CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 423|Reply: 1

[Dunia] Gadis Afghanistan terkesan akibat penutupan sekolah

[Copy link]
Post time 17-7-2022 11:53 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 17-7-2022 07:54 AM

Gadis Afghanistan terkesan akibat penutupan sekolah[size=14.399999618530273px][size=0.8]Julai 17, 2022 @ 1:43pm

[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]




Kanak-kanak Afghan etnik Hazara membawa periuk selepas dibasuh di daerah Yakawlang Wilayah Bamiyan. - Foto hiasan AFP



KABUL: Sejak Taliban memerintah Afghanistan, beberapa sekatan dikenakan terhadap kanak-kanak perempuan dan wanita, dengan antara yang paling memberi kesan ialah larangan pendidikan bagi perempuan.

Agensi hak asasi manusia berterusan memberi amaran kesan penutupan sekolah pada negara itu, antaranya Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) yang menyifatkan larangan itu menyebabkan kesan buruk pada perempuan serta keluarga mereka dan masa depan negara.

DW melaporkan, ketika kali terakhir Taliban memerintah di antara 1996 hingga 2001, kumpulan itu mengenakan pelbagai sekatan pada wanita, seperti mewajibkan golongan itu memakai burqa, serta melarang mereka di tempat awam dan pendidikan.

Selepas kembali merampas kuasa Ogos tahun lalu, pendirian mereka dilihat lebih lembut apabila mengumumkan tidak akan menguatkuasakan kod berpakaian kepada wanita, namun Taliban dilihat menyekat mereka daripada kehidupan awam, serta beberapa sekatan lain.

Sebagai tindak balas, kempen media sosial #LetAfghanGirlsLearn (Benarkan Gadis Afghan Belajar) menggesa Taliban membuka semula sekolah untuk perempuan.

Taliban beberapa kali menegaskan sedang merangka mekanisme untuk membuka semula sekolah perempuan, namun setakat ini murid perempuan tahun enam masih tidak dibenarkan kembali ke bilik darjah.

Beberapa pakar berpandangan pemimpin Taliban bercanggah pendapat mengenai perkara itu.

Bekas ketua suruhanjaya bebas hak asasi manusia Afghanistan, Shahrzad Akbar, mengakui akan meraikan apabila gadis Afghanistan kembali diberikan hak mereka.

Sementara itu, aktivis hak wanita memaklumkan, penutupan sekolah itu menyebabkan isu kahwin paksa dan keganasan rumah tangga menjadi bertambah buruk.

Sebelum Taliban memasuki Kabul tahun lalu, Sharifa (bukan nama sebenar) ialah pelajar tahun sembilan di sebuah sekolah di Kabul, dengan mencatat markah tertinggi dalam kelas serta menjadi suri teladan bagi murid lain di sekolahnya.

Namun, dalam tempoh 300 hari terakhir sejak penutupan sekolah, rutin hariannya berubah dan kini hanya meluangkan masa melukis memorinya ketika di sekolah bersama guru dan rakan di dalam bilik darjah.

"Apabila saya melihat buku sekolah, nota dan bertemu rakan, kami terkenang waktu lalu. Penutupan sekolah amat mengecewakan, dan kami hilang harapan dengan masa depan kami gelap serta menyakitkan," katanya. - AGENSI

Wanita Afghan membasuh pakaian dalam wilayah Bamiyan. - Foto hiasan AFP



https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2022/07/977390/gadis-afghanistan-terkesan-akibat-penutupan-sekolah


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2022 01:20 AM | Show all posts
Kesian sungguh nasib dorg, sedih bila tgk muka budak2 pompuan tu semua. Jgn sesekali kita benarkan perkara mcm ni berlaku di negara kita.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.050847 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list