CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 803|Reply: 11

[Tempatan] Kes HFMD, ILI dan URTI di Johor meningkat.

[Copy link]
Post time 17-7-2022 10:35 PM | Show all posts |Read mode
Kes HFMD, ILI dan URTI di Johor meningkat.


GAMBAR hiasan


Johor Bahru: Kes kumulatif bagi penyakit tangan, kaki dan Mulut (HFMD), wabak jangkitan saluran pernafasan, iaitu Influenza-like-illness (ILI) dan Upper Respiratory Tract Illness (URTI) di Johor meningkat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, sehingga semalam sebanyak 8,376 kes dilaporkan iaitu peningkatan sebanyak 79 kali ganda berbanding 106 kes yang dilaporkan pada tempoh yang sama pada tahun lalu.

Katanya secara keseluruhan, daerah Johor Bahru mencatatkan bilangan kes HFMD tertinggi iaitu 2,897 kes, Kluang (1,093 kes), Tangkak (883 kes), Batu Pahat (846 kes), Segamat (752 kes), Kota Tinggi (650 kes), Pontian (539 kes), Muar (325 kes), Kulai (266 kes) dan Mersing 125 kes.

"Walaupun terdapat peningkatan, situasi ini masih terkawal. Ini dibuktikan dengan penurunan ketara tren kes HFMD yang dilaporkan di negeri Johor bermula pada minggu epid 22 sehingga minggu epid 28.

"Kebanyakan kes HFMD di negeri ini berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 0 hingga enam tahun iaitu sebanyak 7,214 kes, diikuti oleh kumpulan umur 7-12 tahun iaitu 998 kes, dan selebihnya adalah berumur lebih daripada 13 tahun.

"Sehingga kini, terdapat hanya 1 wabak aktif HFMD membabitkan daerah Johor Bahru. Lokasi penularan wabak HFMD di Negeri Johor membabitkan taska (45 wabak), rumah persendirian (22 wabak), tabika (13 wabak), tadika (9 wabak), prasekolah (9 wabak), sekolah rendah (3 wabak), pusat jagaan harian (3 wabak) dan lain-lain (2 wabak)," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Tian Soon, bagi wabak ILI dan URTI pula, sebanyak 1,352 kes jangkitan saluran pernafasan pada minggu epid 28, iaitu peningkatan sebanyak 2.4 kali ganda berbanding 574 kes pada tempoh yang sama bagi tahun 2021.

Katanya bilangan kluster wabak salur pernafasan juga menunjukkan peningkatan, iaitu sebanyak 16 kluster berbanding dengan 8 kluster pada tempoh masa tahun lalu.

"Kebanyakan kluster yang dilaporkan adalah membabitkan institusi pendidikan (75.0 peratus).

"Merujuk kepada survelan ILI yang dijalankan di Klinik Kesihatan negeri Johor, terdapat peningkatan bagi kes yang dilaporkan pada minggu epid 23 sehingga minggu epid 27.

"Namun pada minggu epid 28, tren menunjukkan terdapat sedikit penurunan bilangan kes yang dilaporkan," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -di-johor-meningkat

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2022 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertabahlaa yg ade anak kenet lg.. tadak pilihan kena anto nurseri jgk bg yg koje.. saya mrmahamimuu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Asalkan namanya ada anak kena sentiasa bersedia sabar & redho je lah.. zaman penuh dugaan & pancaroba bersilih ganti penyakit mai
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 07:08 AM | Show all posts
Anak aku si baby ni demam, batuk selsema…adoi la…
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 17-7-2022 10:41 PM
Bertabahlaa yg ade anak kenet lg.. tadak pilihan kena anto nurseri jgk bg yg koje.. saya mrmahamimuu ...

Haah
Mmg.takde.pilihan
Tp kalau boleh gilir2 cuti ka..
Kesian anak2 yang sihat di sekolah atau taska kan...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 18-7-2022 07:19 AM
Haah
Mmg.takde.pilihan
Tp kalau boleh gilir2 cuti ka..

Yepp.. masalah aku dulu inilaa.. anak aku sihat... tak sihat aku tak hantar.. tp ade yg kuang ajo hantar yg tak sihat.. dgn anak anak aku skali sakit.. mana tak tension...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2022 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
lurve82 replied at 18-7-2022 07:08 AM
Anak aku si baby ni demam, batuk selsema…adoi la…

Laa ni inpluenza.. jaga jagalaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 18-7-2022 09:44 AM
Yepp.. masalah aku dulu inilaa.. anak aku sihat... tak sihat aku tak hantar.. tp ade yg kuang ajo  ...

Anak iols last 2 weeks seminggu tak skola
Melepek demam..pergi spital...buat test rupanya influenza A...
Huhu....mujur tak masuk wad...kuarantin kat rumah je dgn ubat flu...sabo jelah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2022 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 18-7-2022 10:11 AM
Anak iols last 2 weeks seminggu tak skola
Melepek demam..pergi spital...buat test rupanya influenz ...

Laki aku dgn anak anak smlm amik.. aku tak amik skali sbb riso kot depa dmm sape yg kuat tingggal.. ramei dah kena.. kwn laki pun kena.. yg bdn sihat kuat pun tumbang..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 18-7-2022 10:33 AM
Laki aku dgn anak anak smlm amik.. aku tak amik skali sbb riso kot depa dmm sape yg kuat tingggal. ...

Haah
Kena flu neh mmg melepek kak...
Anak.iols ckp makanan jadi pahit bila.makan..
Sian dia...
Tu la..moga cpt sembuh la ya..
Riso budak2 neh...aktif2 tibe2 melepek...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 18-7-2022 10:38 AM
Haah
Kena flu neh mmg melepek kak...
Anak.iols ckp makanan jadi pahit bila.makan..

Aku dulu nasa koje semua vksin bg kat anak aku   gigih aku mrmveli dr sepital swasta.. dah amik baru rasa aman.. ni tak pi je kejr.. weeii anak aku kena ciken pox laaa... weiii anak aku influenza.. terus bdn lmbik
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 03:11 PM | Show all posts
Tak payah bersanggih-sanggih bersidai kat tempt ramai org. Duduk rumah ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.048290 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list