CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 562|Reply: 1

[Tempatan] Berita biasa yg byk saving semudah ABC kena tipu dgn Macau Scam. Kali ni peniaga, hangus RM1.02 juta dgn 23 transaksi

[Copy link]
Post time 17-7-2022 11:17 PM | Show all posts |Read mode
Peniaga rugi lebih RM1 juta ditipu sindiket Macau Scam
Bernama -
17 July 2022

JOHOR BAHRU – Seorang peniaga kerugian RM1.02 juta selepas ditipu sindiket ‘Macau Scam’ yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memaklumkannya mempunyai tunggakan cukai atas nama syarikat miliknya.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata polis menerima laporan kejadian daripada mangsa yang merupakan wanita berusia 50 tahun, semalam.

“Mangsa menerima panggilan daripada pihak sindiket itu pada pertengahan Mei lepas. Mangsa yang terpedaya telah mengikut arahan dengan membuat pembayaran tunai melalui 23 transaksi menggunakan mesin deposit tunai berjumlah RM900,000 ke dalam 16 akaun berbeza.

“Mangsa turut menyerahkan akses perbankan dalam talian akaun berkenaan kepada pihak sindiket,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa telah membuat semakan akaun bank miliknya semalam dan mendapati sebanyak tujuh transaksi berjumlah RM122,300 telah dilakukan tanpa pengetahuannya kepada beberapa pihak tidak dikenali.

“Mangsa syak dirinya telah ditipu,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.- BERNAMA

sumber: malaysiagazette.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2022 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Siannnnyaa.. kalo ahlong yg kena moh kita golakksn reramai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.053037 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list