskan, keputusan IPT dalam menggugurkan program terbabit sejajar perkembangan semasa dan sudah diteliti secara mendalam, selain ia antara langkah proaktif bagi mendepani keperluan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) serta perubahan dalam trend pekerjaan semasa.
sumber: bharian.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
elok.mansuhkan beberapa inatitusi pengajian awam dan swasta di malaysia ni
semuanya sampah dan tak guna |
|
|
|
|
|
|
|
Mereka cipta jurusan sampah untuk mencipta jawatan juga sebenarnya |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang2 course sedia ada ni mmg merapu tahap gaban.. End up bdk2 abis study x tau nk keje apa.. |
|
|
|
|
|
|
|
I ambik course² pendek je kat UM ni macam pendidikan Alquran & Sunnah, Bahasa Arab etc. Alhamdulilah lecturer pun bagus2 |
|
|
|
|
|
|
|
Institusi pengajian tinggi yang prestigous akan stay true to tradisi ilmu bukan tunduk pada industry.
Contoh macam UK dorang pulun akademik sahaja, industrial internship pun dia bolayan je. Tak gaduh sangat nak buat graduan dia marketable tapi tetap juga employer berebut.
IPT nyamuk ja yang gigih nak make sure graduan dorang laku sebab education now is a business.
|
|
|
|
|
|
|
|
Banyak cabang pendidikan tu yg dimansuhkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Berani nak lawan industry?
Karang depa tak ambik intern/ambik keja baru tahu
|
|
|
|
|
|
|
|
lolipopi replied at 17-7-2022 10:50 PM
I ambik course² pendek je kat UM ni macam pendidikan Alquran & Sunnah, Bahasa Arab etc. Alhamdulila ...
pjj k course tu, aku mcm nk ambil course i.t jer rasa |
|
|
|
|
|
|
|
sekngucing replied at 17-7-2022 10:28 PM
elok.mansuhkan beberapa inatitusi pengajian awam dan swasta di malaysia ni
semuanya sampah dan tak g ...
ini aku setuju terutama buat msa zmn Pak Lah dulu baik mansuhkan |
|
|
|
|
|
|
|
Itu masalahnya kat Malaysia ni. Uni MARA pun sibuk buat iklan. Graduate employability is one selling point. Hard truth.
Berbeza dengan UK. I know one case budak engineering dari UK saja2 nak buat internship tapi Uni tak mau isu surat sebab dorang tak suruh pun. Macam kelakar pun ada. Accounting degree yang twinning pun sama. Yang letak internship requirement pun the Malaysian side.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mengarut la ko...ade je reasearch based kt uk tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
academician kena la byk sumbang pada progress negara. jgnla duk syok sendiri ja buat reasearch n kerajaan patut juga ambik kira academician punya input dlm buat polisi2 kerajaan. ni rasanya politician kat malaysia ni byk buat keputusan nk penuhkan poket masing2 ja. buat2 pandai n berlakon. gunakanlah bijak2 pandai ni. utk tak OT, i stuju je mansuh a few courses yg x sesuai utk diteruskan. namun i harap pemansuhan itu perlula berlandaskan pelbagai faktor dan bukan berkaitan pemintaan industry semata. |
|
|
|
|
|
|
|
Ai setuju mansuhkan kursus yang tak releven zaman skrg.
Tp wujudkan kursus baru mcm Cyber Security ,
Kepintaran Buatan mcm Intelligent Artificial(AI) itu mmg ok.
Pasaran kerja mmg ada. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah... brave move... semoga institusi kita menghasilkan lebih ramai tenaga kerja mahir dan separa mahir that matches industrial requirements.. |
|
|
|
|
|
|
|
tadi aku cerita pasal undergraduates
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by green~tea at 18-7-2022 03:18 PM
Decaffeinated replied at 18-7-2022 01:49 AM
Institusi pengajian tinggi yang prestigous akan stay true to tradisi ilmu bukan tunduk pada industry ...
Kat malaysia ni mix.. ada IPT yang focused pada research base where most of their KPI is to register as many patents as possible (so their target patent development usually sampai TRL-5 i.e. Pilot Scale) contoh is UPM, UKM.. this kinda Uni takde commercial sense and some of their patents tu TIDAK economic/ commercially feasible pun for the time being...
Ada sesetengah IPT diorang dpt green light utk further develop their research and collaborate dgn industry players sampai TRL-9 (commercial phase, big scale).. tp i do noticed kalo nak collab dgn uni, develop their patents technology akan memakan masa yang lama sbb ada uni belum revise their pilot test SOP /workprocess 12 bulan.. in which, many companies nak 6 months sahaja and terus jump to commercial phase sbb their MAJOR concern is more on the first mover advantage
Nota kaki : TRL stands for Technology Readiness Level |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa ada bagusnya course tak ditentukan oleh pasaran kerja semata-mata sebab nanti segala jenis ilmu ini ada keperluannya juga kepada negara atau keperluannya itu pada masa akan datang, kalau tak kita terpaksalah beli kepakaran itu dari luar
Supaya tak membazir, mungkin hanya ada satu universiti yang diberi prestige ini, dan biar mereka yang benar2 hebat sahaja dalam akademik yang boleh masuk, kategori genius, kira sebagai satu kebanggaan dan lambang kepada negara, cuma keputusan akhir nak ada course apa tu bincanglah baik-baik..
universiti yang lain tu tak apalah, biarlah mereka tentukan sendiri berdasarkan pasaran kerja ker.. sebab peruntukan pun sepatutnya sebahagian besar mereka cari sendiri |
|
|
|
|
|
|
| |
|